Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila McDonald’s Israel didedahkan menyumbang makanan kepada tentera Israel. Isu tersebut sekaligus menaikkan kerisauan dan syak wasangka rakyat Malaysia terhadap McDonald’s Malaysia.
Menurut McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd), tindakan itu adalah pasaran bebas dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat pengendali restoran makanan segera tempatan itu.
“McDonald’s Malaysia menyedari perbincangan terbaru di media sosial berkenaan McDonald’s Israel.
“Keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.
“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel menjadi contoh tindakan individu tersebut dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” kata McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial, pada Ahad.
Pada Jumaat, McDonald’s Israel mengumumkan restoran makanan segera itu mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel selepas pejuang Hamas melakukan serangan.
Mengulas lanjut, McDonald’s Malaysia berkata, adalah penting untuk memahami bahawa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan.
“Sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte. Ltd. di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia telah menjadi entiti 100 peratus milik Muslim.
“Sejak itu, McDonald’s telah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melakukannya setiap tahun.
“Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat ke 14 negeri di seluruh Malaysia dan menyokong komuniti yang kurang berkemampuan,” jelasnya.
McDonald’s Malaysia turut menyatakan komitmen dalam perkhidmatan dan memberi semula kepada komuniti tempat restoran beroperasi.
“Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menggaji beribu-ribu bakat tempatan dan melabur dalam ekonomi dan komuniti tempatan,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Supaya kita tak lagi terkeliru bila berdepan situasi lampu isyarat rosak, berikut adalah panduannya.
Lorong mana dapat keutamaan laluan
1. Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan.
2. Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
3. Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah KANAN terlebih dahulu.
4. Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhati-hati.
Simpang tanpa lampu isyarat tapi ada isyarat berhenti
Ada juga persimpangan tanpa lampu isyarat tapi ada tanda berhenti I LALUAN.Kereta A perlu memberikan keutamaan laluan kepada kereta B terlebih dahulu.
Di persimpangan ini, pemandu seharusnya:
Berhentikan kenderaan sehingga tiada sebarang lintasan trafik di hadapan atau dari arah kanan.
Berikan laluan kepada kenderaan yang hadir dari arah kanan atau hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden bunuh-membunuh ahli keluarga nampaknya semakin merisaukan kerana ia telah berlaku di seluruh negara. Baru-baru ini, seorang lelaki di Iraq telah menembak mati adiknya kerana dipercayai menjalani pembedahan menukar jantina.
Doski Azad yang merupakan seorang jurusolek berusia 23 tahun dibunuh oleh abangnya, Chakdar dan polis melaporkan mayat mangsa ditemui berhampiran kampung Babukhkii, Iraq. Mangsa disyaki telah dibunuh tidak lama selepas memuat naik gambar transformasinya di media sosial.
Menurut Daily Mail, tiada tangkapan dibuat dan suspek dipercayai melarikan diri ke luar negara. Sebelum ini, Doski telah meninggalkan rumah lebih lima tahun dan menerima ugutan daripada keluarga. Dia tetap menerima ancaman walaupun sudah membina kehidupan sendiri sebagai seorang jurusolek.
Walau bagaimanapun, keluarga Doski dilaporkan memaklumkan sendiri tentang pembunuhan mangsa dan mereka turut memberi lokasi mayat Doski. Waran tangkap untuk suspek yang didakwa tinggal di Jerman telah pun dikeluarkan.
Para aktivis berkata pembunuhan ini adalah sangat membimbangkan golongan transgender di kawasan itu. Mereka sudah berasa didiskriminasi dalam masyarakat dan serangan seperti ini hanya memburukkan lagi ketakutan itu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seorang jurutera dan jutawan teknologi, Elon Musk telah menarik perhatian masyarakat dunia apabila beliau menamakan anaknya dengan satu nama unik iaitu X Æ A-12 Musk.
Menurut Harian Metro, Elon Musk dan pasangannya, seorang penyanyi dari Kanada, Grimes sepakat memilih X Æ A-12 Musk sebagai nama bayi lelaki mereka.
Musk menjelaskan, X membawa maksud ‘pemboleh ubah yang tidak diketahui’ manakala Æ pula adalah Elven yang disebut AI singkatan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang turut diterjemahkan dalam beberapa bahasa termasuk Jepun sebagai ‘kasih sayang’.
Grimes pula berkata, sebahagian daripada nama anak mereka itu diilhamkan dari rujukan pesawat kegemaran mereka, “A-12 = prekursor kepada SR-17.
Selain itu, Grimes merumuskan pendedahan berkenaan dengan menggambarkan A sebagai Archangel yang menjadi lagu kegemarannya.
Namun begitu, seorang pengguna di Twitter turut menjelaskan maksud sebenar nama anak Elon Musk ini dengan formula berikut:
Hm, agak-agaknya betul ke sebutannya sebagai Kyle? Kita tunggu kenyataan daripada Elon Musk sendiri nanti. Hiks!