Hati-hati bila berada di sekeliling warga asing khususnya mereka yang tiada dokumen kemasukan ke negara ini secara sah. Ini kerana ada kalangan mereka ibarat bom jangka khususnya di saat penularan COVID-19 masih belum ada penawarnya.
Laporan Harian Metro, polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 untuk warga asing.
Dalam serbuan Ops Pemalsuan Keputusan Ujian Saringan Covid-19 jam 5.40 petang semalam di Jalan Alor, Kuala Lumpur, dua lelaki warga Bangladesh berjaya diberkas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati sindiket beroperasi di kaunter kaki lima kedai di Jalan Alor.
"Kaunter itu sudah beroperasi antara satu hingga dua minggu dengan setiap satu dokumen keputusan negatif ujian saringan Covid-19 dikenakan bayaran RM50.
"Polis mendapati kadar sewaan tapak adalah RM600 sebulan. Premis beroperasi setiap hari bermula 12 tengah hari sehingga 9 malam yang mana seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.
"Sasaran pelanggan dipercayai terdiri daripada warga asing. Dua suspek diberkas di kedua-dua premis diserbu itu didapati bekerja dengan dua lelaki tempatan dan anggaran gaji RM1,500 dan RM1,700 sebulan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.
"Polis turut merampas pelbagai barang antaranya dua unit komputer riba, tiga unit mesin pencetak, dua unit mesin laminator dan dua helai kertas keputusan ujian saringan Covid-19.
"Selain itu turut dirampas, sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang terdapat cetakan laporan ujian saringan Covid-19 yang disyaki palsu, sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang kosong dan wang tunai RM1,331.
Anda mungkin berminat dengan
"Polis memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana-mana polis berdekatan.
∞
Semalam, bagi peminat dunia astronomi dapat menyaksikan gerhana matahari cincin bagi tahun terakhir 2020.
Fenomena indah yang juga disebut sebagai Ring Of Fire bila mana bulan menutup sebahagian besar matahari sehingga terbentuk fenomena menyerupai Cincin yang sangat jelas dan disebut sebagai 'Ring of Fire'.

Di Malaysia, gerhana ini terjadi sekitar jam 3.57 petang yang berjaya di rakam. Untuk gerhana kali ini, kita di Malaysia hanya dapat menyaksikan separa sahaja kerana Malaysia tidak berada dalam kedudukan laluan gerhana Matahari Cincin ini. Namun fenomena ini dapat disaksikan secara jelas di tengah benua Afrika, Timur Tengah, Pakistan, China serta lautan Pasific.
Menurut laporan Phys.org, Gerhana Matahari Cincin dilihat pertama kali terlihat di Republik Timur Laut Kongo pada pukul 5:56 waktu setempat (04:56 GMT) hanya beberapa minit setelah matahari terbit. Ia berlaku sekitar 1 minit 22 saat sahaja sebelum gerakan bulan ini melaju kea rah Timur melintasi Afrika dan Asia.
Saksikan keindahan fenomena alam ini.




∞
Ayuh kita ke Neraka
Filem Kuntilanak kembali semula menghantui di pawagam. Masih lagi berkisarkan mengenai lima adik-beradik angkat iaitu Dinda, Kresna, Panji, Miko dan Ambar yang kini meneruskan kehidupan seperti biasa setelah berjaya menumpaskan Kuntilanak di filem pertama yang keluar tahun lalu.
Bagaimanapun, ketenangan mereka sekali lagi terganggu apabila muncul seorang wanita bernama ibu Karmila yang mengakui dirinya adalah ibu kandung Dinda membuatkan perasaannya membuak-buak ingin mengetahui siapakan dirinya sendiri.
Susulan itu, ibu angkatnya iaitu ibu Dona dengan berat hati melepaskan Dinda pergi melawat rumah ibu kandungnya yang terletak jauh di dalam hutan. Turut sama ikut adalah adik-beradik angkatnya serta anak bongsu ibu Dona iaitu Julia dan kekasihnya, Edwin.

Semua kisah seram bermula semasa mereka berada di dalam rumah tersebut yang juga sebenarnya adalah sarang Kuntilanak.
Rupanya-rupanya, ada sebab mengapa Dinda menjadi target untuk Kuntilanak kali ini kerana ada kaitan dengan salasilah keluarganya.
Seram Betul!
Sepanjang 90 minit filem ditayangkan sememangnya penonton disajikan dengan elemen-elemen seram yang mampu membuatkan korang semua meremang. Ada juga babak yang membuatkan satu panggung terjerit ketakutan tau!
Elemen Kekeluargaan
Masih mengekalkan elemen sama seperti filem pertama iaitu kekeluargaan, penonton dapat melihat bagaimana nilai-nilai keluarga itu jelas di dalam Kuntilanak 2 ini.
Ada satu babak di mana, si kecil Ambar berasa cemburu melihat Dinda bertemu dengan ibu kandungnya dan risau sekiranya dia akan kehilangan kakak jika Dinda memilih untuk tinggal bersama ibu Karmila.

Selain itu, dalam babak awal juga kelihatan ibu Dona memarahi yang lain kerana lalai menjaga Ambar ketika ke fun fair namun sempat menasihati mereka betapa pentingnya untuk mereka menjaga sesama sendiri.
Di samping itu, kata-kata terakhir di dalam filem Kuntilanak 2 ini juga turut merujuk kepada elemen kekeluargaan. Kalau nak tahu apa dia, kenalah tonton.
Apa-apapun, Kuntilanak 2 ini sememangnya menghiburkan! Walaupun disajikan dengan elemen seram, namun terselit juga aksi-aksi lucu kanak-kanak itu dalam berdepan dengan mahkluk tersebut.
Syabas diucapkan kepada para pelakon dan juga pengarah filem, Rizal Mantovani!
∞
Guys, just admit it.
Kamu semua tidak akan dapat hidup dengan senang tanpa telefon pintar atau peranti digital lain dengan sambungan Internet.
Tak dapat hiduo senang di sini makaud kami kalah kami akan mula resah, rasa tak lengkap dan gelisah. Apa taknya boleh dikatakan hidup kita sekarang uni banyak bergantung kepada peranti digital dan Internet.
Nak makan? Tengok wayang? Panggil teksi? Semuanya dilakukan dengan cukup mudah di hujung jari.
Disebabkan itu jugakah tinjauan terbaru dari Limelight Networks Inc, melaporkan bahawa 69 peratus rakyat Malaysia tidak dapat berhenti menggunakan telefon pintar mereka walaupun untuk jangka masa sehari.

Laporan berjudul ‘State of Digital Lifestyles’ tersebut turut meletakkan Malaysia sebagai negara tertinggi yang ‘ketagih’ menggunakan peranti digital, diikuti tempat kedua negara India.
Tinjauan yang dilakukan ini mengumpul data-data mereka dari 10 buah megara iaitu Malaysia, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Singapura, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kesemua responden ditanya tentang bagaimana mereka berinteraksi menggunakan media digital dan impaknya dalam kehidupan seharian.
Komputer riba dan komputer desktop merupakan peranti digital kedua yang paling penting bagi responden dari Malaysia dengan 43.3 peratus mengatakan mereka tidak dapat hidup tanpa menggunakannya.

Untuk penggunaan e-book pula, Malaysia mencatatkan keputusan tertinggi dengan 74.7 peratus lebih cenderung memilij buku digital berbanding 25.4 peratus memilih buku fizikal.
Daripada segi kandungan digital tertinggi yang digunakan rakyat Malaysia, muzik berada di tempat teratas diikuti program TV atau filem dan aplikasi.
Apa yang menarik rakyat Malaysia tidak menyukak kandungan atau bahan di Internet yang berbayar. Dan negara kedua yang mempunyai kecenderungan sama ialah Singapura.
Tinjauan ini telah dilakukan terhadap seramai lebih 5,000 pengguna di sepuluh negara dan berusia 18 tahun ke atas.
Adakah korang bersetuju bahawa rakyat Melaysia sememangnya sudah ketagih tahap kronok terhadap peranti digital dan Internet?
Sumber: BERNAMA
∞