Bagai menjadi tradisi bagi orang Melayu, setiap kali musim perayaan bila mak ayah sibuk membuat persiapan hari raya, anak-anak pula akan bergembira dengan bermain mercun. Berbanding tahun sebelum ini di awal-awal Ramadan lagi akan kedengaran berita jari putus akibat bermain mercun.
Tahun ini nampaknya baru ada satu kes dilaporkan yang berlaku semalam di Terengganu. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola berhampiran rumahnya di Besut, dekat sini, kira-kira jam 9.15 malam tadi.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
“Mangsa dikatakan memegang mercun tersebut dengan tangan kanan dan menyalakan sumbunya menggunakan tangan kiri sebelum ia meletup tiba-tiba.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Besut oleh keluarganya sebelum dibawa ke HUSM dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan mangsa adalah stabil dengan kesan melecur dan luka di jari telunjuk, jari tengah dan jari manis di tangan kanan,” katanya.
Difahamkan, ini adalah kes pertama kecederaan akibat mercun pada Ramadan tahun ini.
Memandangkan musim PKP dan PKPB ini ramai antara kita berfikir untuk menambah pendapatan dengan menjual bunga api dan mercun.
Ads
Mungkin kita memikirkan bahawa tidak menjadi kesalahan menjual di laman sosial dengan beranggapan, ianya tidak berbahaya sangat dan sesuai dijadikan keseronokan buat kanak-kanak.
Tapi kalau korang fikir tak salah, sebenarnya sesiapa yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207).
Jika sabit kesalahan, boleh di penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
“Bermain dan membakar mercun dan bunga api dilarang juga boleh dihukum penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Ads
Untuk pengetahuan, hanya bunga api jenis POP POP dan HAPPY BOM sahaja dibenarkan bermain di negara ini dan yang lainnya adalah satu kesalahan.
Ads
Namun baru ini tular di media sosial di grup Anak-Anak Muar bila mana seorang individu membuat penjualan bunga api secara terus di laman fbnya sebelum di link ke grup tersebut.
Hasilnya yang tampak menyeramkan apabila di ruangan komen Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip “menyampuk”di bahagian komen dengan membuat “order 49 shoot 5 set boleh “.
Walau tidak dinyatakan secara jelas kerana page ini hanya boleh dibaca oleh anak-anak Muar yang join grup tersebut tetapi dari komen pembaca lain jelas ia sebagai satu peringatan bahawa menjual mercun adalah satu kesalahan besar dan akibatnya boleh di penjara jika sabit kesalahan.
Hisk..mesti seramkan kalau kau jual barang terlarang dan ketua polis yang buat order, hahahaha. Mau tak tidur 100 hari.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih berkisar tentang ragam peminat bola sepak di Piala Dunia Qatar 2022.
Kemeriahan bola sepak masih berlangsung di bumi Qatar, namun baru-baru ini seorang peminat bola sepak ini telah menjadi perhatian dunia apabila telah mengambil keputusan untuk membuat video bantuan pengadil (VAR) sendiri di perlawanan Piala Dunia 2022.
Hal ini berlaku ketika perlawanan antara Brazil dan Serbia, lelaki ini telah menarik perhatian orang ramai dengan menggunakan telefon sebagai VAR buatan sendiri.
Untuk pengetahuan korang, VAR adalah sebuah alat teknologi video untuk membantu pengadil mengambil keputusan yang lebih tepat terutamanya dalam perlawanan bola sepak.
Melalui perkongsian akaun TikTok Bestoffootball, video itu menunjukkan seorang lelaki Qatar mengeluarkan teropong gred tinggi bersama dengan telefon bimbitnya.
Peminat itu kemudian mula mengambil gambar dengan jarak dekat menggunakan teropong untuk memeriksa sepakan seperti ofsaid hanya melalui tempat duduknya.
Bagus dan bijak tindakan lelaki ini, baru puas hati kan tengok sendiri ‘ofsaid’ atau tidak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nampaknya dalam seminggu ini nama Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi trending. Bukan kerana kekacakan dirinya yang menjadi idola ramai anak gadis tetapi kerana beberapa isu yang dilihat sebagai tindakan kurang matang darinya jika diambil kira dengan situasi politik Malaysia hari ini.
Hari ini saja, dirinya menjadi trending kerana diberi 39 markah dari 100 oleh seorang guru Bahasa Melayu selepas tersiarnya siaran media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan mengenai Skuad Bawah 23 Tahun bagi Temasya Sukan Asia 2018 yang mana menurut guru ini penuh dengan kesalahan tata bahasa dan pengulangan ayat.
Kerajinan cikgu ini membuat “pencerahan” di mana kesalahan itu berlaku membuatkan semakin ramai netizen mempertikaikan kebolehan anak muda berusia 25 tahun ini sebagai Menteri. Bayangkan la dari tujuh perengggan diberi kepada media, kata guru ini ia boleh dipendekkan menjadi tiga para sahaja. Ermmm kita dulu-dulu pun suka tulis meleretkan sebab nak cukupkan 100 patah perkataan.Hahaha.
Untuk makluman korang, Menteri jarang menulis “karangan” dan ada pegawai khasnya tetapi apabila dah jadi isu, nama Menterilah jadi sasaran kerana beliau sepatutnya ‘check’ dulu sebelum dilepaskan ke siaran pihak media.
Okay, hal mengenai Syed Saddiq ini tidak habis begitu sahaja. Terbaru, ada media sosial menyiarkan gambarnya sedang makan malam dengan Ashman Datuk Sri Najib Tun Razak selain dari anak Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga bekas Ketua Wanita UMNO. Tidak pasti ini video lama atau baru tetapi ia mula menjadi viral di media sosial minggu ini.
Tindakannya walaupun hanya makan malam dilihat sebagai kurang bijak memandangkan jawatannya dan parti yang berbeza pendapat dan rakyat mungkin tidak boleh hadam lagi hal sebegini.
Bukan itu saja, kehadirannya ke Parlimen juga mendapat “teguran” selepas warna kot beige yang dikenakannya dikatakan kurang sesuai.
Carian Remaja di laman fb atas nama Parti Peribumi Bersatu Malaysia – Pakatan Harapan juga memperlihatkan blog ini menyenaraikan beberapa tindakan Syed Saddiq yang dilihat “terkhilaf” terutama selepas beliau dikatakan berkata mahu berkerjasama dengan Khairy Jamaludin dalam isu pembangunan belia serta beberapa kekhilafan lain.Korang tengoklah sendiri apa yang disenaraikan ya.
Niat Menteri muda ini mungkin murni, iaitu ke arah Malaysia baru tetapi nampaknya rakyat Malaysia seakan tak boleh move on dengan isu-isu sebegini.
Besar harapan Remaja agar kita memberi peluang untuk Syed Saddiq menunjukkan kredibilitinya sebagai menteri muda yang terlalu baru diterajuinya. Kata orang, mana manusia tak buat silapkan.
Seperti pantun berbunyi,
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
Apa kata beri peluang untuk Syed Saddiq dan bukan terus menerus mencari kesalahan dirinya. Jangan pernah lupa beliau sanggup mengutip sampah yang ditinggalkan dalam stadium ketika perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum ini. Masa tu bukan main dirinya dipuji kerana menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa negara sudah mengisytiharkan darurat kecemasan kesihatan termasuklah beberapa negeri di Amerika Syarikat, Sepanyol, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Jepun juga bakal menyusul.
Kemungkinan Jepun akan mengisytiharkan perintah darurat selama enam bulan bermula esok dalam usaha menghentikan penularan COVID-19 di seluruh negara itu selepas jumlah terkumpul jangkitan wabak itu melebihi 1,000 kes di Tokyo dan telah menyebabkan kemelesetan kepada negara Matahari Terbit itu.
Perintah itu akan membabitkan Tokyo dan bandar metropolitan lain termasuk Osaka, kata agensi berita Sputnik yang memetik agensi berita Kyodo pada Isnin melaporkan seorang pegawai kerajaan berkata, perisytiharan darurat membolehkan pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah, menyertai majlis awam serta mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan diri.
Bagaimanapun,mereka yang gagal mematuhi peraturan dan cadangan berkenaan tidak akan didenda.
Perdana Menteri Jepun itu juga akan memperincikan wilayah mana yang akan menjadi sasaran darurat dan tempoh perlaksanaan perintah berkenaan.
Sehingga Ahad, Jepun mencatatkan 4,563 kes COVID-19, 104 kematian. Di Tokyo sahaja, 143 kes jangkitan baharu dicatatkan, menjadikan sejumlah 1,033 kes direkodkan di kota raya itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!