Ungkapan ‘Saya Terima’ atau I Do akhirnya dilafazkan oleh primadona Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh.
Selepas 19 tahun mengikat tali pertunangan bersama pasangannya, Jean Todt; AsiaOne pada hari ini melaporkan mereka telahpun melangkah ke alam perkahwinan.
Memetik laporan portal berita tersebut, perkhabaran itu pada asalnya dikongsikan oleh bekas pelumba kereta Formula One, Felipe Massa menerusi akaun Instagramnya, hari ini. Hantaran tersebut menunjukkan sepucuk kad perkahwinan dan dalam terisi info lanjut berkenaan majlis berkenaannya yang dilangsungkan di Geneva, Switzerland pada 27 Julai 2023 (Khamis).
Ads
Menerusi beberapa keping foto yang kini sudah berlegar di ruang media sosial, penerima anugerah Oscar untuk lakonannya mantapnya dalam filem Everything, Everywhere All At One itu dilihat memakai persalinan gaun two piece berwarna taupe dengan perincian korset, renda dan fakbrik satin. Cukup berlainan dengan busana perkahwinan serba putih yang selalu digayakan oleh selebriti Hollywood lain pada majlis perkahwinan mereka.
Ads
Fun fact! Tarikh perkahwinan mereka ini menandakan 6,992 hari telahpun berlalu sejak Michelle dan Todt bertemu pada 4 Jun 2004. Pada ketika itu, difahamkan Michelle berada di litar antarabangsa Shanghai bagi menjayakan aktiviti publisiti bagi pasukan Ferrari; di mana Todt bertindak sebagai Pengurus Am.
Apapun, para peminat Michelle baik di tanah air mahupun di peringkat antarabangsa menyambut baik berita tersebut dan menzahirkan ucapan mereka agar pasangan tersebut kekal bahagian sehingga ke akhir hayat.
Ads
Terdahulu, Michelle pernah mengahwini ahli perniagaan dari Hong Kong, Dicksoon Poon dari tahun 1988 hingga 1991. Michelle memperlahankan graf kerjayanya sepanjang tiga tahun berkahwin dan melakukan comeback secara berjaya di industri perfileman Hong Kong dan Hollywood selepas bercerai daripada bekas suaminya itu. Semenjak itu, Michelle tidak pernah mengikat tali perkahwinan dengan lelaki lain sehinggalah sekarang.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang menganggap perempuan kasar ni sukar untuk didekati. Malah, ada juga lelaki yang takut-takut nak tackle awek ‘kasar’ ni.
Kasar bukan bermakna biadap atau berkelakuan tidak baik. Cuma mereka ni sejenis yang agak slumber dan tak cover cun. Lebih sporting dan gila-gila.
So, ini antara 5 sebab kenapa perempuan kasar ni boleh jadi pasangan yang best.
1. Berdikari
Perempuan kasar dan tegas takkan bergantung harap dengan lelaki. Mereka tahu apa yang diinginkan dan melakukan semuanya sendiri. Pendek kata, kalau lelaki dapat awek macam ni memang senanglah hidup. Tak ada la nak berkepit 24 jam je.
2. Jujur
Siapa kata perempuan ni complicated? Jangan risau, perempuan kasar ni sebenarnya simple je. Semua benda dia akan terus terang, tu sebab dia main cakap lepas.
3. Pandai jaga diri
Jika pasangan keluar dengan rakan perempuannya, si boyfie tak perlu risau sangat sebab mereka ni seorang yang pandai jaga diri sendiri.
4. Tak kuat jeles
Bukanlah kata sampai tak ada perasaan cemburu langsung pada boyfriend. Tapi, perempuan kasar ni jenis yang tak cemburu buta. Kalau lelaki cakap dengan kawan perempuan mereka, perempuan kasar ni tak ada hal sangat la selagi dia percaya yang mereka memang hanya berkawan.
5. Fun
Mereka ni ada macam-macam plan yang best. Lelaki serious tak akan bosan kalau keluar dengan dorang ni. Asalkan ada minat yang sama, kira onz la!
Pendapat korang macam mana pula?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan sekali lafaz sahaja, naib juara program Big Stage 2020; Muhammad Saiful Naim bin Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Usop telah menamatkan zaman bujangnya hari ini bersama pasangan pilihan, Nur Fatihah Md Hashim, 25 pada hari ini.
Majlis akad nikah yang dilangsungkan secara ringkas di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam di Penaga, Pulau Pinang telah berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin dan dilangsungkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth iaitu Ustaz Haji Harun Idris.
Pihak pengantin lelaki telah menghulurkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang tangan serta tujuh dulang hantaran yang dibalas dengan sembilan dulang dari pihak pengantin perempuan.
Khabarnya juga, majlis resepsi pihak Nur Fatihah bakal diadakan pada malam ini. Manakala majlis resepsi pihak Usop pula dijadualkan berlangsung pada 13 Februari ini di Kulim Kedah.
Tidak ketinggalan juga ada yang terkejut apabila mendapat tahu Nur Fatihah berasal dari Malaysia. Disebabkan rupa parasnya yang menyerupai wanita berdarah kacukan, ada yang menyangka Usop telah memilih pasangan warga asing.
Untuk pengetahuan, Nur Fatihah yang mesra dengan panggilan Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat di Pulau Pinang. Sambil itu, Teha turut menjalankan pekerjaan sampingan iaitu dengan meniaga barangan kosmetik.
Usop dalam pada itu memohon agar peminat dan orang ramai dapat mendoakan segala kebaikan kepada mereka sebagai pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga.
“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini sebaik mungkin.
“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” ujarnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada pasangan ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu lalu, personaliti realiti TV, usahawan dan sosialit popular Kim Kardashian yang telah secara rasminya kembali bergelar ‘bujang’ telah memenuhi tajuk utama berita hiburan di seluruh dunia.
Kisah penceraian Kim dengan bekas suaminya, Kanye West (atau Ye) yang mana berkongsi empat orang cahaya mata bersamanya telah berlarutan selama bertahun-tahun lamanya. REMAJA juga pernah melaporkan mengenai perasaan berbelah bahagi yang dirasai Kim; sama ada untuk terus bersama Ye atau meninggalkannya melalui perceraian.
Pasangan #KimYe bersama anak-anak mereka; North, Chicago, Saint & Psalm.
Apa yang kita ketahui adalah; Kanye telah menuduh Kim menculik anak-anaknya atau menghalangnya berjumpa dengan mereka, mengkritik hubungan Kim dengan teman lelakinya, Pete Davidson, mempersoalkan kemahiran keibu-bapaannya, menghina Pete berulang kali di media sosial dan meminta pengikutnya menjerit kepada Pete untuk pihaknya.
Menerusi klip terbaru Kanye berjudul Eazy, ia menggambarkan ilustrasi mirip Pete Davidson yang diikat dan ditanam di dalam tanah berpasir.
Bukan setakat itu, pada sambutan Hari Kekasih Februari lalu, Kanye percaya bahawa dia sedang berjuang untuk keluarganya dan Tuhan akan mempertemukan dia dan Kim kembali.
Tingkah laku ini tentunya berkait rapat dengan gangguan bipolar yang dialami Kanye. Rapper itu sendiri pernah bersikap jujur dan mengakui dia telah berhenti mengambil ubat-ubatannya.
Selama ini, Kim dilihat lebih banyak berdiam diri mengenai isu ini di media sosial sehinggakan ada yang berprasangka dia dan Kanye baik-baik sahaja dan ingin kembali menyatu sebagai suami isteri. Namun apabila Kim baru-baru ini menyuarakan bahawa “amat sukar” untuk dia dan Kanye berbincang mengenai hal penjagaan anak, nampaknya personaliti itu sedang berdepan kesukaran.
Seorang pensyarah jurusan psikologi di Taylor’s University, Pang Chia Yee, juga merupakan pakar dalam psikologi bidang seks dan perhubungan telah cuba merungkai perasaan sebenar Kim apabila berdepan dengan bekas pasangan bipolar seperti Kanye.
Bagaimana seseorang boleh mengenal pasti pasangannya merupakan penghidap bipolardisorder?
Bipolar disorder adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari simpotom ringan hingga teruk. Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem seperti daripada kegembiraan melampau (atau mania) kepada rasa sedih melampau (atau kemurungan)
Beberapa gejala yang mungkin perlu diperhatikan ialah:
Penyalahgunaan alkohol atau dadah
Perbelanjaan impulsif
Perubahan emosi yang kerap
Adakah perkara yang Kanye lakukan kepada Kim dan Pete sekarang adalah simptom bipolar, atau adakah orang salah anggap?
Berdasarkan apa yang ditunjukkan di media sosial, ia menunjukkan gejala bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan sewenang-wenangnya kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui orang luar.
Apa yang menyebabkan kondisi bipolar?
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gangguan bipolar seperti tekanan persekitaran, genetik (anda mungkin menemui ahli keluarga yang pernah mengalami gangguan ini dalam sejarah keluarga anda), ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak.
Contoh pencetus bipolar adalah tekanan emosi, kurang rehat atau tidur, keretakan dalam perhubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca (musim sejuk lebih cenderung menyebabkan kesedihan terutamanya jika dia tinggal seorangan diri), kehamilan (disebabkan perubahan hormon), kehilangan pekerjaan, apa-apa jenis kehilangan dalam hidup, masalah kewangan dan faktor persekitaran (seperti pandemik COVID-19).
Jika bekas pasangan yang mengalami penyakit bipolar mula menunjukkan pertindakan ganas terhadap kita, apakah yang perlu kita lakukan?
Sentiasa ingat bahawa keselamatan anda mesti diutamakan. Jika bekas pasangan anda yang mengalami penyakit gangguan bipolar mula menjadi agresif secara fizikal atau lisan kepada anda, anda perlu memaklumkan pihak berkuasa (pegawai polis), keluarga anda dan jiran. Dapatkan bantuan profesional.
Katakan Kim ingin mendapatkan nasihat, apakah tip/langkah yang anda akan suruh dia lakukan?
Pertama sekali, saya akan memastikan dirinya tenang.
Saya tidak pasti tentang hubungannya sekarang dengan Kanye, tetapi semoga dia boleh terus menjadi kawannya. Pada ketika ini, nampaknya tidak kiralah apa saja yang dilakukan oleh Kim; ia tidak akan disenangi ole Kanye.
Sebb itulah mengambil tangkapan skrin (screen shot) mesej-mesej mereka dan mendedahkannya di media sosial. Pada pandangan saya, adalah lebih baik Kim terus mendiamkan diri mengenai isu ini di media sosial kerana apa saja yang diperkatakan olehnya akan disalah anggap oleh orang ramai. Mereka akan sentiasa mentafsir makna mereka sendiri, dan membuat andaian mereka sendiri.
Saya akan menilai keadaan semasa hubungan mereka dan bukan menilai daripada apa yang dilihat di media sosial. Adalah penting untuk mengambil berat tentang pandangan dan perasaan Kim terhadap Kanye sebagai seorang insan atau sebagai bapa kepada anak-anaknya.
Jika seseorang mempunyai hubungan dengan individu yang mempunyai gangguan bipolar, apakah yang boleh dilakukan untuk membantunya?
Kenal pasti isu sebenar mereka dan semoga mereka akan jujur dan terbuka untuk berkongsi suka-duka mereka.
Ia juga membantu untuk:
Menggalakkan pasangan anda untuk mendapatkan bantuan profesional.
Terima dan fahami had anda sendiri.
Bersabar.
Berusaha untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut tentang gangguan/kesukarannya.
Besar kemungkinan individu itu merasa malu untuk mendapatkan bantuan. Cara memujuk si dia adalah dengan menunjukkan betapa bermakna terapi ini kepada perhubungan anda berdua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.Penampilannya yang menawan dan fit...