Foto Hiasan : Pexels.com (Sora Shimazaki)

 

Jika mengikut laporan, kes cabul membabitkan golongan pendidik sekolah selalunya menjadikan para pelajar sebagai mangsa mereka.

Namun kali ini, kakitangan sekolah pula yang dilaporkan menjadi mangsa seorang bekas pengetua sekolah.

Kes dilaporkan terjadi di Hulu Terengganu, Terengganu membabitkan seorang bekas pengetua sekolah menengah bernama Aminuddin Jusoh@Yusof yang berusia 53 tahun. Tertuduh didakwa pada hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Berang atas tuduhan mencabul tiga orang kakitangan sekolah pada bulan Januari dan Februari tahun ini.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah untuk lima pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistreet Engku Nurul Ain Engku Muda.

IKLAN
Bukan Pelajar, Kakitangan Sekolah Pula Jadi Mangsa Cabul Bekas Pengetua
Sumber Foto : Sinar Harian.

Pertuduhan pertama, kedua dan ketiga mendakwa Aminuddin menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Bagi pertuduhan keempat, beliau didakwa menggunakan kekerasan terhadap seorang wanita berusia 44 tahun JUGA dengan niat mencabul kehormatannya. Kesalahan tersebut didakwa berlaku di dalam bahagian dapur dekat bilik guru sekolah pada Februari lalu.

IKLAN

Kesalahan sama diulang semula bagi pertuduhan kelima membabitkan seorang kakitangan wanita berusia 35 tahun di sekolah sama pada bulan Januari lalu.

OMG

IKLAN

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh akan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Selepas pertuduhan dibacakan hari ini, tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah kemudian menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ish, jijik lah apabila mendengar kes seperti ini berlaku di dalam kawasan sekolah. Bukankah institusi pendidikan sepatutnya menjadi lokasi paling selamat buat para pelajar dan golongan kakitangannya. Ini lain pula cerita.

Sumber : Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI