Tular satu kejadian semalam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang Melaka apabila seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dilaporkan rebah setelah menerima suntikan vaksin.
Maka timbullah pelbagai spekulasi setelah satu klip video berdurasi 36 saat tersebar meluas di media sosial.
Namun selepas siasatan segera yang dilakukan oleh pihak Kesihatan (Kesihatan Awam) Melaka, mereka mendapati bahawa remaja tersebut rebah disebabkan tidak mengambil sarapan sebelum temujanji vaksinasi di samping kurang tidur dan dilanda rasa gementar untuk mengambil suntikan.
Ads
Dia dilaporkan tidur lewat pada jam 2 pagi pada malam sebelumnya dan hanya sempat makan sesudu nasi lemak pada pagi semalam.
Ads
Biarpun tidak menunjukkan kesan sampingan dalam masa terdekat selepas vaksinasi, remaja itu secara tiba-tiba menjadi lemah dan rebah ketika dalam perjalan menuju tempat parkir kenderaan hingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) orang awam untuk masuk semula ke PPV tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Selepas hampir 30 minit di sana, dia kembali stabil dan dibenarkan pulang. Pemeriksaan lanjut selepas dia pulang juga mendapati remaja tersebut sudah sihat dan aktif dengan rutin harian seperti biasa.
Ads
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu berkata mereka akan segera menyiasat kejadian tersebut bagi rujukan akan datang akibat daripada ketidaksediaan sebelum menerima vaksinasi dalam kalangan remaja bawah 18 tahun.
Akibat sikap degil segelintir rakyat Malaysia, Kementerian Pertahanan memutuskan agar pasukan tentera diturunkan bagi membantu pihak polis dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah masing-masing sehingga 31 Mac ini.
Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media perkembangan perintah kawalan pergerakan sebentar tadi.
Tentera akan bantu polis pantau keadaan pastikan rakyat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan mulai Ahad ini – Menteri Kanan (Pertahanan) @IsmailSabri60
Menurut Ismail, pasukan tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini supaya kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan.
Tambahan beliau lagi , masih ramai yang tidak mempedulikan arahan kerajaan termasuk arahan polis untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sebagai usaha membendung penularan Covid-19 di negara ini.
Masih ramai tidak pedulikan arahan kerajaan termasuk arahan polis – Menteri Kanan (Pertahanan) @IsmailSabri60
Peribahasa ini sesuai dikaitkan dengan perkongsian daripada dua pemuda kurang upaya atau (OKU) pendengaran mencabar diri mereka dengan bermotosikal kapcai menjelajah Laos dan Thailand yang jarak perjalanan keseluruhan hampir 6,000 kilometer (km), baru-baru ini.
Khairul Azri Zahari, 32, yang menunggang Honda EX5 dan rakannya, Izzuan Ahmad, 37, menunggang Honda Dash 125 melakukan kembara selama 20 hari bermula dari Kuala Lumpur sebelum menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk memasuki Thailand dan Laos.
Berkongsi pengalaman itu, Khairul Azri berkata bagi memudahkan komunikasi dengan masyarakat di negara itu, beliau dan Izzuan menggunakan bahasa isyarat dan banyak menaip di telefon bimbit serta menggunakan aplikasi Google Translate.
“Setiap kali berjumpa dengan rakyat tempatan mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan, kami akan maklumkan yang kami tidak dapat mendengar dan bercakap. Alhamdulillah, mereka memahami dan setiap urusan dipermudahkan.
“Yang melegakan kami juga ialah tidak menghadapi banyak karenah birokrasi dengan pihak berkuasa di sempadan Thailand dan Laos ketika kami memasuki negara tersebut sebaliknya mereka terkejut dan teruja kerana kami adalah OKU pendengaran dari Malaysia,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Izzuan berkata pengalaman yang tidak dilupakan ialah dapat menunggang motosikal di Wilayah Mae Hong Son, iaitu kawasan tanah tinggi Utara Thailand yang menjadi antara laluan popular dalam kalangan penunggang yang mempunyai 1,864 selekoh dan berada pada ketinggian 1,200 meter dari aras laut yang menyajikan pemandangan sungguh menakjubkan.
“Walaupun kami OKU pendengaran dan menggunakan motosikal berkuasa rendah, kami bangga dapat sampai di sini (Mae Hong Son) yang menjadi kawasan wajib disinggahi bagi penunggang motosikal lain,” katanya yang menyimpan hasrat untuk bermotosikal ke Makkah pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR: Dua pemuda OKU pendengaran mencabar diri mereka dengan bermotosikal kapcai menjelajah Laos dan Thailand yang jarak perjalanan keseluruhan hampir 6,000km, baru-baru ini. pic.twitter.com/Vk6Tr49Zre
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak minggu lalu, pengguna yang mendapat bil dari Tenaga Nasional mula merungut apabila melihat kepada jumlah yang tertera. Ada mendakwa bil melambung lebih 300 peratus sedangkan penggunaan bulanan biasa hanya biasa-biasa sahaja.
Ramai faham kalau menggunakan penghawa dingin tetapi yang menjadi rungutan yang bukan memasang penghawa dingin pun kosnya melambung kerana bil dikira secara prorata. Malah terdapat lawak-lawak yang mengatakan bil dikenakan kepada mereka itu boleh pergi London balik hari. Hikz.
Menyedari isu ini menjadi panas di media sosial, Tenaga Nasional Berhad memberikan penjelasan mengenai isu tarif api ini.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjelaskan kaedah prorata yang digunakan untuk pelarasan bil elektrik sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan menyebabkan pengguna dikenakan caj yang berlebihan.
Ketua Pegawai Runcit TNB Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat. Beliau berkata, pelarasan menggunakan kaedah prorata itu dilakukan setelah TNB mendapat bacaan sebenar melalui operasi bacaan di tapak yang dimulakan secara berperingkat pada 15 Mei lepas dan kemudiannya diselaraskan dengan bil-bil anggaran yang terdahulu.
"Contohnya, ada pengguna yang terima bil-bil anggaran pada Mac, April, Mei dan bil sebenar pada Jun, kesemua bil itu akan diselaraskan. Contohnya, penggunaan bil 1,400kwh akan dibahagikan dengan empat bulan, kemudian didarabkan mengikut blok tarif sedia ada mengikut penggunaan yang tertera.
"Oleh itu, untuk sebulan sebanyak RM102.80 (RM411.20 untuk empat bulan). Jika tidak menggunakan kaedah ini, jumlah yang tertera ialah RM681," katanya ketika mengulas dakwaan isu bil elektrik yang tinggi sepanjang tempoh PKP ketika ditemubual di Buletin Bernama.
Selain itu katanya, TNB juga akan memberikan diskaun kepada 7.5 juta pengguna berdasarkan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan mengikut kadar yang telah ditetapkan iaitu 50 peratus, 25 peratus,15 peratus dan dua peratus.
"Kadar tertinggi akan diberikan kepada kumpulan B40 dan M40 yang merupakan 85 peratus pengguna kediaman bagi meringankan beban mereka," katanya.
Sementara itu, sebagai tanda peka dengan situasi luar biasa yang dialami pengguna, beliau berkata TNB telah menyediakan pelan bayaran mudah dengan memberi pilihan kepada pengguna untuk menjelaskan bayaran bil yang tertunggak semasa PKP secara ansuran bulanan sehingga Disember 2020.
"Bagi pengguna yang hendak membayar penuh pun boleh. Kami juga tidak mengenakan caj lewat bayar sehingga September 2020, tidak akan memotong bekalan elektrik sehingga Julai 2020," katanya.
Beliau berkata bermula 1 Jun ini, TNB akan memulakan semula operasi Kedai Tenaga di Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan bagi memudahkan urusan setiap pengguna, manakala 92 Kedai Tenaga di sembilan negeri telah memulakan operasi selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
"Pengguna juga boleh membuat bayaran secara dalam talian dengan merujuk kepada portal TNB atau aplikasi TNB atau cawangan ejen-ejen yang disahkan TNB seperti Bank Simpanan Nasional dan Kedai Mesra Petronas selain menghubungi talian TNB CareLine 1-300- 88-5454," katanya.