Sedih juga apabila kami sebagai rakan media dan rakan selebriti, Emma Maembong perlu melaporkan berita sebegini..

 

Namun seperti yang dinyatakan sebentar saja tadi oleh Emma melalui klip Instagram Live bersama rakan di Rotikaya, dia menegaskan bahawa tiada siapa yang memaksanya untuk memakai hijab 4 tahun lalu mahupun memaksanya menanggalkan hijab sekarang.

Keputusan tersebut 100 peratus datang daripada dirinya sendiri. Walaupun tahu akan kesalahannya tersebut, Emma enggan sesiapa untuk menunding jari terhadap ahli keluarganya dan kenalan rapatnya sebagai punca dia menanggalkan hijab.

IKLAN

”4 tahun lalu, saya memakainya atas kehendak sendiri. Walaupun saya dikelilingi oleh rakan yang tidak berhijab dan tidak semua ahli keluarga saya juga berhijab, saya peroleh kekuatan untuk teruskan dengan niat (untuk berhijab) daripada mereka juga.

”Mereka fahami kehendak dan keperluan saya sepanjang tempoh itu. Jadi janganlah mereka dibebankan pula dengan cerita yang tak benar.

IKLAN

“Sejak ura-ura ini keluar, masih ramai yang menasihati saya secara baik dan untuk itu saya amat berterima kasih.

“Tiada Siapa Paksa Saya..” – Tanggal Hijab Keputusan Peribadi Emma Maembong
Foto terbaru Emma Maembong di akaun Instagram.

”Kalau ada kelakuan saya yang kurang disenangi, tegurlah saya, nasihat dan motivate saya secara baik. Jangan pula merekacipta dan memburukkan keadaan,” pinta Emma yang dilihat sudah tidak berhijab di dalam temuramah tersebut.

Ditanya mengenai gelaran yang dihambur netizen kepada Emma – antaranya seperti hipokrit mungkin kerana Emma sendiri pernah melancarkan koleksi hijab sebelum ini, dia merasakan mereka tidak layak untuk menggelarnya sebegitu.

IKLAN
“Tiada Siapa Paksa Saya..” – Tanggal Hijab Keputusan Peribadi Emma Maembong
Koleksi My Sketchbook Shawl by Emma Maembong

”Semua orang ada lakukan kesilapan dan semua orang ada jalan kehidupan masing-masing. Saya mungkin tak pernah melalui kepayahan yang kamu lalui dan sebaliknya begitu juga.

”Tak apalah, saya terima saja kata-kata mereka. Asalkan saya ada keluarga dan kenalan rapat yang memberi sokongan dan motivasi dari belakang, cukuplah.”

Keputusan Emma Maembong untuk menanggalkan hijab berlaku selepas insiden gambarnya tanpa hijab dan berseluar pendek tersebar di internet minggu lalu. Ia diikuti dengan penjelasan daripada Emma sendiri yang memohon maaf atas kekhilafannya serta penjelasan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang berada di dalam gambar tersebut.

“Tiada Siapa Paksa Saya..” – Tanggal Hijab Keputusan Peribadi Emma Maembong
Sumber: Kosmo Online

Setiap manusia itu ada cabaran hidupnya dan ini adalah cabaran untuk insan bernama Emma Maembong. Semoga dia tabah dan kita doakan dirinya serta diri kita sendiri untuk perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI