Kerajaan Malaysia memandang serius dalam menangani wabak COVID-19 daripada terus menular dan disebabkan tu sebanyak 107 daripada 551 pusat kuarantin telah beroperasi di seluruh negara (Astro Awani).
Bukan hanya memberi tempat tidur sahaja, malah mereka juga diberikan kelengkapan seperti Wi-Fi dan diberi makan 3 kali sehari, semuanya dibiaya oleh kerajaan.
Berikut merupakan antara 63 pusat kuarantin yang juga terdiri daripada beberapa hotel 4 dan 5 bintang, termasuklah Tanjung Rhu Resort di Langkawi, Hilton Kuala Lumpur dan Impiana Hotel KLCC.
1. Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah 2. Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Siputeh, Perak 3. Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA Kampus Teluk Intan, Teluk Intan, Perak 4. Arena Badminton Perak, Ipoh, Perak 5. Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak 6. Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh, Perak 7. Kolej Kejururawatan Kuantan, Kuantan, Pahang 8. Hotel The Cool Point, Tanah Rata, Pahang 9. Hotel Monaco Boutique, Kota Kinabalu, Sabah 10. Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau, Sabah 11. Linawa Hostel, Kompleks Sukan Ranau, Ranau, Sabah 12. Rumah Rehat Sri Aman, Sri Aman, Sarawak 13. Rumah Temuai Nanga Merit, Kapit, Sarawak 14. Pusat Giatmara W.P Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan 15. Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah 16. Tanjung Rhu Resort, Pulau Langkawi, Kedah
17. Golden Sands Resort by Shangri-La, Tanjung Bungah, Pulau Pinang 18. Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang 19. Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak 20. Best Western Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor 21. COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil, Selangor 22. Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor 23. Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor 24. FOX Lite Hotel Dpulze-Cyberjaya, Cyberjaya, Selangor 25. Hilton Garden Inn Puchong, Puchong, Selangor 26. Hilton Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor 27. Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
Ads
28. Hotel Sunway Clio, Petaling Jaya, Selangor 29. Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor 30. Qliq Damansara, Petaling Jaya, Selangor 31. Dorsett Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya 32. Ancasa Express @ Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 33. Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 34. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ads
35. Furama Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 36. Grand Millennium Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 37. Hilton Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 38. Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 39. Hotel Royal Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 40. Ibis Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 41. Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 42. Hotel Impiana KLCC, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ads
43. J-Hotel by Dorsett, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 44. Living at Dsulaiman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 45. Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 46. Hotel Premiera Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 47. Ramada Suites Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 48. Silka Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 49. Swiss-Inn Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 50. The Pearl Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 51. Hotel Crystal Crown, Johor Bahru, Johor 52. Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor 53. Hotel Hallmark Regency, Johor Bahru, Johor 54. Hotel Millesime, Johor Bahru, Johor 55. Hotel New York, Johor Bahru, Johor 56. Swiss-Inn Johor Bahru, Johor Bahru, Johor 57. Hotel V8, Skudai, Johor 58. Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang 59. Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching, Sarawak 60. Hock Lee Hotel and Residences Tower A and Tower B, Kuching, Sarawak 61. Hotel Kuching Park, Kuching, Sarawak 62. Ming Garden Hotel and Residences, Kota Kinabalu, Sabah 63. Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Masyarakat Malaysia seharusnya bersyukur dengan kemudahan yang diberikan ini kerana kerajaan kita tidak pernah mengabaikan kebajikan dan sentiasa memastikan agar rakyat berada dalam keadaan yang baik.
So korang, tolonglah main peranan juga ya. Patut arahan yang diberikan untuk duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ni. Kerajaan kita dah bersungguh-sungguh membantu menghentikan penularan wabak ini, jadi sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita juga harus turut sama berganding bahu bagi mencegah virus ini daripada terus menular.
Jika pelajar lain menikmati alam persekolahan dengan seribu cerita, berlainan dengan ujian diberi Allah buat dua hambanya, Iskandar Izani dan Ainun Masturah keduanya berusia 16 tahun. Dalam tempoh dua hari, kedua remaja ini dijemput Illahi akibat kanser.
Iskandar pelajar cemerlang yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Alor Akar dan tinggal di Asrama Semai Bakti Kuantan di bawah Felda disahkan meninggal pagi tadi akibat kanser otak yang didiagnos April lalu.
Manakala Ainun Masturah dari Balok Fajar, Kuantan pula didiagnos kanser tulang sejak 2016 menemui Illahi Jumaat lalu pada 12 Julai lalu, jam enam petang dan jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada pagi Sabtu di kampung halamannya sekaligus meninggalkan segera derita yang dialami selama ini.
Arwah Iskandar, pelajar bijak yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu dan disahkan mengidap kanser otak meninggal dunia pagi tadi selepas tiga bulan bertarung nyawa sejak didiagnos mengidap kanser otak.Ainun Masturah meninggal Jumaat lalu selepas disahkan mengidap kanser tulang pada usia cukup muda, 16 tahun.
Dalam catatan perkongsian dari Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser, Wan Shahriza turut berkongsi momen sedih ini di atas pemergian pelajar bijak ini. Malah katanya lagi segala sumbangan orang ramai bagi membantu membeli mesin untuk arwah Ainun sudah dikembalikan oleh keluarganya untuk kegunaan mereka yang derita kanser.
Namun catatan rakan-rakan arwah Iskandar yang sudah pun menyiapkan hadiah untuk arwah agar cepat sembuh dan kembali sihat nyata tidak kesampaian apabila arwah Iskandar terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya sekaligus mengundang kesedihan yang bukan sedikit buat rakan-rakannya.
Rakan-rakan Iskandar sudah menyediakan kad ucapan Get Well soon Iskandar namun catatan ini tidak sempat dibaca arwah yang sudah meninggal pagi tadi.Penyakitnya arwah Iskandar dapat dikesan April lalu dan ternyata Allah sangat sayangkannya
Ternyata, kanser yang amat ditakuti ini sudah meragut sekian banyak nyawa dan semoga roh mereka yang sudah menemui sang pencipta diletakkan bersama di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Bacalah juga catatan peribadi Wan Shahriza di fb PERSONA untuk tatapan kita bersama.
Inalillahiwainailahirojiun.
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Ainun Masturah, telah selamat pulang ke rahmatullah sekitar jam 6 petang tadi, tidak sampai dua jam setelah dibawa pulang dari hospital.
Malam semalam, dia sempat berbisik pada ibunya,
“Ainun minta maaf, ibu. Cakap dgn abah, Ainun minta maaf.. Ainun dah tak larat..”
Saya sendiri tadi, selepas diberitahu oleh ibu Ainun, Normala, yang mereka akan membawa Ainun pulang dari hospital, sempat terlelap di atas sofa depan kaca TV.
Semoga syurga tempatmu. A Fatihah untuk arwah adik AinunRehatlah dik, Allah sangat sayangkanmu. Kesukaran bernafas antara masalah dialami oleh pesakit kanser
Dan bermimpikan Ainun.. Dalam.mimpi beberapa.minit itu, dia tidak memakaipun tiub oksigen seperti di hospital. Dia sedang duduk dan sedang mencari2 sesuatu di antara barang2 dari hospital yang berselerak di hadapannya.
“Eh, Ainun tak payah pakai tiub oksigen pun.”. Komen saya. Teringat yg Ainun sebelum ni akan tercungap2 tanpa bantuan oksigen.
“Aah tak payah. Cuma mesin oksigen kena standby jugak..”. Kata ibunya.
Sesungguhnya memang berhari2 kami cuba mencarikan mesin oksigen yg sesuai untuk Ainun kerana hospital tidak mengizinkan discaj tanpa mesin oksigen yg berfungsi baik. Hanya pagi tadi, ibunya memberitahu saya, yg Ainun sudah boleh menggunakan mesin oksigen yg kami beli tanpa menyebabkan bacaan oksigen menurun, seperti sebelum ini.
Itulah wajah Ainun yang terakhir yang saya lihat. Dalam.mimpi yg masih baharu. Seolah olah dia datang memohon permisi.
Sewaktu menziarahinya tadi, saya tidak membuka kain yg menutupi wajahnya. Takut saya tewas mengawal perasaan.
Al Fatihah Ainun Masturah. Semoga tenang dan damai selalu dalam istirahat yg abadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja ingin mendaftar untuk suntikan vaksin, seorang pengguna Facebook ini terkejut apabila namanya dikatakan sudah menerima suntikan pertama vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.
Iena Zarina Mustapha telah pun berkongsi kisahnya dengan mengatakan bahawa dia baru sahaja ingin mendaftar vaksin, tiba-tiba menerusi update di aplikasi MySejahtera menyatakan dia sudah divaksin pada 3 Mac 2021 di klinik kesihatan Selising dan perlu mengambil vaksin kedua pada hari tersebut.
Jelasnya lagi, kenyataan itu juga mengarut kerana waktu cucuk vaksin itu adalah pada pukul 11.58 malam. Logik ke?
Wanita itu turut mempersoalkan bagaimana aplikasi tersebut boleh tersalah update data dan adakah data peribadi kita sudah tidak selamat lagi?
Iena turut menjelaskan dia bukanlah seorang frontliner dan apa yang dia tahu, hanya frontliner yang diutamakan untuk mengambil suntikan vaksin sekarang. Tambah pula, cucuk vaksin di klinik Selising yang mana dia sudah setahun tidak memijak bumi Kelantan. Bila telefon katanya doktor sibuk. Wanita ini berharap agar pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu, Unit Promosi Kesihatan Pasir Puteh (UPK) telah pun meninggalkan komen di sebuah hantaran Facebook milik Iena dengan memohon maaf atas kekeliruan ini. Kesilapan berlaku disebabkan petugas di kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terlibat secara tidak sengaja telah tersalah memasukkan nombor kad pengenalannya.
Bagaimanapun, pihak UPK juga menjelaskan bahawa tidak terdapat sebarang pencabulan dalam data peribadi. Mereka telah pun memadamkan butiran wanita tersebut sebagai individu yang telah menerima vaksin. Proses validasi sistem dilakukan dari masa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti. Petugas barisan hadapan yang telah menerima vaksin tersebut telahpun dimaklumkan dan datanya juga sedang dikonsolidasi di dalam sistem.
Mahunya tak terkejut kan kalau kita lihat nama kita sudah divaksin walhal baru sahaja nak mendaftar. Diharap masyarakat lebih peka dan ambil tindakan sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada orang ramai.
Perjalanan seorang anggota bomba berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh di kanan jalan di Lebuhraya Utara Selatan di KM 98.7 (menuju ke Utara) berhampiran Plaza Tol Sungai Petani, Kedah.
Dalam kejadian malam tadi sekitar jam 9 malam, allahyarham Mohd Nor Faisal bin Ani, 38 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bertam (dari pasukan B) dipercayai mengantuk sehingga motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ke arah Plaza Tol Gurun.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai mengantuk dan hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke kanan jalan.
"Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berasal dari Perlis dan bekerja di Butterworth.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!