Baru-baru ini, ramai telah memperkatakan mengenai sebuah video tular yang memperlihatkan matahari terbit dari arah utara.

Bertempat di kawasan perkampungan Kabupaten Jeneponto dekat Sulawesi Selatan, Indonesia, ia dianggap sebagai fenomena luar biasa dan tidak kurang juga ada yang menganggap ia sebagai petanda hari kiamat yang sudah menghampiri.

Rata-rata terkejut dengan video yang dimuat naik di Facebook dengan tajuk ‘Matahari terbit dari sebelah utara?’ ini.

IKLAN

 

Memetik laporan media tempatan di negara sebearang, video tersebut dikenalpasti telah dirakamkan di Sekolah Islam Negeri Binamu; di mana seorang lelaki muncul untuk menjelaskan fenomena matahari pagi yang terbit dari arah utara dan bukannya dari timur seperti kebiasaan.

Lelaki tersebut dipercayai bekerja sebagai seorang guru di sekolah itu dan kejadian itu telah menyaksikannya bersama-sama sejumlah guru lain. Jelas dalam video itu, mereka kelihatan kagum dan terkejut dengan kejadian yang berlaku.

IKLAN

Ketika membuat rakaman, matahari berada di kedudukan utara kira-kira pada pukul 8 pagi waktu tempatan. Namun persoalannya, adakah normal jika matahari terbit dari utara?

Ekoran spekulasi yang bertebaran, Penolong Mufti Kanan di Bahagian Falak Jabatan Mufti Selangor iaitu Hardi Sadali tampil memberikan pandangan beliau.

Katanya, kecondongan paksi bumi telah menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dan musim. Pada bulan Jun, negara di hemisfera utara bumi akan memasuki musim panas manakala negara di hemisfera selatan akan memasuki musim sejuk.

IKLAN

Jangan risau, matahari masih terbit dari timur seperti kebiasaannya. Cuma disebabkan ia tidak berlaku pada sudut tepat 90 darjah, maka ia menyebabkan matahari seolah-olah kelihatan terbit dari arah utara.

Fenomena matahari terbit di timur tetapi condong ke utara ini sudah berlaku sejak penghujung Mei tetapi baru disedari orang ramai beberapa minggu lalu menjelang tarikh 21 Jun.

Ujar Hardi Sadali lagi, selepas 21 Jun 2021, arah terbit matahari akan mula ‘bergerak ke bawah’ semula dan berada pada garisan 0 darjah Khatulistiwa yakni kedudukan tepat arah timur pada sudut 90 darjah.

Keadaan ini adalah normal dan hanya menandakan perubahan musim. Malah, ia sudah selalu disaksikan oleh penduudk di lokasi rakaman video itu seperti mana dimaklumkan pihak Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Makassar.
Pakar mengatakan, matahari hanya akan terbit di titik barat apabila paksi putaran Bumi terbalik kerana perlanggaran besar dan mengikut kepercayaan umat Islam, itulah petanda hari Kiamat sudah tiba.

Sumber: KompasBH

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI