Setelah mencetuskan kontroversi menerusi penyiaran sebuah dokumentari terbitan Al Jazeera, lelaki warga Bangladesh iaitu Md Rayhan Kabir telah dihantar pulang pada 9 malam tadi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sekaligus, lelaki tersebut telah disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
Bagaimanapun, penghantaran pulang itu dilaksanakan tanpa meletakkan sebarang pendakwaan terhadapnya.
Terdahulu pada bulan lalu, Rayhan telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila dia mendakwa pihak berkuasa tempatan telahpun bertindak tidak adil kepada warga asing menerusi dokumentari berjudul ‘Locked Up In Malaysia Lockdown’.
Ads
Ia telah mencemarkan imej negara yang didakwa mendiskriminasi warga asing ketika mengendalikan kes Covid-19.
Sebaik dokumentari itu disiarkan, Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Rayhan untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Ads
Namun proses penghantaran tidak semudah yang disangka. Dia hanya dibenarkan untuk pulang selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.
Selain itu, proses penghantaran juga memerlukan dia menunggu penyediaan tiket penerbangan ke Bangladesh.
Ads
Untuk pengetahuan, Rayhan telah menyampaikan permohonan maaf sekiranya kenyataan beliau menerusi dokumentari tersebut menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.
Namun ternyata, ia sudah terlambat memandangkan kenyataan yang diberikan kepada saluran antarabangsa semega Al-Jazeera telahpun disiarkan untuk tontonan sedunia.
Hangat baru-baru ini di media sosial apabila seorang gadis meluahkan rasa kecewa dengan gaji permulaan yang ditawarkan kepadanya sebagai seorang pereka grafik.
Menurut gadis tersebut, gaji pekerja retail yang sekadar memegang sijil SPM didakwa jauh lebih tinggi daripada gaji yang diterima olehnya.
Tambah lulusan universiti awam itu lagi dia menerima gaji sebanyak RM1,600 untuk jawatan sebagai pereka grafik meskipun memiliki ijazah sarjana muda.
Hasil kajian Pusat Kajian Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) mengenai kos yang perlu dibelanjakan setiap bulan sekiranya tinggal di Malaysia.
“Basic graphic designer RM1,600 untuk hidup di KL, korang rasa aku nak hidup macam mana? Tapi sekiranya aku pergi interview kerja retail paling kurang akan dapat basic gaji sebanyak RM3,000.
“Aku ada ijazah, basic RM1,600 hanya disebabkan aku tiada pengalaman. Aku buat retail tiada pengalaman juga basic aku masih lagi RM3,000 berlandaskan SPM. Itu pun mereka tidak tengok sangat result aku. Baik aku balik kampung,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berpendapat gaji tersebut amatlah tidak berbaloi dek kerana kos hidup di ibu kota yang semakin tinggi.
“Ishh..sangatlah mengarut gaji sebanyak itu. Harga minyak masak zaman sekarang pun dah naik harga,” komen warganet.
Netizen turut memberi cadangan kepada gadis tersebut untuk mengumpul pengalaman terlebih dahulu meski dibayar rendah.
“Fresh grad memang gaji sebegitu disebebakan korang tiada pengalaman. Kalau awak stay dalam industri sekitar 10-15 tahun dah boleh ‘letup’ gaji. Kerja retail 10-15 tahun akan kekal gaji RM3,000,” kongsi netizen lain.
“Nasihat saya ambil sahaja kerja tersebut untuk cari pengalaman. Grow slowly. Saya dulu pun macam awak juga, sekarang alhamdulillah sangat berbaloi,” komen seorang netizen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘I have a pen, I have a apple.. Uh! Apple-Pen! (PPAP). Mesti anda masih ingat lagi dengan bait-bait lagu berhantu ni kan?
Percaya atau tidak, penyanyi lagu viral itu Piko Taro telah mendedahkan bahawa dia memperoleh pendapatan untuk lagu PPAP menyamai pendapatan dia bekerja selama 25 tahun.
Perghh, untunglah. Kita berhempas pulas kerja hari-hari tapi Piko Taro hanya dapat untung dengan satu lagu saja dan boleh menyaranya seumur hidup.
Tambahnya lagi menerusi rancangan bual bicara Downtown Now, selepas sebulan lagu itu menjadi viral, dia sudah mendapat pulangan lebih beratus juta yen.
Piko atau nama sebenarnya Daimaoi Kosaka mengakui nilai itu bersamaan dengan angka gaji yang diperolehinya selama 25 tahun bekerja.
Macam mana agaknya pulangan royalti boleh jadi sebanyak itu ya?
Rupa-rupanya lagu PPAP telah banyak menghiasi pelbagai iklan komersial televisyen dan radio serta kolaborasi dengan produk-produk terkenal Jepun.
Piko juga pernah muncul dalam pelbagai muzik video, iklan komersial Softbank dan Sesame Street.
Bukan saja itu, kafe PPAP dan beberapa siri animasi televisyen turut menggunakan jenama milik penyanyi viral ini.
Oh, no wonder la royalti yang dia dapat pun setimpal kan. Memang hebat!
Jika dahulu medium fb digunakan untuk mencari kenalan lama terputus tetapi hari ini medium media sosial ini digunakan dengan meluasaya untuk tujuan perniagaan,berkongsi ilmu dan tak kurang juga untuk meluahkan kemarahan kepada mana-mana individu tidak disukainya.
Dalam sesetengah kes, adakalanya ia melibatkan isu perkauman, mengkritik individu dan lain lagi atas alasan, fb ini adalah milik personal mereka.
Namun sebelum korang terus menerus memberikan komen bersifat jelik, menyebabkan kebencian dan lain lagi, baca perkongsian dibuat oleh peguam terkenal Nor Zabetha yang berkongsi sesuatu yang amat bermanfaat untuk kita baca.
Tahukah anda, jika kita salah menggunakan aplikasi Facebook, media sosial atau apa sahaja medium internet dengan cara lucah, menyebabkan kebencian, jelik, menghina, penipuan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Malah, ada hukuman tambahan lagi iaitu RM1,000 sehari sepanjang tempoh dimuat naik selepas sabitan bersalah. Hukuman ini bukan biasa-biasa.
Soalannya ada tidak orang yang pernah menghadap dakwaan di Mahkamah? Sebabnya makin hari, kita lihat makin menjadi-jadi komen di sosial media. Mestilah ada, cuma bukan semua kes dibawa ke perhatian umum. Hanya kes-kes tertentu sahaja yang mendapat liputan.
Kes bagi kesalahan di bawah Seksyen ini, pernah dilaporkan di Mahkamah iaitu AHMAD ABD JALIL lwn. PP [2015] 5 CLJ 480. Dalam kes ini, OKT menggunakan fake account dengan nama ‘Zul Yahya’ dan telah menghina Sultan Johor dengan ayat yang sangat keras.
Sewaktu komen tersebut dimuat naik, Pegawai Pusat Media, IPK Johor yang memantau pergerakan di laman Facebook telah ternampak komen tersebut.
Kemudian, pihak polis mengesan IP address komputer milik ‘Zul Yahya’ tersebut dan ia di alamatkan di tempat OKT bekerja. Hasil semakan penggunaan IP address komputer itu, memang digunakan oleh OKT.
Oleh itu, janganlah beranggapan bahawa fake account tidak akan dikenakan hukuman dan akan bebas membuat komen. Dalam kes seperti ini mereka akan memanggil pakar forensik Cybersecurity Malaysia, pegawai dari syarikat Telekom Malaysia.
Setakat laporan yang saya baca ada 30 orang saksi pendakwaan termasuklah pegawai polis, pakai forensik siber, pegawai telco dari beberapa syarikat, majikan dan ramai lagi.
Walapun OKT tidak mengakui dia adalah pemilik fake account Zul Yahya, namun berdasarkan keterangan saksi dan saksi pakar, serta dokumen dan siasatan kes mendapati bahawa OKT adalah pemilik akaun Zul Yahya dan dia telah membuat komen menghina Sultan tersebut.
Oleh yang demikian, bersalah di bawah Seksyen s. 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). OKT telah dikenakan hukuman RM20,000 dan jika gagal dibayar penjara 6 bulan.
Seksyen 233 ini adalah kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian atau servis rangkaian seperti media sosial, aplikasi dan lain-lain. Elemen yang lain adalah salah guna tersebut dengan niat untuk menyebabkan rasa jelik, salah guna, ugutan atau gangguan kepada pihak lain.
Kes ini adalah contoh bagaimana anda boleh dikesan selain dari ini banyak lagi cara yang akan digunapakai. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.
Sila berhati-hati sewaktu kita menulis. Kawal emosi. Jaga tulisan. Selepas buat research ini, saya sendiri baru tahu, rupa-rupanya PDRM ada pegawai pusat Media yang mengawal pergerakan dan status-status di laman sosial.
Langkah ini memang bagus, tambah lagi keadaan sekarang yang banyak menulis status-status menyentuh agama, bangsa atau politik yang boleh menyebabkan kebencian dan perbalahan. Bertindak dengan bijak dan dengan akal.