Jika dahulu kita sering ramai individu membawa masuk luggage beroda mereka di dalam kabin pesawat. Dalam hati kita pasti berkata-kata. Boleh lepas pulak, nampak macam berat semacam. Ada ketika, disebabkan saiz beg agak besar, ruang letak beg penumpang lain yang mengikut nombor akan terkehadapan kerana ruang sepatutnya sudah diambil penumpang yang membawa luggage besar tersebut.
Tapi nampaknya mulai sekarang, bagi individu yang berhajat terbang melalui penerbangan AirAsia perlu tahu garis panduan baru yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan murah ini.
Ya, garis panduan baru ya. Di mana saiz beg yang korang nak bawa naik ke atas pesawat adalah bersaiz 40cm (ketinggian) x 30cm (lebar) x 10cm (panjang). Beratnya pun tak lebih 7 kg dan boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan sahaja.
Ia merangkumi seperti beg komputer bimbit, tas tangan dan beg kecil tidak lebih 7 kg berat dan saiznya.
Jadi bagi korang yang gemar bawa beg beroda tu dengan niat untuk dimasukkan ke dalam kabin, minta maaf ya kerana korang perlu membayar caj tambahan ya kalau ia melebihi 7 kg. Tapi sebelum menaiki pesawat, pastikan korang dah download app My Sejahtera sebab nanti nak scan di pintu berlepas. Bagi yang belum buat dan ada cadangan nak terbang dalam masa terdekat, bolehlah download cepat-cepat untuk memudahkan korang scan aje masa nak masuk.
Dalam pada itu laporan Astro Awani, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kini mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin.
Ads
Menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin yang kali terakhir dikemas kini pada Rabu lalu, hanya salah satu daripada tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang.
Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil.
Bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa sebuah bag.
Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:
Ads
i) Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)
ii) Tidak boleh melebihi berat 7kg
iii) Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan
Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7 kg.
Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.
Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini.
Difahamkan, keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang di dalam pesawat dan dikuatkuasa selepas proses hibernasi pesawat AirAsia ditarik semula pada 29 April, 2020.
Baru-baru ini tular video dan kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah mencetuskan kontroversi menerusi penyiaran sebuah dokumentari terbitan Al Jazeera, lelaki warga Bangladesh iaitu Md Rayhan Kabir telah dihantar pulang pada 9 malam tadi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sekaligus, lelaki tersebut telah disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
Bagaimanapun, penghantaran pulang itu dilaksanakan tanpa meletakkan sebarang pendakwaan terhadapnya.
Terdahulu pada bulan lalu, Rayhan telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila dia mendakwa pihak berkuasa tempatan telahpun bertindak tidak adil kepada warga asing menerusi dokumentari berjudul ‘Locked Up In Malaysia Lockdown’.
Ia telah mencemarkan imej negara yang didakwa mendiskriminasi warga asing ketika mengendalikan kes Covid-19.
Sebaik dokumentari itu disiarkan, Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Rayhan untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Namun proses penghantaran tidak semudah yang disangka. Dia hanya dibenarkan untuk pulang selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.
Selain itu, proses penghantaran juga memerlukan dia menunggu penyediaan tiket penerbangan ke Bangladesh.
Untuk pengetahuan, Rayhan telah menyampaikan permohonan maaf sekiranya kenyataan beliau menerusi dokumentari tersebut menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.
Namun ternyata, ia sudah terlambat memandangkan kenyataan yang diberikan kepada saluran antarabangsa semega Al-Jazeera telahpun disiarkan untuk tontonan sedunia.
Tiada istilah orang kenamaan atau pilih kasih kerana undang-undang. Selepas tular isu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong dan viral di media sosial, hari ini Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu.
Bernama melaporkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.
Kedua-duanya didakwa bersama 13 individu lain melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Gambar ini tular di media sosial membawa kepada persoalan orang ramai mengapa PKP dilanggar. Akhirnya ia dibawa ke mahkamah dan didenda hari iniTimbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu.
Mereka semua kemudiannya membayar denda itu.
Pada 18 April lalu, Azmi memuat naik gambar beliau bersama Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong.
Azmi yang juga ahli Parlimen Bagan Serai kemudiannya memohon maaf atas kesilapan itu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Razman yang juga Adun Gunung Semanggol dan pesuruhjaya PAS Perak turut memohon maaf menerusi Facebooknya dan memberi keterangan di IPD Kerian.
Terdahulu, Azmi serta Razman tiba serentak pada 9.20 pagi tadi.
Kawalan di sekitar mahkamah diperketatkan dengan kehadiran polis, selain media yang mula tiba seawal 7 pagi tadi bagi membuat liputan prosiding kes itu.
Bagi remaja, jangan sesekali ingkar PKP ya kerana kita sekarang dalam proses untuk meredakan wabak COVID-19 dari terus merebak. So stay at home.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika kamu masuk ke SS15 Subang Jaya pasti kamu akan terkedu dengan pelbagai jenis manusia beratur panjang untuk menikmati bubble tea yang kini sedang viral. Kalau boleh hampir kesemua jenama nak dicuba kan?
Ramai yang mempersoalkan sijil halal dari permis-permis yang menjual bubble tea ini. Ini kerana kebanyakkan jenama bubble tea masih belum memiliki sijil halal dan disahkan oleh JAKIM.
Warga Twitter hangat membahaskan isu ini dengan membetulkan kembali fakta seorang netizen yang mendakwa proses memperolehi sijil halal JAKIM itu mahal.
Tweet Handle yang diberi nama Azul Mustaffa menyatakan bahawa proses untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM mahal sehingga melibatkan upahan pihak konsultan. Ini punca ramai pengusaha bubble tea tidak mendapat kelulusan halal JAKIM walaupun sumber proses makanan itu dari sumber halal.
Thing is, nak dapat sijil halal Jakim sebenarnya MAHAL. Bukan boleh beli over the counter RM10 sesijil. Nak bayar consultant pun gila punya mahal. Sebab tu lah tak banyak company di Malaysia mampu dapat sijil halal Jakim – walaupun ingredients produk makanannya dari sumber halal
Kenyataan itu dibidas oleh seorang netizen yang menyatakan bahawa untuk memiliki sijil hahal tidaklah mahal mana dan tidak memerlukan konsultan memiliki sijil halal, sebaliknya bersabar kerana untuk memerlukan sijil ini, mengambil masa yang panjang kerana pihak JAKIM sangat ketat.
Ini jawapan salah seorang netizen yang membuka mata ramai rakyat Malaysia.
Sijil Halal JAKIM tak mahal pun and you dont need consultant pun nk apply for that sijil. JAKIM da ada SOP and you can just follow je SOP given. Hire sorg Halal exec for your company to handle this halal cert. Tapi process dia mmg memerlukan kesabaran sbb JaKiM strict. https://t.co/mVCNhJHQA8
— Putu Kacang Balik Johor (@arfhartoe) June 14, 2019
“You can just follow je SOP given” “Hire sorg Halal exec”
Nak pastikan bisnes dan premis ikut SOP tu nak bayar dengan apa? Nak hire Halal exec tu bayar dengan apa? Duit PTPTN?
Sapa budak2 yang dok reply kat aku ni? Students Food Management kat IPTA ke? https://t.co/SqgGlLuuBM
Err. Sorry beb. Aku f&b practicioner. Aku ade 13 outlet dan 13 outlet aku semua ada sijil Halal JAKIM. Sop apa yg mahal sgt. It just a documentation process je. You dont need to spend thousand pun nk follow SOP tu. And if your company da ade QA exec, blh convert jadi Halal exec. https://t.co/KzdohbfrSx
— Putu Kacang Balik Johor (@arfhartoe) June 14, 2019
Boleh layari laman web rasmi JAKIM untuk mengetahui konsep dan bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan sijil halal.
REMAJA tidaklah menghalang untuk menikmati bubble tea tersebut. Cuma jika permis tersebut mampu untuk terima pelanggan tidak putus dari pagi sampai ke malam, tak kan nak dapatkan sijil halal pun susah. Rasanya hampir kesemua jenama Bubble tea berasal daripada negara seperti Taiwan dan China. Jika mereka boleh membuka cawangan di Malaysia rasaya isu mahal tak ada masalah. Bagus jugak bila warga Twitter membincangkan isu-isu macam ni. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia lebih faham dan lebih mengutamakan produk halal. Tak adalah main belasah je masuk kedai kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!