Single comeback grup K-pop popular, Blackpink telah dilancarkan bersama klip videonya sebentar tadi dan…
KAMI TAK PUAS
Sebilangan peminat tegar mereka yang menggelar diri sebagai BLINKs juga tidak puas comeback ini.
Bukan bermakna ia tidak bagus, cuma ada sebab mengapa How You Like That boleh menjadi single yang lebih baik. Or did we expect too much?
01
Itu Je?
Shady..?
Tempoh 3 minit 3 saat bagi keseluruhan single How You Like That dirasakan terlalu pendek. Kata orang, nak warm up pun tak sempat. Tahu-tahu dah habis.
Berbanding dengan beberapa single utama daripada Blackpink sebelum ini seperti Ddu-Du Ddu-Du (3 minit 36 saat) dan Kill This Love (3 minit 14 saat), How You Like That ialah single terpendek Blackpink setakat ini apabila melancarkan comeback.
Lalu, kebanyakan Blinks merasakan mereka perlu mendengar lagu tersebut dan menonton semula klip video beberapa kali untuk betul-betul menghayatinya.
02
Solo Jisoo
Okay, kami masih perlu menantikan video lirik rasmi untuk How You Like That bagi betul-betul mengetahui berapa lamakah tempoh nyanyian solo untuk setiap ahli Blackpink.
Namun, pada pengiraan kasar kami (dan kami mengira sehingga beberapa kali), Jisoo MASIH memperoleh tempoh masa paling pendek di antara 4 orang ahlinya.
19 seconds to be exact!
Apabila Jisoo dilihat memberikan vokal terbaik bagi setiap bahagian solonya dan kelihatan cukup on-point, itu sedikit sebanyak membuatkan kami lebih kecewa. Kami tahu Jisoo boleh menghasilkan magis jika diberikan lebih banyak peluang yang sama rata dengan ahli Blackpink lain.
Ads
03
Korus
Okay ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Namun pada pendengaran kami, korus How You Like That kedengaran terlalu – emm – repetitif.
Lirik:
Ha how you like that?
You gon; like that that that that that
Now look at you now look at me
Look at you now look at me
Mungkin kelebihan bahagian korus How You Like That adalah ia mudah diingati oleh Blinks dan mudah dinyanyikan oleh sesiapa saja. Tetapi setelah setahun menunggu comeback ini, liriknya terlalu berulang-ulang.
04
“Macam Pernah Dengar..”
Bercakap mengenai pengulangan, mungkin ada di antara korang yang terfikir How You Like That terasa seperti pernah didengari sebelum ini.
Ads
Ya, ia sebenarnya mempunyai elemen yang mirip dengan single Blackpink terdahulu. Opening penuh dramatik pada lagu ini hampir sama dengan opening Kill This Love. Malah, cara nyanyian Lisa, Jennie dan Jisoo juga hampir sama dengan single Blackpink terdahulu.
Hanya Rose saja yang kami rasakan berjaya keluar daripada ‘kepompong’ Blackpink yang ditentukan oleh YG Entertainment. Bahagian solo Rose dari 0.36 hingga 0.41 dan 2.19 hingga 2.22 membuatkan kami tak sabar untuk menantikan single solo daripadanya seorang pada masa akan datang.
They all deserve to grow with each single, bukannya kekal sama saja.
Okay jangan kecam REMAJA lagi..hehe.
Ada banyak elemen yang kami sukakan mengenai How You Like That.
01
Visual dalam klip video ini adalah di antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh Blackpink, if not the best. Bajet ternyata bukan satu ISU untuk kumpulan ini
Bahagian solo setiap ahli Blackpink sememangnya menarik.
Walaupun masing-masing merasakan bahagian Rose adalah bahagian paling menarik dalam lagu How You Like That ini, keempat-empatnya memberikan yang terbaik pada bahagian solo dengan tarian, nyanyian dan tema berbeza.
Mereka semua lebih matang dan yakin dari segi nyanyian. Antara yang kami gemari adalah bahagian solo Lisa di dalam set ala Morocco.
03
Blackpink membuktikan mereka mempunyai tema fesyen dan styling terbaik untuk grup dari Korea Selatan, buat masa ini. Setiap pakaian yang disarungkan adalah trendy dan akan ditiru oleh ramai remaja di seluruh dunia.
04
It IS a BOP.
How You Like That akan kerap diputar di radio dan di penstriman online serta menjadi sangat popular. Percayalah.
*
Jadi, adakah korang bersetuju dengan reviu kami mengenai How You Like That? Kongsikan pendapat korang di bahagian komen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai tahu apa itu solat sunat dhuha (pembawa rezeki). Ramai juga yang tahu solat tahujud yang dibuat untuk ketenangan jiwa. Solat taubat dibuat untuk pembersihan dosa. Solat sunat istikharah untuk memberi jawapan kepada persoalan yang dalam persimpangan serta banyak lagi solat sunat lain seperti solat sunat sebelum dan selepas sembahayang (solat rawatib qabliyyah dan badi’yyah), solat hajat serta banyak lagi.
Pernah tak dengar solat sunat zifaf? Bagi yang tak berapa pasti, solat sunat zifaf adalah solat sunat mempelai yang dilakukan oleh pengantin yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri.
Untuk bakal pengantin, selesai akad nikah buatlah solat sunat zifaf ini bersama isteri. Insya Allah kehidupan lebih bahagia. Tak susah mana pun melakukannya, hanya dua rakaat sahaja.
Dalam pada itu, di page fb Ustaz Azhar Idrus dalam bahagian soal jawap agama, ada bertanya apa itu solat sunat zifaf. Untuk penjelasan lebih lanjut, bacalah penerangan Ustaz Azhar Idrus mengenainya.
Soalan : Saya hendak tahu apakah dia yang dinamakan solat sunat zifaf itu ustaz?
Jawapan :-
Solat sunat zifaf yang tuan bertanyakan itu ialah yang dinamakan solat sunat mempelai artinya solat sunat yang dilakukan oleh pengantin selepas bernikah.
Ianya sunat dilakukan oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan ketika ditemukan.
Diriwayatkan daripada Abu Said Maula Abu Usaid r.a. berkata bahawa para sahabat Nabi yang dijemput ke majlis pernikahannya telah berkata :
إذا أدخل عليك أهلك فصل عليك ركعتين ثم سل الله تعالى من خير ما دخل عليك وتعوذ به من شره ثم شأنك وشأن أهلك
Artinya : “Apabila kamu bertemu dengan isterimu maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah doa kepada Allah dari segala kebaikkan isterimu dan mintalah perlindungan dengan Allah dari keburukkannya kemudian hal kamu dengan isteri kamu.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Berkata Syeikh Nawawi Bintan :
ومنه ركعتا الزفاف تسن هذه الصلاة لكل من الزوج والزوجة ينوي بها سنة الزفاف .
Artinya : “Dan setengah dari solat-solat sunat itu ialah dua rakaat solat sunat zifaf. Disunatkan solat ni bagi setiap suami dan isteri yang berniat dengan solat itu akan sunat zifaf yaitu pengantin.” (Kitab Nihayah Az-Zain)
Berkata setengah ulamak solat sunat zifaf ini ialah solat sunat nikah manakala setengah ulamak berkata solat sunat nikah itu sunat dilakukan sebelum aqad manakala solat sunat zifaf ini selepas aqad dan ketika bertemu suami dan isteri.
wallahua’lam
Untuk pengetahuan korang, inilah bacaan solat sunat zifaf.
Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah al-Kafirun.
Bacaan untuk rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan diikuti surah al-Ikhlas.
Selesai memberi salam, buatlah sujud syukur tanda kita bersyuku dapat disatukan dengan pasangan dan mengharapkan kekal hingga ke akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan April tahun ini pastinya tak akan lekang daripada kehadiran penyanyi antarabangsa ke Malaysia.
Sejak berita kehadiran kumpulan pop rock dari Amerika Syarikat, One Republic akan datang ke Malaysia tersebar pada Februari lepas, rata-rata peminat tidak mahu lepaskan peluang untuk membeli tiket paling murah berharga RM178. Dan semalam, tiket kategori CAT4 itu secara rasminya telah dikatakan habis dijual.
Sedih, dah sold out.
Harga tiket lain yang masih dijual pula adalah sekitar RM298, RM398, RM498 dan tiket Rock Zone yang berharga RM578. Menariknya, tiket duduk VIP bernombor yang berharga RM669 juga dikatakan laris dijual walaupun ia tiket paling mahal yang ditawarkan.
Situasi sold out ini kemungkinan berlaku disebabkan sudah 5 tahun telah berlalu sejak mereka berkunjung ke Kuala Lumpur untuk persembahan secara live.
Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment ini merupakan siri promosi album keempat kumpulan tersebut yang berjudul Oh My My. Pastinya banyak lagu-lagu baru yang akan dipersembahkan oleh mereka.
Namun, jangan risau. One Republic juga dikatakan akan memasukkan beberapa buah lagu popular mereka daripada album terdahulu, seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself.
Bagi korang yang masih belum mendapatkan tiket konsert OneRepublic, tiket boleh dibeli daripada wakil jualan di Eden Ultimate 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One Petaling Jaya, Blonde & Bruenette Quill City Mall Kuala Lumpur, Eastern Records Sdn Bhd, Rock Corner The Gardens dan rangkaian Speedy yang terpilih.
Layari Facebook @wgwentertainment untuk info terkini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari Ibu tahun ini cukup bermakna buat aktor versatil, Aedy Ashraf apabila luahan penghargaan yang dititipkan buat ibunya yang juga pelakon, Liza Zain mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat.
Aedy yang kini turut bergelar penerbit berkata, dia mungkin tidak mampu menghadiahkan pencapaian akademik buat ibunya. Namun, filem sulung terbitannya berjudul Tarung: Unforgiven dianggap sebagai hadiah paling bermakna buat insan yang sentiasa menjadi tulang belakang perjalanan seninya.
“Ini Buat Saya Rasa Seperti Hari Graduasi”
Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, pelakon berusia 33 tahun itu meluahkan rasa syukur dan penghargaan terhadap segala pengorbanan ibunya sepanjang dia membesar.
“Ibu, terima kasih, ini untuk awak. Saya mungkin tidak dapat berikan segulung ijazah tetapi ini buat saya rasa seperti hari graduasi.
“Filem pertama yang saya terbitkan dengan penuh cinta, didikan dan pengorbanan yang ibu berikan sepanjang saya membesar,” katanya.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai yang turut meninggalkan pelbagai komen positif terhadap hubungan erat anak dan ibu itu.
Liza Zain: “Awak Tak Perlukan Ijazah Untuk Buat Ibu Bangga”
Tidak lama selepas itu, Liza turut membalas ucapan anaknya dengan kata-kata penuh kasih sayang dan sokongan.
Menurut pelakon senior berkenaan, apa yang lebih membanggakan dirinya bukanlah segulung ijazah, sebaliknya melihat Aedy membesar menjadi seorang lelaki yang rajin dan tidak mudah berputus asa.
“Adik (panggilan buat Aedy), anakku. Awak tidak perlukan segulung ijazah untuk buat ibu bangga.
“Melihat awak membesar menjadi lelaki yang rajin, bersemangat dan sepenuh hati begini pun sudah lebih daripada cukup buat ibu rasa bahagia.
“Awak selalu buat ibu rasa bangga,” ujarnya.
Doa Seorang Ibu Buat Anak Tersayang
Dalam pada itu, Liza turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana Aedy sentiasa menghargai segala kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
“Terima kasih sebab hargai semua kasih sayang dan pengorbanan ibu.
“Menonton filem pertama awak juga adalah hadiah terhebat buat ibu. Tahniah adik.
“Ya Allah, luaskan dan limpahkan rezeki anakku serta sentiasalah dalam lindungan-Mu. Saya sangat menyayangi awak anakku,” ujarnya lagi.
Pernah Berhenti Sekolah Demi Keluarga
Terdahulu, Aedy pernah mendedahkan dia terpaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat demi menyara keluarga, selain mengakui keputusan itu menjadi antara perkara paling sukar pernah dilakukan dalam hidupnya.
Sebelum berjaya membina nama dalam industri seperti hari ini, Aedy juga tidak menafikan pernah melalui fasa hitam serta menjalani gaya hidup liar ketika usia muda akibat terlalu mengikut darah muda.
Kini, perjalanan hidup dan kejayaannya sedikit demi sedikit membuktikan segala pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak sia-sia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...