Baru-baru ini, kerajaan Kelantan menegaskan bahawa cadangan untuk melarang perkahwinan bagi individu berusia 18 tahun ke bawah dilihat kurang sesuai dengan mengambil kira keadaan sosial semasa di negeri berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd. Asri Mat Daud berkata, pendirian tersebut adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 yang turut dikekalkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2025.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira isu sosial yang berlaku ketika ini, selain kewujudan mekanisme kawalan yang ketat bagi permohonan perkahwinan bawah umur.

Kelantan Kekalkan Peruntukan Perkahwinan Bawah Umur, Ambil Kira Isu Sosial Semasa Kelantan Kekalkan Peruntukan Perkahwinan Bawah Umur, Ambil Kira Isu Sosial Semasa

Ads

Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut menetapkan Piawaian Operasi Standard (SOP) bagi permohonan perkahwinan bawah umur. Langkah tersebut dilihat sebagai salah satu mekanisme bagi memastikan setiap permohonan dinilai dengan sewajarnya.

Selain itu, Mohd. Asri turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi meneliti isu berkenaan secara lebih menyeluruh.

Ads

Jawatankuasa tersebut bertujuan mencari penyelesaian yang mengambil kira hukum syarak serta kepentingan masyarakat, khususnya dalam perkara berkaitan kebajikan dan masa depan golongan bawah umur.

Kelantan Kekalkan Peruntukan Perkahwinan Bawah Umur, Ambil Kira Isu Sosial Semasa

Ads

Sementara itu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan akan terus menambah baik arahan berkaitan perkahwinan bawah umur berdasarkan keperluan semasa, hasil kajian serta pandangan daripada pihak profesional.

Kerajaan negeri juga menekankan kepentingan kerjasama antara keluarga, masyarakat dan agensi kerajaan bagi memastikan setiap keputusan berkaitan perkahwinan bawah umur benar-benar mengambil kira aspek kemaslahatan serta kepentingan semua pihak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads