Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini akhirnya ditemui sekitar jam 4.50 petang, pada hari Sabtu.
Mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kesembilan operasi.
Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan seramai 31 orang. 20 daripadanya merupakan orang dewasa manakala 11 lagi adalah kanak-kanak.
Memetik laporan Sinar Harian, para petugas SAR semasa jasad mangsa ditemui sebentar tadi kelihatan lega apabila usaha pencarian kesemua mangsa akhirnya tamat.
Ads
Antara yang terlibat dalam operasi berkenaan termasuklah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Masing-masing juga dilihat saling berpelukan antara satu sama lain sebagai tanda lega dan penuh kesyukuran.
Ads
Terdahulu, negara dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di jalan Batang Kali-Genting Highlands yang menimpa 92 orang pengunjung tapak perkhemahan Father’s Organic Farm sekitar jam 2.30 pagi sewaktu kesemuanya sedang nyenyak tidur.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penularan wabak koronavirus (Covid-19) membuatkan sebahagian penduduk dunia berada dalam keadaan panik sehingga mencetuskan pelbagai ‘malapetaka’ kerana masing-masing cuba menyelamatkan diri daripada jangkitan.
Ekoran daripada penularan jangkitan koronavirus (COVID-19) di Malaysia, sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menggesa agar semua perjumpaan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan terlebih dahulu demi mencegah penularan virus Covid-19
Baru-baru ini melalui Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada mengeluarkan kenyataan dan posting bahawa pihak KPM telah mengarahkan semua program KPM yang melibatkan perhimpunan rasmi seperti sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 perlu ditangguh ke suatu tarikh yang dimaklumkan nanti.
Kenyataan Media 13 Mac 2020Penangguhan Program Sukan dan Aktiviti KoKurikulum Berikutan Penularan Jangkitan Novel Covid-19Mohon Kongsi dan Hebahan
Semua warga KPM juga dinasihati agar menangguhkan terlebih dahulu perjalanan ke luar negara terutamanya bagi tempat-tempat yang telah dijangkiti wabak Covid-19.
Ini merupakan inisiatif daripada pihak KPM dan akan berkerjasama dengan pihak KKM untuk menangani gejala ini.
Namun rata-rata warganet memberikan komen agar KPM memberikan terus cuti kepada pelajar bagi membendung virus berbahaya ini.
Di sebalik isu pengakuan terbuka bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdul Aziz bahawa dirinya adalah individu yang dimaksudkan dalam video intim itu, mulai semalam kita mulai belajar satu perkataan yang sangat jarang diguna pakai sebelum ini.
Bila akhbar-akhbar utama menggunakan ayat SEMBURIT dan BERSEMBURIT, ada tanda-tanda lucu dalam diri kita. Ramai yang ketawa berdekah-dekah kerana beranggapan maknanya sangat lucu dan sedikit kotor. Tak hairanlah, kita mula membelek Kamus Dewan untuk mengetahui maksudnya.
Pencarian REMAJA dalam Kamus Dewan edisi Ke empat, SEMBURIT DAN BERSEMBURIT membawa makna yang sama iaitu persetubuhan sesama lelaki; bersemburit bersetubuh sesama lelaki.
Semburit dan bersemburit membawa maksud persetubuhan sesama lelaki
Tapi awas ya, jangan disebabkan perkataan burit, otak kita menerawang jauh-jauh. Ini kerana burit atau buritan dalam kamus Dewasa Edisi Kedua langsung tidak ada kaitan dengan perlakuan sesama jenis tetapi ia membawa makna bahagian belakang (kapal, perahu dan sebagainya).
Besar bezanyakan! Hikz!
Ternyata bagi negara jiran yang juga serumpun, Indonesia, ayat semburit dan bersemburit ini diguna pakai oleh masyarakat di sana.
Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), semburit membawa makna persetubuhan sesama lelaki; perjantanan;
Bersemburit pula membawa maksud bersetubuh sesama lelaki; main berjantan.
Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) membawa maksud yang sama mengenai semburit
Jadi, kalau mana-mana merasakan ayat semburit atau bersemburit itu salah ditulis atau membawa maksud lucu, tapi ayat itu sebenarnya memang ada dalam kamus dewan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu ramai masih ingatkan tentang kejadian letupan dobi yang berlaku di Jalan Johan Setia, Klang yang mengakibatkan seorang bapa, Badrul Nizam meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh.
Lebih menyedihkan, mangsa dan anak perempuannya, Nurani Ellesya, 14 tahun mengalami kecederaan parah sebaik menekan start pada mesin dobi layan diri itu. Kecederaan sebanyak 73.5 peratus mengakibatkan kecederaan parah sebelum arwah Badrul menghembuskan nafas terakhir.
Beginilah keadaan kedai dobi yang meletup sehingga mengorbankan nyawa seorang bapa kepada empat anak iaitu arwah Badrul
Terkini, melalui perkongsian dari sepupu kepada emak Nurani Elissya iaitu atas nama Bro Misai di fbnya, lelaki ini melaporkan perkembangan terkini mengenai Nurani Ellesya selepas sebulan bapanya, (4 November 2018) menemui Illahi.
Apa yang menyedihkan, pelajar yang mengalami lecur 30 peratus di bahagian muka itu belum sembuh dan memaksa emaknya, Haizira menjaganya sepenuh masa sehingga terpaksa berhenti kerja.
Anis alami kecederaan 30 peratus akibat letupan di kedai dobi layan diri di Klang ini
Menurut Bro Misai, anak sulung arwah akan menduduki SPM seminggu lagi dan masih dalam kesedihan. Anis anak kedua dan kini terlantar di hospital kerana kecederaannya amat parah.
Dua lagi anak arwah (pasangan ini mempunyai empat orang anak) berusia 10 dan lapan tahun telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh Opahnya keraan Haizira terpaksa menguruskan Anis sepenuh masa di hospital dan terpaksa berpisah sementara dengan dua anaknya itu.
Kejadian ini telah meragut segala kebahagiaan mereka sekeluarga. Kini Haizira hilang tempat bergantung. Dahulu dia bekerja tetapi terpaksa berhenti untuk beri perhatian penuh pada Anis. Dan lebih memburukkan keadaan, mereka hilang punca pendapatan kerana tiada lagi pendapatan.
Beginilah keadaan Anis yang agak parah kecederaannya
Anis sendiri cedera hampir di seluruh badan dan terpaksa dirawat beberapa bulan lagi di hospital termasuk rawatan susulan yang menelan belanja yang banyak. Masa yang sama, kosnya belum diketahui lagi, kata Bro Misai.
Paling menyedihkan, hampir sebulan ayahnya meninggal, barulah Anis dimaklumkan berita menyedihkan ini. Keadaannya yang belum stabil membuatkan ahli keluarga tak sampai hati memberitahu keadaan ini kepada Anis kerana pelajar ini masih trauma.
Andai ada kesudian, sudilah membantu Puan Haizira, ringankan beban beliau menyara empat orang anaknya. Kalau tak dari segi kewangan, bantulah dengan doa.
Bagi yang nak membantu, boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank atas nama Haizira bt Badarudin iaitu 514301609481 atau ke CIMB Bank iaitu akaun 7072040936.
Syer-syerlah posting ini agar usaha membantu insan ini berjaya.
Ciklizz bantu bukan kerana dia sepupu, bukan kerana dia ada pertalian dengan ciklizz tapi kerana naluri hati seorang adek, seorang ibu..hari ini dia dalm kesusahan, hari esok kita tak tahu lagi macam mana nasib kita. Aandai ada silap kata maafkan ciklizz, ciklizz juga manusia ,ciklizz tak sempurna..
Terima kaseh semua..doakan kesembuhan anis..anis sgt kuat,cekal & tabah..
Juga buat kak zira moga diberi kekuatan luar&dalaman…ketabahan hati yang kuat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!