Mulai tahun hadapan, pelajar tingkatan empat mungkin tidak lagi dibahagikan mengikut aliran sains atau sastera, dan yang paling best khabarnya mereka boleh memilih subjek mengikut minat masing-masing.
Ini kerana menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata perbezaan antara dua aliran tersebut tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
“Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar,”
Gambar hiasan
Penilaian pelajar di dalam kelas dan keputusan PT3 mereka boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan subjek dan guru kaunseling turut memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membuat pilihan.
Wah, untunglah pelajar sekarang dah boleh ambil subjek mengikut minat mereka kan!
Ads
Malah, Menteri Pendidikan pernah mendedahkan bahawa aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan atas usaha yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia.
Ramai juga yang bersetuju dengan cadangan ini dan diharap agar perlaksanaannya nanti dapat diterima baik oleh pelajar dan keluarga mereka.
Ads
Malah, ada juga yang kurang bersetuju dengan keputusan ini.
Ads
Nah, bila dah diberi peluang untuk memilih ‘hala tuju’ sendiri, korang jangan pula mensia-siakankannya. Belajar bersungguh-sungguh sehingga ke Menara gading untuk capai impian korang okay?
Sebelum ini, memang banyak khabar angin mengenai ahli Omega X yang didakwa didera oleh agensinya sendiri. Selepas agensinya iaitu Spire Entertainment dan CEO Kang meremehkan dakwaan penderaan tersebut sebagai ‘salah faham’, SBS (sebuah rangkaian televisyen di Korea Selatan) sendiri telah mendedahkan satu rakaman video sebagai bukti.
Semalam, telah tular di laman Twitter mengenai satu rakaman video CEO Kang (merupakan CEO Spire Entertainment) mendera secara lisan dan fizikal seorang ahli OMEGA X ketika di LA. Video tersebut telah diterjemahkan oleh peminat Omega X sendiri bersama hashtag #ProtectOmegaX
TW/ verbal, physical abuse
I translated the video that SBS released showing CEO Kang verbally and physically abusing Omega X members especially in this video the victim is Kim Jaehan.#PROTECTOMEGAX#OMEGA_Xpic.twitter.com/mLs3jteY3V
Dalam video ini, korang dapat melihat sendiri CEO Kang telah menjerit pada seorang ahli Omega X iaitu Jaehan, yang sedang duduk di atas lantai disebabkan panic attack. Namun begitu, dia langsung tidak menunjukkan tanda bersimpati malahan terus menerus menjerit dan melakukan penderaan secara lisan.
Dalam klip lain, CEO Kang dilihat sedang menarik Jaehan ke lantai dengan menarik kolarnya. Selepas itu, kelihatan Jaehan sedang menangis sambil bangun semula.
Apa yang lebih mengejutkan ialah setelah video tersebut tular, CEO Kang didakwa langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penyesalan atas tindakannya melalui satu temu bual panggilan telefon dengan SBS.
Sebaliknya, dia menafikan bahawa tindakannya dianggap kasar dan meminta SBS untuk menjejaki orang yang memuat naik video itu. CEO Kang juga mendakwa bahawa orang yang memuat naik video itu hanyalah haters agensi itu.
Usai daripada insiden di LA ini, sebelas ahli OMEGA X beserta pengurus mereka, terpaksa mendapatkan penerbangan pulang ke Korea dengan menggunakan duit mereka sendiri. Setelah menghubungi keluarga mereka untuk mendapatkan bantuan, mereka akhirnya telah menaiki penerbangan mereka semalam.
Reaksi daripada peminat
K-netizen tidak dapat menahan perasaan marah dan terkejut mereka dalam komuniti dalam talian. Melalui tangkap layar komen di laman Youtube SBS, rata-rata netizen terkejut dan berang dengan sikap CEO tersebut.
“Video ini benar-benar melukakan hati saya 😭🥺🥺 mereka tidak layak diperlakukan seperti ini…. mereka manusia, mereka ada perasaan. Mereka harus dilayan dengan HORMAT. Tiada artis, tiada manusia patut diperlakukan sebegini. This is not okay.”
“My heart hurts for these boys.”
“Wow CEO is on another level. Omega X dah bekerja tanpa henti tetapi CEO mereka memang sampah. Saya berasa simpati dengan ahli Omega X, namun sekurang-kurangnya mereka berdiri untuk satu sama lain. CEO itu memang jahat(pure evil), tak bagi mereka berehat langsung dan hanya mendera mereka.”
“I’m a fan of OMEGA X and I really want the members to leave”
“Jika begini cara mereka dilayan secara terbuka, apa yang berlaku apabila tiada sesiapa yang memerhati?? 😭”
Min pun rasa geram, sepatutnya agensi ini bertindak untuk melindungi artis mereka, namun ini sebaliknya. Untuk pengetahuan korang, OMEGA X adalah kumpulan lelaki yang dianggotai oleh idola yang kebanyakannya telah dibubarkan.
8 daripada 11 ahli kumpulan ini turut muncul dalam program survival seperti Mnet, Produce 101 Musim 2, KBS 2TV The Unit, JTBC MIXNINE dan MBC Under Nineteen. Jadi debut kali ini merupakan peluang kedua buat mereka. Bayangkan dah berusaha keras untuk debut, namun agensi memperlakukan mereka dengan sangat buruk serta melakukan penganiayaan.
Ramai peminat turut meninggalkan komen di laman Instagram OmegaX_Official. Peminat tak henti memberikan kata-kata semangat buat kumpulan yang terkenal dengan lagu Love Me Like tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia bakal menjadi tuan rumah temasya Sukan Sea edisi ke-34 pada 2027 selepas dipilih oleh Perseketuan Sukan Sea (SEAGF). Hal ini telah diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di laman media sosial rasmi mereka.
Ini merupakan kali ketujuh negara kita diberikan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah sejak kali pertama pada 1965 ketika temasya ini dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP). Keputusan itu dibuat selepas SEAGF bersetuju dalam mesyuarat ahli majlis yang berlangsung di Hanoi dengan pemilihan berdasarkan turutan abjad. Dalam mesyuarat itu juga turut mengumumkan Singapura bakal menjadi tuan rumah bagi edisi ke-35 (2029).
Walau bagaimanapun, keputusan untuk memilih tuan rumah bagi Sukan 2031 ditangguhkan untuk membolehkan Laos mendapat kelulusan kerajaan. Laos pada asalnya dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan Sea 2027 namun tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan mereka.
Negara jiran kita juga, Indonesia turut berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea 2027 atau 2029 tetapi disebabkan peraturan turutan abjad mereka perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 2031, sekiranya Laos masih tidak dapat mendapatkan kelulusan.
Kemboja dijadual menganjurkan temasya itu buat kali pertama dari 5 hingga 16 Mei tahun depan, manakala Thailand menjadi tuan rumah bagi Sukan Sea 2025.
Untuk info, Malaysia kini mendahului kedudukan pertama dalam carta apabila berjaya meraih 9 pingat emas, tiga pingat perak dan 16 pingat gangsa sehingga malam tadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia akibat hujan lebat yang melanda barat Arab Saudi semalam termasuk bandar tepi pantai, Jeddah mengikut laporan Media Arab Saudi .
Untuk info, bandar Jeddah terletak kira-kira 86.8 kilometer dari Tanah Suci Makkah yang merupakan bandar kedua terbesar di Arab Saudi dengan kira-kira empat juta penduduk.
Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM), jumlah hujan yang direkodkan di Jeddah dari 8 pagi hingga 2 petang Khamis melebihi jumlah yang direkodkan pada 2009, iaitu mencecah 179 mm dalam tempoh enam jam.
Jabatan Perbandaran Jeddah mengerahkan sejumlah 2,564 pekerja, dilengkapi kira-kira 960 jentera, untuk mengeluarkan air dan sisa dari jalan raya bagi membolehkan pergerakan trafik disambung semula.
Di Jeddah, gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan air hujan memenuhi jalan-jalan raya dengan sejumlah kenderaan turut tenggelam. Sekurang-kurangnya dua maut, manakala beberapa lagi dapat diselamatkan setelah kenderaan mereka ditenggelami banjir terburuk dalam tempoh 13 tahun.
Kebanyakan penduduk terpaksa tinggal di dalam rumah kerana mereka melihat paras air meningkat secara berterusan di persekitaran rumah mereka manakala kebanyakan jalan ditenggelami air.
Penduduk menggunakan Twitter dan Instagram untuk berkongsi imej dan klip video keadaan cuaca melampau dan kejadian kenderaan dihanyutkan. Kenderaan rosak di beberapa jalan di Jeddah akibat hujan lebat yang mula melanda bandar ini sejak pagi tadi.
Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz mengumumkan bahawa beberapa penerbangan telah ditangguhkan kerana keadaan cuaca.
Dalam satu kenyataan di akaun Twitternya, lapangan terbang itu berkata bahawa beberapa penerbangan telah ditangguhkan kerana keadaan cuaca, menyatakan bahawa ia akan berkomunikasi dengan syarikat penerbangan untuk mengesahkan jadual pelepasan penerbangan baharu.
Semoga semuanya baik-baik sahaja di tanah Suci Mekah ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!