Secara realistiknya, sudah tentu kita tidak beranggapan tiada pergaduhan yang berlaku dalam mana-mana kumpulan. Sedangkan kita dan adik-beradik yang merupakan darah daging sendiri pun boleh bertekak, inikan lagi kumpulan yang dianggotai oleh ahli berlainan latar belakang.
Namun, apabila salah seorang anggota kumpulan K-pop AOA iaitu Mina mendakwa dirinya telah menjadi mangsa buli dalam kumpulannya sendiri selama 10 tahun, kami tak nafikan bahawa berita ini adalah sesuatu yang tidak kami sangkakan.
Sepanjang hujung minggu lalu, Mina, 26 memuat naik satu-persatu posting di akaun Instagram miliknya dan menuduh ketua kumpulan AOA iaitu Jimin, 29 telah membulinya sepanjang 10 tahun yang lalu dan pernah mengakibatkan isu tekanan mental yang teruk terhadapnya.
Mina tidak lagi gentar untuk berkongsi imej lengannya yang pernah dikasari oleh dirinya sendiri apabila tidak tahan dengan tekanan tersebut.
Katanya, “Jujurnya, saya tidak mahu meninggalkan AOA. Namun kerana ada seseorang yang bencikan saya, saya dibuli untuk 10 tahun.”
Antara perbuatan buli secara mental yang pernah dilalui oleh Mina adalah dimarahi oleh Jimin sehingga dia gentar untuk pulang bagi pengebumian ayahnya sendiri pada tahun 2014 (akibat kanser pankreas) atas alasan enggan mengganggu jadual promosi grup AOA.
Ads
Aigoo!
Selepas tempoh 10 tahun, nampaknya Mina enggan lagi berdiam diri. Suka atau tidak, syarikat label AOA iaitu FNC Entertainment terpaksa tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar sekarang.
“Pertama sekali, kami ingin memohon maaf bagi pihak artis kami, Jimin dan kontroversi yang melandanya.
“Jimin telah mengambil keputusan meninggalkan grup AOA dan bersara daripada industri hiburan.
Ads
“Sebagai agensi, kami berasa bertanggungjawab terhadap situasi ini. Kami akan bekerja lebih keras untuk memastikan pengurusan yang lebih baik untuk artis-artis kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana membuatkan peminat risau,” kata mereka.
Menurut laporan media di Korea Selatan lagi, grup AOA dan bekas ketuanya, Jimin telah bertemu sesama sendiri serta bersama pengurus mereka untuk membincangkan situasi semasa di kediaman Jimin.
Kata Mina menerusi perkongsian di Instagram, perjumpaan itu amatlah awkward. Jimin memberitahu Mina bahawa dia tidak ingat membuli juniornya itu. Mina tidak mahu berdiam diri dan terus menjelaskan apa yang telah mengganggu hidupnya disebabkan perbuatan buli tersebut.
Jimin akhirnya memohon maaf menerusi Instagram-nya pada hari itu juga dan mengakui stail kepimpinan sebagai seorang ketua grup telah menjadikannya seorang yang kurang prihatin.
Disebabkan kontroversi memalukan ini, FNC Entertainment serta-merta mengumumkan bahawa AOA yang kini tinggal 5 ahli tidak akan menyertai acara ‘Wonder Woman Festival 2020’ yang dijadualkan berlangsung pada 26 September kelak di Sungai Han di Seoul.
Haihh, ingatkan kontroversi yang melanda selebriti K-pop sudah berakhir pada tahun 2019. Rupanya berlangsung lagi sampai ke hari ini!
Setiap individu pastinya mempunyai kenangan manis yang dicipta sepanjang hidup mereka. Seperti yang dilalui seorang siswazah meraikan dua berita gembira dalam satu hari, pagi bernikah dan petang menghadiri hari konvokesyen.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ameerul Hakim Muzi @ Ahmad Fauzi dan pasangan, Nur Izzatul Nabilah Ghazali sepatutnya bernikah pada Mei ini namun disebabkan kekangan kerja isteri yang agak padat, tarikh tersebut telah dipercepatkan dan majlis sudah ditetapkan di sebuah hotel.
Graduan itu hanya mengetahui hari konvokesyen pada bulan lepas dan mustahil baginya untuk menunda atau mempercepatkan tarikh pernikahan kerana semua persiapan sudah dibuat seperti tempahan hotel dan undangan tetamu.
Jelasnya, dia pada awalnya terkilan dan sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk tidak hadir di majlis konvokesyen dan menganggapnya sebagai tiada rezeki, namun sebaik sahaja dimaklumkan kepada pihak UniSZA bahawa dia tidak dapat hadir kerana majlis pernikahan, lain pula yang berlaku. Pihak pengurusan UniSZA memberi kebenaran untuk Ameerul Hakim hadir pada sesi petang.
Inilah yang dikatakan rezeki kahwin. Hiks! Semua urusannya dipermudahkan dan kedua-dua majlis juga berjalan dengan lancar. Walaupun kepenatan, tetapi semuanya berbaloi kerana dapat meraikan dua majlis bahagia ini dalam masa serentak.
Tahniah kami ucapkan kepada Ameerul Hakim dan pasangan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang berkongsi tentang tarikh hari ini kerana dikatakan cantik, 22022022 dan tidak hairanlah sekiranya ada yang mengambil peluang untuk melangsungkan pernikahan pada hari ini.
Namun begitu, tahukah korang bahawa tarikh hari ini adalah dua kali ganda jarang berlaku dan ia dikenali sebagai palindrome dan ambigram. Tarikh yang jarang berlaku ini jatuh pula pada hari Selasa (Tuesday) dan menjadikan ramai orang mengelarkannya sebagai ‘Twosday’ (Hari Dua).
22 Februari 2022 ditulis sebagai 22/02/2022 secara angka dan ia dipanggil palindrom kerana boleh dibaca dengan cara yang sama dari hadapan mahu pun dari belakang. Ia juga dianggap sebagai ambigram kerana turut boleh dibaca secara terbalik.
Jika korang menggugurkan tanda slash dari tarikh hari ini, 22022022, kita akan mendapati bahawa ia mengandungi hanya dua digit– 0 dan 2. Palindrom dan ambigram berfungsi untuk format tarikh British (dd-mm-yyyy) tetapi bukan untuk tarikh AS format (mm-dd-yyyy) untuk 22 Februari 2022.
Seorang profesor kejuruteraan elektrik di Universiti Portland, Aziz S. Inan mengira bahawa dalam format mm-dd-yyyy, hari palindrom cenderung berlaku hanya dalam beberapa abad pertama setiap milenium.
“Dalam format mm-dd-yyyy, yang pertama daripada 36 Hari Palindrom dalam tahun milenium (1 Januari 2001 hingga 31 Disember 3000) ialah 2 Oktober 2001 (10 -02-2001) dan hari terakhir itu ialah 22 September 2290 (09-22-2290).”
Terdapat 12 hari palindrom dalam abad ke-21 dalam format mm-dd-yyyy dengan yang pertama pada 2 Oktober 2001 (10-02-2001) manakala yang terakhir pada 2 September 2090 (09-02-2090).
22/2/22🎈
Number 2 is the sign of luck🍀
For the first time on Earth such a date coincides, this won’t repeat in 200 Years📍And if dreams do come true, this is the day for them🌌
Happy 22/2/22 beloveds, may your wishes come true❣️
Dengan mengambil kira format dd-mm-yyyy, terdapat 29 hari palindrom dalam abad semasa. Yang pertama adalah pada 10 Februari 2001 (10-02-2001) manakala yang terakhir akan jatuh pada hari lompat! 29 Februari 2092 (29-02-2092) akan menjadi hari palindromik terakhir abad ke-21.
Ha, rupanya ada sejarah dan maksud bagi tarikh hari ini. Setidaknya ada perkara baharu yang kita belajar kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem yang ditunggu-tunggu tahun ini, Captain Marvel sudah pun membuktikan kehebatannya dengan kutipan tertinggi USD$760.2 mil (RM3.11 bil) seluruh dunia setakat ini.
Baru memasuki minggu kedua ditayangkan, filem berdurasi 124 minit ini telah meraih kutipan RM626 juta di Amerika Syarikat selepas empat hari tayangan, sekali gus melebihi kos pembikinan filem tersebut yang menelan belanja dianggarkan sebanyak RM621 juta.
Captain Marvel merupakan filem superhero wanita pertama oleh Marvel Studios dengan sentuhan pengarah terkenal, Anna Boden dan Ryan Fleck yang ditayangkan pada 8 Mac lalu.
Menampilkan Brie Larson sebagai teraju utama, Captain Marvel juga dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Jude Law, Djimon Hounsou, Gemma Chan, Clark Gregg dan Annette Bening.
Kisah tentang seorang wanita hebat dengan kuasa luar biasa apabila DNAnya secara tidak sengaja tercampur dengan genetic makhluk asing, Carol Danvers mengetuai barisan hadapan dalam pertempuran galaksi sebelum Danvers ke bumi apabila galaksi itu diserang secara tiba-tiba.
Ketika itulah Danvers bertemu dengan penyiasat Nick Fury yang mengingatkannya tentang masa lampau yang telah dilupakannya.
Reaksi berbeza
Pelbagai reaksi dan kritikan berbeza yang diterima tentang filem Captain Marvel ini, secara tidak langsung membuatkan ada pihak yang tidak yakin untuk menonton filem tersebut.
Walau bagaimanapun, masing-masing punya pendapat sendiri kan? Bagi kami, filem ini tidaklah terlalu hambar dan masih boleh layan.
Mungkin yang memberi reaksi negatif tu korang terlalu meletakkan expectation yang tinggi. Anyway, kita tunggu saja filem marvel yang katanya bakal ditayangkan pada April nanti, Avengers: End Game.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas diumumkan sebagai wakil rasmi Malaysia ke Eurovision Asia 2026 menerusi pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) pada Ogos lalu, penyanyi versatil Aina Abdul...