
Sekejap je masa berlalu, hari ini merupakan hari ke 17 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di Malaysia.
Walau bagaimanapun, jumlah kes Covid-19 hari ini di Malaysia mencecah 3,333 kes positif dengan jumlah kematian 53 orang setakat hari ini dan 2453 kes yang sedang dirawat.

Dalam usaha mengurangkan pengguna terpaksa bergerak jauh untuk mengeluarkan duit, pengeluaran duit dari ATM bank dan MEPS akan dikecualikan caj pengeluaran antarabank sebanyak RM1 bermula 6 April 2020 ini.

Langkah ini sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mengeluarkan duit daripada ATM terdekat dengan mereka tanpa perlu risau akan dicaj sebanyak RM1.
Buat masa ini, perkara ini hanya terhad untuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini sahaja – yang mana dijadualkan berakhir sekitar 14 April 2020 ini.
Dalam masa sama, orang ramai diingatkan agar menjaga jarak sosial apabila mengeluarkan wang di ATM dan korang juga disaran menggunakan perkhidmatan bank atas talian bagi mengelak kesesakan di premis itu.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelawak Wanita Viral Mengaku Masih Bangga Beragama Islam, Teman Lelaki Terbuka Untuk Peluk Islam

Susulan penularan video berdurasi 54 saat di media sosial tempatan yang memaparkan aksi seorang pelawak komedi solo (stand up comedian), wanita tersebut muncul menerusi video siaran langsung di saluran YouTube-nya petang semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah itu telah mencetuskan kontroversi dan menjadi mangsa kecaman orang ramai termasuklah para pendakwah, selebriti, pempengaruh dan pelawak setelah menanggalkan tudung dan persalinan baju kurung di atas pentas. Ia berlaku selepas Siti Amira atau Amy memperkenalkan dirinya dan mengaku telah menghafaz 15 juzuk surah Al-Quran sebagai sebahagian daripada konten jenakanya.
Sedar dirinya menjadi bahan kecaman apabila video persembahannya itu tular di media sosial, Amy menerusi sesi siaran langsung di YouTube itu menyatakan dia masih menganut agama Islam dan berbangga menjadi seorang Muslim.
Turut muncul ialah teman lelaki Amy yang dikenali sebagai Alex. Apabila diajukan soalan tentang video yang tular, Alex menghalang Amy daripada menjawab kerana enggan kenyataan mereka disalah tafsir.
Begitupun, Alex mempertahankan Amy dengan menyifatkan teman wanitanya sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam. Alex juga tidak mempunyai halangan untuk memeluk agama Islam apabila tiba masa untuk mereka berkahwin, tidak lama lagi.
Ketika ditanya sama ada Amy gemar bertelanjang di depan khayalak seperti aksinya dalam video itu, Alex menafikannya.
“Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khayalak,” ulasnya. Video siaran langsung semalam bagaimanapun telah diturunkan oleh pasangan itu.
Tinjauan REMAJA terhadap saluran YouTube Amy mendapati dirinya tidak lari daripada membahaskan topik-topik hubungan seksual secara terbuka. Malah menerusi beberapa video, Amy tidak segan mengenakan pakaian baju dalam sahaja. Ada juga video di mana Amy mengenakan tudung sambil berkongsi tip ‘dating’ untuk pengikutnya.
Terdahulu semalam, REMAJA melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil maklum akan video yang tular dan akan menyiasatnya. Manakala, pihak kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail yang menjadi lokasi penganjuran acara terbabit telah membuat laporan polis berikutan kes ini.
BACA LAGI : Cemar Aidiladha! JAWI Siasat Video Wanita Hina Islam Di Kelab Komedi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenali Ana Maria Markovic, Pemain Bola Sepak Tercantik Dunia!

Sukan bola sepak kini tidak lagi dimarginalisasikan sebagai sukan untuk pemain lelaki sahaja. Malah, kemaraan pemain wanita dari seluruh pelusuk dunia dalam arena sukan bola sepak dilihat semakin ke mendapat perhatian ramai.
ARTIKEL BERKAITAN : Gadis 21 Tahun Disunting Kelab Bola Sepak Di India, Pertama Seakannya Oleh Wanita Malaysia

Paling menjadi perhatian tentulah si cantik Ana Maria Markovic iaitu pemain bola sepak kebangsaan Crotia.
Sekitar tahun 2021, Ana telah membuat penampilan sulungnya bersama pasukan Crotia. Dan sejak itu, dia telah menarik perhatian ramai dengan wajahnya yang cantik sehingga ramai gelarkannya pemain bola tercantik di dunia!
Tak Suka Digelar Seksi

Walaupun ramai yang nampak kelincahan dan bakat luar biasa Ana, tapi ada segelintir yang gemar memanggilnya sebagai seorang yang seksi. Dipetik daripada The Sun, pemain bola ini kurang gemar dan menolak gelaran ‘seksi’ yang diberikan padanya. Malah dia lebih suka jika ada yang mengatakan dia lebih cantik berbanding seksi.
Menjadikan Cristiano Ronaldo Sebagai Idola

Bukan itu sahaja, Ana juga pernah berkongsi bahawa kariernya sebagai pemain bola sepak ini diinspirasikan oleh idolanya iaitu Cristiano Ronaldo. Kongsi Ana, idolanya itu sangat berdisplin dan sering berikan yang terbaik dalam kariernya.
Kerjaya Sambilan Sebagai Model

Selain daripada karier utamanya, Ana juga menjadi seorang model untuk segelintir jenama. Daripada jenama kecantikan, makanan dan minuman, hingga ke gaya hidup.
Dahulunya seorang Atlet Gimnastik
Ana Markovic dilahirkan di Croatia pada 9 November 1999. Namun, sebelum memulakan kerjaya sebagai atlet bola sepak dia bermula sebagai ahli gimnastik. Hanya pada usia 14 tahun dia memutuskan untuk memasuki dunia bola sepak selepas didorong oleh pertumbuhan bola sepak wanita.
Ana memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama dengan kelab Switzerland FC Zurich (2017). Selepas dua tahun, dia berpindah ke Grasshopper dan seterusnya pasukan kebangsaan Crotia.
Macam tak percaya, gadis jelita berusia 22 tahun ini memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak kan? Bukan calang-calang gadis ini ya.
BACA LAGI : #GirlPower: Tiga Pengadil Wanita Berkaliber Akan Curi Tumpuan Di Piala Dunia Qatar 2022
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua Anak Lelaki Presiden Jokowi Ditahan Atas Tuduhan Rasuah Bakar Hutan Secara Haram

Sama ada anak orang ternama atau tidak, hukuman setimpal tetap perlu dijalankan bagi memberi keadilan kepada seluruh masyarakat. Begitulah yang berlaku di negara jiran kita Indonesia, apabila dua orang anak Presiden Joko Widodo atau Jokowi, Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep dipanggil oleh Komisi Pencegahan Rasuah (KPK).
Dua beradik itu dikatakan terlibat dalam aktiviti rasuah membabitkan kegiatan pembakaran hutan secara haram. Mereka dipanggil oleh KPK selepas menerima laporan daripada pensyarah Universiti Negeri Jakarta (UNJ), Ubedilillah yang juga seorang aktivis sosial.

Gibran dan Kaesang didakwa terlibat dengan kegiatan pembakaran hutan secara haram dan telah disaman oleh Kementerian Lingkungan Hidup dan Perhutanan sebanyak 7.9 trilion rupiah (RM2.31 bilion) menerusi sebuah syarikat gergasi PT SM pada 2005.
Menurut Ubedillah, pada Februari 2019, dua orang anak Jokowi itu telah menggabungkan perniagaannya dengan perusahaan PT SM dan memperoleh suntikan dana yang besar sehingga mereka boleh membeli saham dalam syarikat masing-masing.
Persoalan pensyarah universiti itu, bagaimanakah anak muda yang baru menubuhkan syarikat dengan mudah mendapat dana modal dalam jumlah yang cukup besar kira-kira 99.3 bilion rupiah (RM29 juta) jika mereka bukan anak Presiden?

Dalam laporan ke KPK itu juga, Ubedilah menggesa pihak mereka memanggil Jokowi untuk memberikan penjelasan tentang hal ini dan aktivis ini turut mempunyai bukti-bukti data perusahaan yang terkait dengan skandal rasuah ini.
Semoga kes ini disiasat seadilnya dan sekiranya mereka benar-benar bersalah, hukuman setimpal haruslah diberikan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

