Foto: Kompas

Sama ada anak orang ternama atau tidak, hukuman setimpal tetap perlu dijalankan bagi memberi keadilan kepada seluruh masyarakat. Begitulah yang berlaku di negara jiran kita Indonesia, apabila dua orang anak Presiden Joko Widodo atau Jokowi, Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep dipanggil oleh Komisi Pencegahan Rasuah (KPK).

Dua beradik itu dikatakan terlibat dalam aktiviti rasuah membabitkan kegiatan pembakaran hutan secara haram. Mereka dipanggil oleh KPK selepas menerima laporan daripada pensyarah Universiti Negeri Jakarta (UNJ), Ubedilillah yang juga seorang aktivis sosial.

Dua Anak Lelaki Presiden Jokowi Ditahan Atas Tuduhan Rasuah Bakar Hutan Secara Haram
Pensyarah Universiti Negeri Jakarta (UNJ), Ubedilillah (Foto: suara.com)

Gibran dan Kaesang didakwa terlibat dengan kegiatan pembakaran hutan secara haram dan telah disaman oleh Kementerian Lingkungan Hidup dan Perhutanan sebanyak 7.9 trilion rupiah (RM2.31 bilion) menerusi sebuah syarikat gergasi PT SM pada 2005.

Menurut Ubedillah, pada Februari 2019, dua orang anak Jokowi itu telah menggabungkan perniagaannya dengan perusahaan PT SM dan memperoleh suntikan dana yang besar sehingga mereka boleh membeli saham dalam syarikat masing-masing.

IKLAN

Persoalan pensyarah universiti itu, bagaimanakah anak muda yang baru menubuhkan syarikat dengan mudah mendapat dana modal dalam jumlah yang cukup besar kira-kira 99.3 bilion rupiah (RM29 juta) jika mereka bukan anak Presiden?

Dua Anak Lelaki Presiden Jokowi Ditahan Atas Tuduhan Rasuah Bakar Hutan Secara Haram
Foto: tabloidbintang.com

Dalam laporan ke KPK itu juga, Ubedilah menggesa pihak mereka memanggil Jokowi untuk memberikan penjelasan tentang hal ini dan aktivis ini turut mempunyai bukti-bukti data perusahaan yang terkait dengan skandal rasuah ini.

IKLAN

Semoga kes ini disiasat seadilnya dan sekiranya mereka benar-benar bersalah, hukuman setimpal haruslah diberikan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

IKLAN

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI