Mungkin ramai di kalangan generasi millenial tidak tahu tentang penglibatan Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali atau Umie Aida di dalam Pencarian Dewi Remaja 1990/1991. Ketika menghubunginya untuk menjalani sesi temu bual dan penggambaran ini, Umie Aida sendiri seakan terkejut dengan permintaan kami.
Mengimbau kembali kenangan yang sudah 28 tahun berlalu, Umie Aida ternyata masih cukup teruja bila berbicara tentang penglibatannya dalam pertandingan ini. Pada ketika itu, usianya baru mencecah 17 tahun dan mempunyai impian yang cukup besar untuk berjinak-jinak dalam industri dan menjadikan Pencarian Dewi Remaja sebagai sebuah platform.
“Seingat saya, penglibatan saya dalam Dewi Remaja disokong kuat oleh rakan senior saya, Azah Aziz yang juga merupakan peserta dalam edisi sebelum itu. Pada waktu itu, saya masih terlalu muda dan cukup berdebar apabila terpilih untuk menyertai pertandingan ini.
“Antara rakan-rakan yang sama batch dengan saya ialah Kuza, Irene Santiago, Jasmin Hamid dan Jasmine Dhillon. Dan pada masa itu juga, saya muncul dengan menggunakan nama Ermie Zura. Ramai yang tidak tahu mengapa saya menggunakan nama tersebut.
Ads
“Sebenarnya saya menggunakan nama itu kerana merahsiakan penyertaan saya daripada pihak keluarga dan juga sekolah. Ketika itu, saya baru berusia 17 tahun dan takut penyertaan saya diketahui oleh mereka. Kira masuk bertanding secara senyap-senyaplah. Rasa takut itu ada juga tapi disebabkan perasaan ingin mencuba itu terlalu tinggi saya ketepikan perasaan itu.”
Boleh kongsi sedikit tentang pengalaman menyertai Dewi Remaja.
Nak kongsi secara details pun sudah tak berapa ingat. Maklumlah sudah hampir 30 tahun lepas. Apa yang saya ingat, saya banyak dibantu oleh Azah Aziz yang membawa saya ke sesi fotografi. Dulu, setiap peserta akan menghantar profil mereka ke majalah REMAJA.
Ads
Kemudian, barulah beberapa orang peserta terpilih akan dipanggil untuk sesi penggambaran. Debaran pun tiba kerana kami terpaksa tunggu untuk keluaran bulan hadapan, barulah tahu siapa yang terpilih menjadi cover majalah.
Siapakah finalis yang paling rapat dengan Umie Aida dulu?
Boleh dikatakan kami memang rapat antara satu sama lain. Semua pun rasa sangat excited sebab berjaya menjadi finalis. Tapi yang saya inga, Irene Santiago dan Jasmin Hamid cukup rapat dengan saya sepanjang pencarian tersebut.
Artikel tentang Datin Umie Aida di dalam majalah REMAJA pada ketika itu.
Bagaimana Dewi Remaja membantu bakat muda?
Iyalah, siapa tidak kenal dengan pertandingan Dewi Remaja. Namanya sahaja sudah cukup untuk meyakinkan sesiapa sahaja bahawa pertandingan ini merupakan antara platform terbaik untuk bakat-bakat baru.
Lihat sahajalah produk-produk yang lahir daripada pertandingan istimewa ini. Boleh dikatakan semuanya hebat-hebat belaka.
Ads
Nasihat untuk remaja yang berminat menyertai Dewi Remaja, tidak lama lagi.
Mudah saja, jadilah diri sendiri dan bersedia untuk belajar. Tanpa kesediaan untuk belajar banyak benda baru, sesiapa pun tidak akan ke mana. Industri ini mempunyai terlalu banyak selok-belok yang perlu mereka pelajari. Untuk remaja perempuan, inilah masa untuk merebut peluang mengetengahkan bakat kamu. Sekarang dengan adanya media sosial ia dapat menambah lagi platform untuk mereka ke hadapan. Berbeza dengan generasi dahulu yang hanya ada media elektronik dan bercetak sahaja.
Adakah Dewi Remaja perlu ada jiwa girl power?
Ya, semestinya. Golongan wanita terutamanya yang ingin menjadi Dewi Remaja harus ada jiwa perempuan kental seperti ini. Wanita harus berani. Berani untuk terima sesuatu yang baru dan melakukan perubahan. Jangan takut untuk keluar dari zon selesa demi menjadi seseorang yang lebih baik. Dengan tekad dan cita-cita, remaja seperti kamu semua boleh pergi lebih jauh dan berjaya dalam apa jua bidang. All the best girls!
GIRL POWER!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
Nampaknya rezeki menyebelahi juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae apabila terus bergiat aktif dalam bidang lakonan dan terbaharu, personaliti ini menjadi peneraju utama dalam drama bersiri Jangan Ganggu Jodohku di slot MegaDrama Astro Ria.
Drama bergenre komedi ini berkisarkan tentang seorang gadis bernama Aliza yang mempunyai kebolehan untuk melihat roh. Malangnya, roh-roh itu mengganggunya. Aliza dibantu seekor jin yang telah menjadi rakannya sejak kecil bernama Abu.
Jin ini melindungi Aliza dan tidak disangka sebenarnya sudah jatuh hati pada gadis itu. Jadi, setiap kali lelaki meminati Aliza pasti jin tersebut melakukan sesuatu agar mereka menjauhi anak gadis ini.
“Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada untuk saya dan kali ini, saya memegang watak utama dalam sebuah drama komedi seram. Apa yang menariknya, ini merupakan pertama kali genre komedi seram disiarkan dalam slot MegaDrama,”
“Watak Aliza ini cukup berat untuk dibawa kerana saya perlu banyak melakonkan babak dirasuk. Walaupun bergenre komedi, tetapi setiap kali Aliza dirasuk, saya perlu menjadi seorang yang serius dan bermain dengan emosi,”
“Kelainan yang dirasakan pada watak kali ini, lebih banyak aksi yang mencabar perlu dilakukan oleh saya untuk menghayati watak Aliza. Babak rasuk yang terlalu banyak membuatkan saya sedikit penat dan saya juga perlu melakukan stunt seperti tidur di kubur, mandi air sabun dan macam-macam lagi,”
“Sewaktu melakonkan babak pertama dalam drama ini, saya dan Noreen seperti dirasuk. Badan dan jantung saya seakan ditarik, tiba-tiba sahaja bulu roma naik. Pihak produksi terus meminta untuk saya masuk ke dalam bilik dan ketika itu saya menangis semahunya tanpa bersebab,”
“Sepanjang berada di lokasi penggambaran drama Jangan Ganggu Jodohku, saya sering membaca ayat Kursi kerana tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku. Alhamdulillah, kejadian dirasuk itu hanya berlaku sekali sahaja dan kami dapat menyelesaikan penggambaran dengan selamat,” ujar Shaza.
Selain Shaza Bae, drama ini turut dibintangi oleh Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran dan Amerul Affendi serta Aloy sebagai Abu.
Jangan lupa saksikan ‘Jangan Ganggu Jodohku’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai juri tetap program realiti Dewi Remaja 2025, pelakon berbakat besar Kamal Adli sempat menitipkan pesanan bermakna buat barisan Top 12 finalis yang kini sedang berentap merebut gelaran berprestij itu.
Menurut Kamal, setiap finalis perlu bijak membawa diri sepanjang pertandingan, selain menjaga mentaliti agar tidak mudah goyah.
“Be yourself, boleh sahaja jika anda mahu hu ha (bersuka ria), tetapi anda perlu ingat macam mana pun anda semua di dalam satu pertandingan di mana kita ingin mencari satu sahaja juara Dewi Remaja, tiada kedua dan ketiga. Hanyalah satu sahaja,” katanya kepada Remaja.
Tambah bekas Hero Remaja itu lagi, finalis harus memberi sepenuh komitmen dalam setiap tugasan yang diberikan kerana itu menjadi ukuran sebenar dalam pertandingan ini.
“Jadi, para finalis perlu all out, fokus dengan segala tugasan yang diberikan. Bagus untuk ada sikap saling tolong menolong sesama Dewi, tetapi bagi saya jangan terlalu tonjolkan kebolehan anda sehinggakan boleh nampak kelemahan anda.
“Selain itu, jangan tunjukkan kelemahan anda sehingga para finalis lain boleh dapat tangkap. Ingat, mindset itu selalulah fikir ‘saya bagus dan the best dalam pertandingan’ ini okey,” jelasnya.
Dewi Remaja 2025 akan mula bersiaran pada 10 Oktober ini, jam 10 malam di Astro Ria serta turut boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.