Dinobatkan sebagai Raja Pecut No 1 Di Dunia di Men Elite Keirin.
Pelumba berusia 31 tahun yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Dunia.
Berita gembira ini turut di sampaikan menerusi laman Facebook rasmi Team Malaysia, Azizul berjaya mendapat sebanyak 2560 mata dalam acara tersebut sekaligus menewaskan pasukan lawan dengan meninggalkan 9 mata iaitu pesaing terdekatnya dari Jepun, Yudai Nitta berada di tangga kedua dengan 2,551 mata.
“The Pocket Rocketman, No.1 di dunia!” kata posting Team Malaysia.
Secara tidak langsung, kedudukan tersebut menjadikan pelumba berusia 32 tahun itu sebagai juara ranking pertama di dunia dan sebutir pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal disumbangkan menerusi acara trek berbasikal.
Ads
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah disamping memuji kehebatan pelumba trek berbasikal berkenaan.
Tahniah kami ucapkan buat atlet-atlet yang berjuang dan mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Syabas raja pecut No 1 dunia, Mohd Azizulhasni Awang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Assalamualaikum doktor. Saya minta maaf kerana marahkan doktor hari tu. Saya terlalu sakit dan takut. Saya bukan budak nakal. Sepatutnya saya budak baik. Terima kasih rawat saya.
From Adam Amir Hakim.
Alahai, tingginya budi bahasa mu dik. Siap minta maaf sebab dah termaki doktor yang mahu menyunatkannya tempoh hari.
Sudah pastinya doktor akan jadi terharu. Lihat apa respon doktor ini bila dapat surat cinta dari pesakitnya.
Kepada adik Adam ;
”Jangan risau.. doktor tak marah dan maafkan awak. Doktor faham perasaan awak yang tengah risau dan takut. Doktor pun dulu melalui pengalaman sunat sama macam awak. Doktor tahu awak seorang budak yang baik.’
Semoga adik Adam cepat sembuh dan menjadi pewaris negara yang sentiasa berbakti kepada masyarakat. Amin.
Menurut Dr Hanafi Yahya, semalam dia menerima surat cinta dari seorang pelajar yang dia sunatkan minggu lalu. Dan surat permohonan maaf ini dilakukan ketika pelajar ini membuat rawatan susulan di klinik.
Memetik laporan Harian Metro, Dr Hanafi Yahya, 35 tahun berkata, dia menerima surat cinta dari seorang pelajar Adam Amir Hakim, 7 yang menyerahkan surat itu kepadanya semalam ketika mengunjungi klinik bagi pemeriksaan susulan selepas dikhatankan minggu lalu.
Inilah surat cinta dari Adam untuk Dr Hanafi. Syahdukan. Baik je budi bahasanya minta maaf balik.
Jelas Dr Hanafi, dia masih ingat kejadian minggu lalu apabila pelajar cilik ini memarahinya sejak mula proses bersunat mahu dilakukan.
“Budak ini marah saya, kata saya jahat, halau saya keluar dari bilik itu (bilik khatan), malah dia jerit kata dia nak pulang dan bencikan doktor.
“Semalam, saya terima surat itu ketika dia datang ke klinik untuk membuat rawatan susulan dan saya terharu apabila membaca surat dan pengakuan ikhlasnya.
“Dia memohon maaf kerana marahkan doktor dan memaklumkan dirinya takut dan sakit ketika bersunat. Dalam surat itu juga dia maklumkan dirinya budak yang baik serta mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana merawatnya.
“Sepanjang kerjaya sebagai doktor, inilah kali pertama saya terima surat permohonan maaf daripada seorang pesakit yang menerima khidmat di klinik,” katanya yang juga pengasas Klinik Doktor Bergerak (DOC MOVE) di Tapah Road, Tapah.
Dr Hanafi berkata, beliau hanya tersenyum ketika murid berkenaan memarahinya dan menerangkan kepada murid berkenaan serta ibu bapanya bahawa prosedur dilakukan di kliniknya adalah biasa.
“Bagi saya murid ini mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi kerana dia sedar apa yang patut dilakukan apabila melakukan kesalahan,” katanya.
Menurutnya, tugas mengkhatankan kanak-kanak agak mencabar kerana pelbagai tindakan dan kata-kata dikeluarkan oleh kanak-kanak disebabkan rasa takut terutama selepas mendengar pelbagai cerita yang sengaja diada-adakan untuk menakutkan mereka.
Di fbnya, Dr Hanafi memuat naik gambar pesakit-pesakit yang sudah berjaya dikhatankan di kliniknya.
Dr Hanafi memang dikenali di daerah Muallim sejak memperkenalkan perkhidmatan DOC MOVE dan Kad Anak untuk anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Muallim.
Kad Anak memberi peluang kepada anak yatim menerima rawatan dan ubat-ubatan secara percuma di klinik milik isterinya, Dr Fariza Hanim Shahir, 35, yang terletak di Bandar Behrang 2020, selain menikmati diskaun di premis perniagaan yang berdaftar dalam perkhidmatan ini.
Malah seperti kata Dr Hanafi di fbnya, dia menjelaskan sesetengah kanak-kanak yang takut biasanya akan melakukan tindakan ini. Iaitu menangis, marah, maki, carut, tendang, cubit, gigit, terkencing, kentut dan sebagai doktor dirinya tidak pernah marah atau berkecil hati kepada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa tahun lalu, nama Adam Adli sering disebut-sebut apabila sentiasa muncul di kaca televisyen negara kita. Adam Adli Abd Halim merupakan seorang aktivis pelajar muda yang sebelum ini beberapa kali ditahan (terutamanya ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini) dan didakwa kerana kelantangan suaranya yang dianggap sebagai hasutan.
Dan akibat daripada kejadian tersebut, dia telah digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Namun terbaru, Mahkamah Rayuan telah membebaskan Adam Adli daripada tuduhan menghasut berikutan ucapan yang dilakukannya beberapa selepas Barisan Nasional menang pada PRU 2013.
Menurut UPSI, pihak universiti telah dimaklumkan oleh Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya daripada salah laku. Sehubungan dengan itu, pihak UPSI menyatakan bahawa penggantungan terhadapnya telah dibatalkan dan dibenarkan untuk menyambung pengajian bermula 10 September 2018.
Adam turut membuat perkongsian berita gembira tersebut di Twitter dan Facebook dengan kapsyen, “Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik.”
Jelas Adam menerusi laporan Malaysia Insight, “Saya tak jangkakan surat ini. Saya berasa terharu. Saya berasa bersyukur. Saya dan seluruh keluarga semua rasa cukup gembira. Mungkin inilah keajaiban Ramadan saya.”
Adam Adli merupakan aktivis pelajar yang sebelum ini sentiasa lantang bersuara dan memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu seperti Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akta tersebut dilihat oleh ramai orang termasuklah Adam sebagai usaha menutup ruang untuk pelajar untuk bersuara.
Semoga Adam Adli terus berjuang untuk menjadi suara anak muda yang sentiasa melakukan semak imbang kepada kerajaan. All the best!
Sumber: SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bumi berdepan situasi getir apabila ada berita yang tersebar luas mengenai sebuah asteroid bersaiz bangunan Burj Khalifa yang akan melintasi Bumi pada Ahad ini. Tapi adakah ia berpotensi akan berlanggar dengan Bumi?
Sumber Gambar : Universe Today
Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengesahkan bahawa satu asteroid setinggi bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dan diameter 0.51 kilometer dijangka akan melintasi bumi ahad ini.
Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 153201 2000 W0107 itu kini bergerak ke angkasa lepas dengan kelajuan 56,000 batu sejam. Kejadian ini dijangka akan berlaku pada 29 November 2020 ini.
Asteroid tersebut berukuran antara 12, 000 hingga 25, 700 kaki (ft) iaitu bersamaan dengan 370 hingga 820 meter tinggi. Ia memberi peluang kepada saintis untuk mengkaji dengan lebih terperinci.
Bagaimanapun, asteroid gergasi ini yang diklafikasikan sebagai ‘Asteroid Menghampiri Bumi’ (NEA) itu tidak melanggar bumi atau menyebabkan malapetaka.
Terdahulu, saintis di New Mexico telah menemui asteroid yang sama pada 29 November 2000 yang lalu.
Asteroid merupakan sisa-sisa batu tanpa udara yang dihasilkan daripada kesan pembentukan sistem suria sekitar 4.6 bilion tahun lalu.
Untuk info, dalam sistem suria terdapat berbilion malah mungkin trilion objek yang mengorbit matahri. ” Pengembaraan angkasa lepas” ini terlalu kecil untuk dipanggil planet dan diberi nama-nama berdasarkan kriteria tertentu.
So kita sebagai seorang Islam mari la berdoa agar tiada apa yang buruk akan berlaku pada bumi ini Ahad nanti…