Sejarah tercipta di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila atlet silat negara, Thamaraj Vasudevan menjuarai kategori bebas Putera di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 setelah menewaskan wakil Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek dalam perlawanan akhir semalam.
Kemenangan tersebut membolehkan Thamaraj untuk bukan sahaja membawa pulang pingat emas untuk negara tetapi juga mencipta sejarah tersendiri sebagai atlet silat berbangsa India pertama dari Malaysia untuk bergelar juara dunia.
Selain Thamaraj, pasukan silat negara turut cemerlang apabila pasukan seniornya meraih enam pingat emas, sembilan pingat perak dan empat pingat gangsa.
Manakala, pasukan remaja turut menyengat dengan membawa pulang lima pingat emas, empat pingat perak dan empat pingat gangsa.
Ads
Antara atlet silat yang menjadi wira dan wirawati negara di Abu Dhabi pada kali ini termasuklah Farah Mazlan, Siti Shazwana, Abdul Latif, Tamarah, Ainatsya, Eafzayl Adriell, Raqib Darwisy, Muhammad Syaqil, Ukail Darwis dan beberapa lagi atlet cemerlang lain.
Menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menzahirnya rasa terujanya apabila melihat kemenangan Thamaraj dan pasukan pencak silat negara yang baginya cukup bermakna untuk menutup kalendar sukan Malaysia, tahun ini.
Ads
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang bersama memberikan sokongan moral dan semangat kepada pasukan silat negara.
Ads
“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pasukan silat negara atas dedikan dan pencapaian hebat ini,” catat beliau.
Kata-kata terakhir ibu sebelum meninggal dunia menjadi perangsang buat seorang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sehingga berjaya meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.
Menurut pemilik nama Nur Ain Sofea Iqlima Mohd. Baharuddin, dia menzahirkan kesyukuran apabila dapat menunaikan amanat arwah ibunya yang mahu dirinya cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.
“Waktu itu saya sedang membuat persiapan menghadapi peperiksaan Semester 3. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah ibu pesan supaya saya terus belajar bersungguh-sungguh.
“Selain, jangan jadikan kehilangannya nanti sebagai alasan untuk terus ‘jatuh’,” kata bekas pelajar STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah itu,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi pengalaman menjaga ibunya sewaktu terlantar akibat penyakit tiroid di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan, selama hampir sebulan.
Katanya, sepanjang tempoh tersebut, dia tetap ke kelas setiap hari dengan berulang alik dari hospital ke sekolah sejauh kira-kira 126 kilometer.
“Pada ketika itu, saya membawa buku untuk mengulang kaji pelajaran sambil menjaga ibu di dalam wad.
“Oleh itu, kejayaan hari ini amat berharga buat saya apabila terkenangkan momen menyedihkan itu,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila kedudukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melonjak ke kedudukan ke-26 dalam penarafan QS World University Rankings 2025 Asia berbanding kedudukan ke-28 tahun lalu.
Penilaian ini merangkumi lima petunjuk iaitu sitasi, penjanaan industri, pengantarabangsaan, penyelidikan dan pengajaran, sekaligus meletakkan mereka di tempat keempat berbanding kelima dalam kalangan universiti terbaik di Malaysia.
Kejayaan ini juga menunjukkan kecemerlangan yang berterusan UKM dalam mencapai peningkatan konsisten selama 10 tahun berturut-turut dalam penarafan ini.
Dalam pada itu, pencapaian ini turut mencerminkan usaha gigih warga UKM dalam memantapkan bidang pengajaran, mengukuhkan pengantarabangsaan, membina reputasi yang unggul, meningkatkan kebolehpasaran graduan, dan memperluas jaringan strategik.
Ini juga membuktikan penggunaan bahasa Melayu yang diterap oleh UKM sedikit pun tidak membuatkan mereka mengabaikan elemen pengantarabangsaan yang juga penting bagi mengekalkan reputasi universiti itu di persada dunia.
Sebelumnya, UKM telah melakar sejarah apabila meletakkan status pengajian tinggi negara di pentas dunia melalui pembukaan kampus baru di Doha, Qatar.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada UKM! Semoga dapat melahirkan lebih banyak graduan yang berguna dan berkhidmat untuk masyarakat.
Sumber: Facebook UKM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Ara Aziz mungkin masih baharu dalam kalangan masyarakat, namun remaja berusia 14 tahun ini sudah membuktikan kecemerlangan luar biasa apabila menduduki 16 kertas peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada usia muda.
Lebih menarik, Ara merupakan anak kepada pengarah dan pelakon terkenal, Azizi M. Osman. Walaupun masih di usia remaja, Ara kini bersedia melangkah ke peringkat universiti selepas menamatkan semua peperiksaan tersebut.
Berkongsi kepada Remaja, Ara berkata dia baru sahaja menamatkan 13 daripada 16 kertas peperiksaan dan kini berbaki tiga kertas lagi sebelum menamatkan keseluruhan IGCSE.
“Alhamdulillah lepas 16 paper Ara dah habis, ada tiga paper lagi dan lepas itu insya-Allah kalau Allah izinkan Ara akan masuk ke universiti.
“Memang susah, tapi alhamdulillah Ara boleh catch up, so far okay,” katanya dengan senyuman yakin.
Mengulas tentang rahsia kejayaan, Ara turut berkongsi pesanan buat rakan sebaya yang ingin mencontohi usahanya.
“Semua orang boleh buat. Cuma kena fokus dan percaya dengan diri sendiri. Jangan cepat rasa tak boleh,” ujarnya dengan penuh semangat.
Selain cemerlang dalam akademik, Ara juga mempunyai impian besar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, khususnya dalam cabang neurology (kajian tentang otak) atau psychology(kajian tentang minda dan perasaan).
Menurutnya, minat mendalam terhadap cara manusia berfikir dan bagaimana otak berfungsi menjadi pendorong utama kepada cita-cita tersebut.
“Saya memang minat nak faham tentang cara manusia berfikir dan bagaimana otak berfungsi. Bagi saya, setiap ilmu yang saya pelajari adalah peluang untuk bantu orang lain nanti,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!