Setiap individu inginkan hari tua yang menenangkan selepas tempoh persaraan kerana inilah masanya untuk mereka berehat setelah sekian lama penat bekerja.
Thailand disifatkan antara ’25 tempat terbaik untuk bersara’ oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022.
Negara tersebut menduduki tempat ke-11 dengan skor purata 72.9 meletakkannya di kedudukan teratas di Asia. Malaysia pula berada di kedudukan ke-15 dengan purata markah 72.
Menurut International Living, negara itu disenaraikan berdasarkan skor yang diberi merangkumi 10 kategori termasuk kos sara hidup, perumahan, visa dan kediaman, pembangunan, penjagaan kesihatan, iklim, faedah istimewa dan tadbir urus.
Keputusan ini dibuat dengan menilai beberapa siri kriteria termasuklah kos sara hidup, pembelian dan pelaburan, penjagaan kesihatan, kesesuaian, faedah istimewa dan iklim. Ini adalah penilaian kualitatif berdasarkan data dunia sebenar yang dikumpul di lapangan.
Untuk makluman, International Living adalah penerbitan media cetak dan dalam talian yang menyediakan skop serta maklumat mengenai tempat terbaik di dunia untuk tinggal, bersara, mengembara dan melabur.
Pulau-pulau di Thailand pun memang cantik dan menenangkan kan? Maka, tidak hairanlah sekiranya negara ini tersenarai antara tempat terbaik untuk bersara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Umum mengetahui PKP 2.0 di sedang berjalan dibeberapa negeri setelah kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya di enam negeri zon merah untuk tempoh 14 hari mulai 3 hingga 26 Januari, 2021.
Namun, ada berita terbaru apabila dua dearah di Negeri Sembilan turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 1 Februari 2021. Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri selaku Menteri Kanan (Pertahanan), perintah ini dilaksanakan berikutan jumlah kes terbaharu Covid-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.
“Selain itu, kebanyakan mukim di Seremban juga adalah zon merah iaitu tujuh daripada sembilan mukim. Bilangan kes yang dilaporkan dalam masa 14 hari di tujuh mukim adalah dalam lingkungan 56 hingga 283 kes.
“Di Port Dickson pula, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak dalam tempoh 14 hari yang melibatkan beberapa kluster iaitu daripada 35 kepada 167 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, pelaksanaan PKP adalah bagi mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-dua daerah berkenaan.
Ramai yang bercita-cita menyambung pengajian ke luar negara. Ramai yang beri pendapat, bukan calang-calang ‘result’ kerana selain tempat terhad, kos pengajiannya juga tinggi. Ini bermakna, hanya mereka yang benar-benar bijak saja berpeluang ke sana.
Selain belajar, dapat juga tengok negara luar yang cukup indah. Ada salji yang menjadi impian ramai orang ingin merasai pengalaman tersebut. Masa yang sama, kita juga dapat belajar mengenai budaya negara, pergaulan berbeza dan banyak lagi.
Untung betul siapa yang dapat melanjutkan pelajaran diluar negara ini. Malah, pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara ini juga berjaya mengharumkan nama Malaysia di luar negara. Ini senarainya.
IRDINA SHAHRIMAN
Foto Via The Star
Pemegang Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik, Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat (AS) memperoleh keputusan 4 flat secara konsisten dari 2018 hingga 2021. Malah, dianugerahkan pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan atas pencapaian akademik tertingginya. Anak muda yang berasal dari Subang Jaya, Selangor, ini juga menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 mahasiswa di VT. Kini, Irdina sudah berada di Malaysia dan berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
MARYAM BALQIS ABDUL RASHID
Maryam Balqis memperoleh CGPA 4.0 malah amat cemerlang sepanjang pengajianya. Malah Maryam juga aktif dalam kajian dan kerja-kerja kebajikan
Bekerja sebagai Pengurus Projek di Arizona, AS, penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) ini pernah mengharumkan nama negara sekitar tahun 2019. Maryam Balqis meraih keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 di Arizona State University (ASU) dalam kursus pertama yang ditawarkan di universiti berkenaan iaitu program Sustainability.
DR FARAH SHAHEERA ROSLAN
Doktor muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, ini berjaya mencipta inovasi hijab pakai buang untuk petugas-petugas barisan hadapan di hospital yang beragama Islam di UK.
Pernah mendapat pendidikan di Kolej INTEC, Selangor dan International Medical University, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di University of Nottingham, United Kingdom (UK).
Kini beliau berkhidmat di Northampton General Hospital, sumbangannya ini bukan sahaja dicalonkan dalam British Muslim Award, malah, beliau turut mendapat pengiktirafan NHS Leadership Academy Award. Tidak terhenti setakat itu, usaha Farah Shaheera turut meraih pujian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
FAKHIRAH KHAIRUDDIN
Fakhirah kini merupakan lepasan Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of California (UC), San Diego, California dan telah dipilih oleh syarikat gergasi AS untuk bekerja sebagai pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di kilang Tesla sejak Julai lalu. Bidang tugasnya adalah untuk membimbing jurutera Tesla mengenai robotik FANUC serta Kuka. Beliau yang menetap di bandar Fremont, California, sebelum ini pernah berkhidmat di UC sebagai Jurutera Pembangunan Propulsi dan pernah menjadi Ketua Pasukan Penyelidik bagi Projek Hexacopter bersama UC.
LISA NUR MARINI MOHD KAMAL
Penerima biasiswa Petronas ini pernah mengharumkan nama negara apabila diberikan peluang untuk berucap di hadapan 7,000 warga University of Wisconsin-Madison, AS, sempena hari konvokesyennya di universiti berkenaan sekitar 2019. Walaupun dilahirkan di AS, Lisa Nur Marini dalam ucapannya memberitahu dia telah dibesarkan di Malaysia. Menerusi laman sesawang University of Wisconsin-Madison, Profesor Jabatan Geosains, Laurel Goodwin menceritakan Lisa memilih melanjutkan pengajian dalam analisis mikropro elektron yang sangat mencabar sehingga dianugerahkan Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah ‘On To the Future’ daripada Persatuan Geologi Amerika.
Bukan calang-calang insan yang mampu melepasi tahap kelayakan ketat yang ditetapkan. Tergolong dalam pelajar universiti ternama di dunia sememangnya menjadi impian pelajar cemerlang seluruh dunia untuk meneruskan pengajian di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kecoh di media sosial tentang laman sesawang pendaftaran vaksin yang tidak memuaskan dan tidak menepati standard, ramai individu yang cuba mendaftar mengalami masalah. Apatah lagi apabila memikirkan dana besar bernilai RM70 juta yang digunakan untuk membangunkan laman tersebut, seharusnya ia berfungsi dengan lebih baik.
Dalam satu hantaran di laman Instagram yang dikeluarkan oleh pejabat setiausaha agung MUDA menerusi kenyataan yang bertajuk Laman Sesawang Vaksin : Dedah Siapa Dapat Kontrak RM70 Juta.
“Menteri Penyelaras Imunisasi Vaksin Covid-19, YB Khairy Jamaluddin mesti menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat berkaitan laman sesawang pendaftaran vaksin.
“Selepas beberapa kali laman sesawang ini gagal menepati standard, serta gagal memudahkan rakyat mendaftar bagi mendapatkan vaksin, rakyat mula mempersoal beberapa masalah, antaranya, adalah menggunakan ‘cloudfare’ yang percuma.
“Ini menimbulkan banyak tandatanya kerana kos yang digunakan bagi membangunkan sistem serta laman seswang ini berjumlah hingga hampir RM70 juta. YB Khairy Jamaluddin mesti mendedahkan, siapakah yang mendapat kontrak bagi membangunkan laman sesawang ini. Rakyat Berhak tahu,” jelas Amir Abd Hadi yang merupakan setiausaha agung parti tersebut.
Selain itu, Presiden Parti MUDA Syed Saddiq, memuatnaik video TikTok yang mempersoalkan perkara ini. Dalam hantaran itu dia menulis, “Pergi ke internet nak daftar vaksin, registration tutup! Ini ke sistem RM70 juta yang rakyat bayar?”
*** Hari ini kes positif Covid-19 telah mencatatkan sebanyak 7478 kes, ia merupakan angka yang sangat membimbangkan. Kita jaga kita, pastikan anda semua kekal menjaga kesihatan diri dan penjarakan sosial. Kalau boleh kekal duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada keperluan yang mendesak. Menurut YB Khairy Jamaluddin, Julai nanti sebanyak 2 juta dos vaksin Pfizer akan tiba di Malaysia. Semoga kita menjadi sebahagian rakyat yang akan menerima dos tersebut nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!