Sekarang Malaysia berada di musim monsun tengkujuh.Tidak hairanlah boleh dikatakan cuaca agak tidak menentu ketika ini termasuk hujan turun secara tiba-tiba. Malah hari Jabatan Mateorologi meramalkan hujan serta ribut petir akan melanda di kebanyakan negeri dan orang ramai diminta berhati-hati khususnya di kawasan rendah mudah dinaiki air.
Dalam pada itu, bila sebut soal hujan, ramai yang akan mencari tempat teduh untuk berlindung. Kadang kita mendengar alasan akan sakit kepala atau alami demam selesema kalau terkena air hujan.
Benarkah air hujan penyebab penyakit. Dalam satu perkongsian oleh Dr Latif Saad dari page The Diagnosa, beliau berkongsi mengenai air hujan. Adakah benar terkena air hujan kita akan jatuh sakit?
Kitakan selalu dengar orang tua-tua cakap dimana jika seseorang itu main hujan, dia boleh terkena demam selesema. Oleh itu, adakah perkara ini benar?
Kajian berkenaan perkara ini telah dibuat di mana telah terbukti keadaan yang sejuk akan menyebabkan jumlah kes demam selesema meningkat dan perkara ini termasuk juga disebabkan pada waktu musim hujan.
Daripada kajian di Malaysia, demam selesema ini selalunya berlaku pada hujung tahun iaitu pada bulan Disember – Januari dan Mei -Julai. Jika keadaan pada ketika itu adalah musim hujan, maka akan lebih ramai orang yang akan mengalami demam selesema.
Bagaimana perkara ini berlaku?
Teori yang boleh diterima pakai bagi menjelaskan masalah ini adalah kerana sistem imun badan pada ketika itu kurang berfungsi disebabkan suhu yang rendah.
Apabila suhu menjadi rendah, badan secara automatiknya akan cuba mengekalkan suhu badannya pada tahap yang normal. Oleh itu, beberapa tindak balas akan berlaku untuk mengekalkan suhu dalam badan dan salah satunya adalah pengecutan saluran darah dibahagian yang terdedah dengan suhu yang sejuk.
Salah satu saluran darah yang akan mengecut adalah pada bahagian hidung. Ini akan menyebabkan hidung menjadi kering dan kurang menghasilkan hingus untuk menapis kuman yang akan masuk melalui lubang hidung.
Disebabkan itu, kuman lebih mudah menjangkiti badan melalui lubang hidung atau paru-paru dan menyebabkan pesakit mengalami demam dan selesema.
Jika di kawasan sejuk seperti Eropah, hujung tahun adalah waktu musim sejuk dan ini akan menyebabkan kes demam selesema meningkat. Bahkan kes jangkitan paru-paru juga akan meningkat pada akhir tahun. Ia mungkin disebabkan hidung tidak mampu menapis kuman yang berbahaya supaya ia tidak masuk terus ke dalam paru-paru.
Hasilnya, kes jangkitan paru-paru juga akan meningkat pada akhir tahun termasuk kes kematian disebabkan perkara ini dan kebanyakan disebabkan virus influenza.
Ada tak punca lain yang menyebabkan selesema setelah main hujan?
Terdapat satu punca lain yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami selesema sahaja tanpa mengalami demam.
Pesakit selalunya akan cepat mengalami selesema setelah main hujan ataupun berada dalam keadaan sejuk.
Pesakit ini juga akan mengalami simptom yang lain seperti hidung gatal, hidung tersumbat dan selalu bersin.
Jika semua simptom ini berlaku ketika mana pesakit baru lepas main hujan ataupun berada di dalam keadaan sejuk atau awal pagi, pesakit mungkin mengalami satu penyakit iaitu resdung ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai Allergic rhinitis.
Anda mungkin berminat dengan
Jadi jika seseorang itu mengalami selesema sahaja setelah main hujan, ia bermaksud pesakit tersebut mungkin mengalami resdung berbanding demam selesema biasa. Oleh itu, cara rawatan untuk mereka yang mengalami resdung ini adalah berbeza sedikit daripada mereka yang mengalami demam selesema.
Kesimpulan
Hujan bukanlah penyebab utama kepada demam selesema tetapi suhu yang sejuk tersebut. Jadi jika anak anda bermain hujan, pastikan dia mandi menggunakan air pada suhu biasa ataupun air suam selepas itu. Ini untuk membuatkan sistem imun pada kawasan hidungnya berfungsi seperti biasa dan boleh mengelakkan demam daripada berlaku.
Bagi mereka yang mengalami Resdung (allergic rhintis) pula, pesakit juga boleh cuba untuk mandi air suam selepas itu. Jika simptom masih ada, pesakit boleh menggunakan ubat anti-histamine seperti loratadine untuk mengurangkan masalah simptom resdung tersebut.
Rujukan:
Sam, I-Ching & Murad, Aizuri & Karunakaran, Rina & Rampal, Sanjay & Chan, Yoke-Fun & Nathan, Anna & Ariffin, Hany. (2010). Clinical features of Malaysian children hospitalized with community-acquired seasonal influenza. International journal of infectious diseases : IJID : official publication of the International Society for Infectious Diseases. 14 Suppl 3. e36-40. 10.1016/j.ijid.2009.10.005. Gambar: Klikdoktor.com/ Kalam Indah.com
∞
Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton sah akan menyertai Ferrari tahun depan, selepas Mercedes mengumumkan dia bakal meninggalkan pasukan akhir musim ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebastien Vettel Nekad Boikot Perlumbaan F1 Di Rusia, Tolak Misi Peperangan

“Sudah tiba masanya untuk saya mengambil langkah ini dan saya tidak sabar mengharungi cabaran baharu,” kata Hamilton.
Ferrari turut mengesahkan ketibaan pemandu British berusia 39 tahun itu, yang akan bergandingan dengan pemandunya sekarang, Charles Leclerc.

“Ferrari dengan sukacita mengumumkan yang Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada tahun 2025, untuk kontrak beberapa tahun,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.
Hamilton pernah berbincang dengan pasukan dari Itali itu untuk menyertai mereka pada tahun 2019.
“Lewis mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya yang diumumkan Ogos lalu dan musim ini akan menjadi tahun terakhirnya dia memandu untuk Silver Arrows,” kata Mercedes.

Hamilton menandatangani kontrak dua tahun untuk bersama Mercedes bagi musim 2024 dan 2025, tetapi perjanjian berkenaan mempunyai klausa yang membolehkannya berpindah selepas semusim.
Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada tahun 2020 dan terlepas gelaran pada tahun berikutnya secara kontroversi kepada Max Verstappen, yang 13 tahun lebih muda daripadanya.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
∞
Bila hari raya ramai risau nak tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang agak lama. Dah banyak jenayah berlaku yang selalu kita dengar, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.
Nak balik kampung pun rasa tak senang hati. Kalau nak harapkan jiran tetangga pun tak boleh juga, ya la mereka pun ada yang beraya di luar daerah. Jadi, serahkan saja keselamatan kawasan perumahan korang tu pada pihak yang bertanggungjawab.
Sekarang ni dah mudah, dengan adanya aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) korang boleh mengisi borang maklum balas balik kampung menerusi apps ini dengan mudah dan pantas.
Setiap maklum balas akan diterima dan pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen tugasan seperti URB dan MPV.
Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah korang telah dilawati dan dipantau.
Korang boleh download melalui Google Playstore dan apps store bagi pengguna iPhone, tapi korang kena daftar terlebih dahulu sebagai ahli VSP.



Rasa lega sikit kan bila ada pihak berkuasa mengawasi tempat tinggal kita sepanjang tempoh balik kampung. Walau bagaimanapun, korang tetap perlu pasti kan keselamatan rumah korang terjaga.
Kalau boleh, kunci semua pintu dan pagar rumah dengan mangga kunci dan tutup tingkap jangan biarkan terbuka kerana ia boleh mengundang penjenayah untuk menyelinap masuk ke rumah.
Walaupun rumah dah diawasi oleh pihak polis, tapi janganlah pula korang ambil lewa dengan perkara-perkara keselamatan ini. Keselamatan rumah tetap jadi tanggungjawab utama korang.
Sumber: Polis Johor
∞
Bila syarikat penerbangan AirAsia buat promosi, maka ramailah diantara kita yang sanggup berjaga malam gara-gara ingin mendapatkan tiket murah. Mana tidaknya, harga yang ditawarkan pada waktu promosi ni boleh dikatakan ‘gila’ jugalah.
Baru-baru ini AirAsia buat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila menawarkan harga tidak masuk akal, bermula 29 Februari lalu sehingga 7 Mac 2020 nanti, AirAsia menawarkan pas penerbangan tanpa had selama setahun berharga RM499 untuk semua ahli BIG AirAsia di seluruh negara.

Syarikat penerbangan tambang murah itu menawarkan pas penerbangan tersebut untuk ke negara seperti Australia, Jepun, Korea, China dan India.
Dengan pas berkenaan, korang boleh melakukan penerbangan bermula hari ini (2 Mac 2020) hingga 2 Mac 2021 kelak.
Tetapi perlu diingatkan bahawa penerbangan perlu ditempah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pelepasan.

Memandangkan tempoh perjalanan bagi pemegang pas tanpa had itu meliputi tempoh setahun, anda mempunyai pilihan untuk membuat tempahan pada bila-bila masa sahaja dan boleh memilih untuk menerokai destinasi sedia ada atau kembali ke destinasi kegemaran berulang kali pada musim yang berbeza.
Bagi membeli pas penerbangan tanpa had itu, korang boleh dapatkannya di laman airasia.com/deals ataupun dalam aplikasi mudah alih AirAsia.
Amacam guys? Berani ke nak travel time-time macam ni? Apa pun, tepuk dada tanya selera. Tidak kiralah korang berada di mana sahaja, semoga kita semua dilindungi daripada segala penyakit yang memudaratkan.
Semua pilihan di tangan korang!
Sumber: Newsroom AirAsia
∞