Ini yang berlaku di negara jiran kita, apabila Lembaga Narkotik Thailand akan mengeluarkan ganja daripada senarai dadah dan membenarkan orang ramai untuk menanam tumbahan itu di rumah bagi kegunaan sendiri.
Menurut laporan Reuters, sebelum ini Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang meluluskan ganja pada tahun 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.
Kini, orang ramai boleh menanam tanaman ganja di rumah tetapi ganja berkenaan tidak boleh digunakan untuk tujuan komersil tanpa lesen lanjut. Peraturan ini perlu diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi dan perlu menunggu selama 120 hari sebelum tumbuhan ganja di rumah menjadi sah.
Ads
Kementerian Kesihatan Thailand akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada parlimen yang menyediakan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan komersilnya.
Namun begitu, ganja yang ditanam sendiri perlu digunakan untuk tujuan perubatan seperti ubat herba tradisional. Kesalahan menanam ganja tanpa makluman kepada kerajaan akan dikenakan hukuman denda sehingga 20,000 baht dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht atau tiga tahun penjara; atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menjual tanpa lesen.
Harapnya kebenaran ini tidak disalah guna dan dapat memberikan manfaat dalam dunia perubatan di Thailand. Ramai juga yang tertanya-tanya Malaysia bila lagi?
Membaca kisah-kisah ditipu scammer membuatkan kita begitu berhati-hati mengangkat sebarang panggilan nombor khususnya yang tertera kod 03. Ini kerana tersebar meluas di media sosial bahawa scammer menggunakan nombor kod negeri khususnya 03 (bagi Kuala Lumpur) untuk menipu mangsanya.
Bimbang ditipu, adakalanya kita mengabaikan saja nombor-nombor tertera di telefon bimbit kerana tak mahu tersalah langkah. Namun begitu bukan semua nombor boleh diabaikan terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya nombor 03-9833400 kerana ia adalah nombor tulen dari pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk permohonan i-Akaun yang telah anda lakukan menerusi akaun 2 yang dibenarkan oleh pihak kerajaan ketika wabak COVID-19 melanda dunia dan memberi kesan ekonomi kepada semua pihak.
Dalam kenyataan di laman web rasmi KWSP, pihak KWSP memaklumkan bagi mana-mana permohonan i-Lestari yang sudah dibuat melalui emel sebelum ini, pihak mereka akan menyusul dengan satu panggilan rasmi untuk memberikan no TAC dari talian sehala mereka iaitu 03-89224000.
Satu nota penting, JANGAN HUBUNGI nombor 03-89224000 kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja.
Malah pihak KWSP juga memaklumkan, nombor ini adalah tulen dan agen KWSP akan memperkenalkan diri sebelum perbualan dimulakan.
Talian ini beroperasi 7 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 7 malam.
Jadi jangan call ya untuk bertanya permohonan korang dan diproses atau belum kerana pihak KWSP yang akan buat panggilan kepada korang semua.
Dikatakan lagi, pihak KWSP memerlukan masa di antara 5-10 hari bekerja untuk memproses permohonan sebanyak 1.2 juta yang dibuat oleh pencarum untuk pengeluaran RM500 sebulan yang dibenarkan oleh kerajaan selama setahun.
Dalam satu kenyataan pula, pihak KWSP memaklumkan bagi permohonan i-Lestari online, pemohon boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) dalam 5 hari bekerja. Manakala permohonan yang dibuat secara manual, ahli akan meneria SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.
Namun katakanlah korang terlepas panggilan Miss Call, janganlah terus stres sebab pengesahan ini boleh dilakukan menerusi emel saja nanti.
Bagi yang nak memohon tu, sila bersabar ya sebab memang banyak permohonan dan pihak KWSP sedang berusaha membantu kita semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tasik Chini merupakan tasik kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera yang terletak di negeri Pahang. Tasik ini merupakan antara dua kawasan di Malaysia diberikan pengiktirafan Rizab Biosfera UNESCO dalam rancangan Manusia dan Biosfera anjuran pertubuhan tersebut selain Banjaran Crocker di Sabah.
Walau bagaimanapun, status rizab biosfere Tasik Chini daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) kini dalam penelitian dan penemuan awalnya tidaklah menggalakkan.
Menurut tinjauan berkala pertama Unesco mengenai Tasik Chini, tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR).
Dalam laporan tersebut menjelaskan kawasan hutan yang baru dibersihkan dengan penukaran tanah yang intensif berlaku, selain mengesan pembukaan semula lombong lama di lokasi sekitarnya. Setahun selepas rizab biosfera ditetapkan, beberapa bekas tapak perlombongan yang terletak di titik kecerunan tinggi (Bukit Ketaya dan Bukit Chini) dibuka semula dan berkembang mengakibatkan kesan buruk alam sekitar seperti pemendapan, kemerosotan kualiti air dan kemerosotan tebing sungai.
Satu lagi punca utama kerosakan alam sekitar ialah penukaran guna tanah daripada ladang getah dan kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit. Sebahagian daripada pengembangan ini berlaku dalam kawasan teras utama.
Menurut laporan, aktiviti pengembangan pesat di Tasik Chini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada biodiversiti serantau tetapi juga kepada ekonomi tempatan. Aktiviti sara hidup tradisional orang asli tempatan (suku Jakun) yang bergantung kepada sumber hutan terhalang, dan trend peningkatan pelancong yang melawat dan menangkap ikan di tasik semula jadi telah berubah akibat penebangan hutan.
Namun begitu, pihak berkuasa Malaysia telah diminta mengemukakan pelan terperinci mengenai Rizab Biosfera Tasik Chini menjelang 30 Sept tahun ini. Menurut pakar Program MAB Unesco berpendapat, status Tasik Chini sebagai rizab biosfera tidak berisiko dibatalkan pada ketika ini.
Diharap agar pihak berkuasa memandang serius isu ini dan mempertingkatkan lagi kawalan agar Tasik Chini di dalam pemuliharaan yang baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif COVID-19 di negara kita nampaknya masih belum surut kerana hari demi hari, kes makin bertambah dan tidak menampakkan pengurangan. Justeru itu, masyarakat dinasihatkan untuk tidak keluar rumah sekiranya tiada perkara penting yang perlu dilakukan.
Ini kerana semakin banyak premis perniagaan dilapor mengumumkan penutupan sementara bagi proses sanitasi akibat jangkitan COVID-19 dikalangan pekerja atau pelanggan. Hal ini yang paling merisaukan kita, sekiranya pernah berkunjung ke lokasi-lokasi terbabit.
Foto: Unsplash.com (Gambar hiasan)
Menurut Malaysiakini, sepanjang dua minggu yang lalu, ada beberapa pasar raya dan pasar di seluruh negara menghadapi masalah yang sama dan berikut adalah senarai premis yang dilaporkan ditutup sementara untuk pembasmian kuman selepas terdedah dengan virus COVID-19.
1. Pasar Besar Klang, Selangor (17 Disember)
Ditutup untuk pembasmian kuman dan pengesanan kontak setelah 14 penjual ikan diuji positif COVID-19. Kes-kes tersebut adalah sebahagian daripada kluster Pasar Baru yang mempunyai 364 kes pada 29 Disember 2020.
2. Pasar Awam Larkin, Johor (17 Disember)
Pasar ini juga diarahkan tutup sementara untuk kerja pembasmian kuman setelah terdapat pekerja yang didapati positif COVID-19.
Kredit foto: The Star (Gambar hiasan)
3. Econsave, Forest Heights, Seremban (20 Disember)
Kes dikesan berlaku dikalangan kakitangan dan ia turut dikaitkan dengan kluster Persiaran Heights yang mempunyai 77 kes pada 29 Disember.
4. Jaya Grocer, Glo Damansara, Selangor (24 Disember)
Pasar Raya ini turut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembasmian kuman setelah seorang pekerjanya disahkan positif COVID-19. Individu tersebut terakhir berada di premis pada 18 Disember. Semua kakitangan lain di cawangan tersebut telah menjalani ujian swab.
5. Pasar Bangsar oleh Jaya Grocer, KL Eco City (27 Disember)
Menurut notis pasar raya tersebut, perniagaan mereka ditutup sementara waktu selepas kes COVID-19 dikesan. Namun, wakil KL Eco City Mall mengesahkan perkara berkenaan dan memberi jaminan bahawa pusat membeli-belah itu telah dibasmi kuman sepenuhnya.
6. Pasar Awam Banting, Selangor (27 Disember)
Pasar ini ditutup untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan mengesan kontak sehingga 7 Januari setelah 25 kes didapati berkaitan dengan tempat ini. Pengarah Kesihatan Selangor turut menyatakan bahawa seramai 43 kenalan rapat individu yang dijangkiti telah diuji, sementara 1010 peniaga akan diperiksa.
7. Pasar Payang, Kuala Terengganu (28 Disember)
Tiga pelawat di pasar tersebut telah didapati positif COVID-19. Walau bagaimanapun, 126 peniaga yang disaring didapati negatif.
8. Jaya Grocer, Quayside Mall, Kota Kemuning (29 Disember)
Seorang pekerja didapati positif COVID-19 dan individu itu terakhir berada di pasar raya berkenaan pada 27 Disember 2020.
Foto: Unsplash.com (Gambar hiasan)
9. Pasar Taman Johor Jaya, Johor (29 Disember)
Pasar ini ditutup untuk kerja-kerja sanitasi selama seminggu bermula 29 Disember setelah seorang penjual ikan didapati positif COVID-19.
10. Mydin Mall, USJ 1, Selangor (29 Disember)
Setelah Mydin melakukan ujian saringan besar-besaran ke atas semua pekerja mereka di seluruh negara, beberapa pekerjanya didapati positif COVID-19.
Bila dengar kes-kes seperti ini memang seram dibuatnya. Mana tidaknya, ia merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk pergi membeli-belah. Jadi, untuk keselamatan diri sendiri, elakkan berada di luar sekiranya tidak mempunyai urusan yang penting.
Jika perlu keluar, pastikan mengikut SOP yang ditetapkan dan setibanya di rumah, teruslah membersihkan diri.