Sesi sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah menarik perhatian pada pelajar di institut pengajian tinggi terutamanya mereka yang sedang menjalani latihan industri ataupun internship.
Dalam kenyataan yang disiarkan semalam, beliau memaklumkan bahawa pihaknya telahpun menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan mendapat maklumat bahawa pelajar yang sedang mengikuti latihan industri tidak lagi di bawah tanggungjawab KPT.
Sebaliknya, tanggungjawab pelajar telah jatuh di bawah tanggungan majikan yang mengambil mereka untuk berkhidmat sebagai pelajar pelatih (intern). Ini bermakna, kuasa perlepasan cuti pelajar pelatih kini terletak pada majikan.
Ads
“Memandangkan keadaan kini (situasi pandemik) kurang selamat, maka mereka dibenarkan untuk bercuti dan tidak berada di pejabat kerana mereka bukanlah pekerja tetap. Perlepasan ini harus diberikan kepada mereka sehingga keadaan kembali pulih,” tambah beliau.
Justeru, majikan mempunyai pilihan untuk melepaskan pelajar pelatih untuk bekerja dari rumah (WFH) seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak majikan sekarang. Ataupun mereka boleh memberikan perlepasan cuti terus kepada mereka.
Cadangan ini bagaimanapun rata-rata dibantah oleh pelajar pelatih di media sosial selepas sidang media itu dibuat.
Mereka merasakan bahawa cadangan ini akan menjurus kepada anjakan semester sekiranya mereka diminta bercuti. Malah ada juga pelajar yang hampir menamatkan sesi latihan mereka.
Bagi yang diminta untuk bekerja dari rumah pula, mereka bingung mengenai inti pati laporan yang tidak berisi memandangkan persekitaran kerja sebagai pelajar pelatih terletak di pejabat.
Secara peribadinya, REMAJA memahami mengapa cadangan ini disampaikan oleh pihak kementerian. Mereka enggan mengambil risiko ke atas para pelajar yang terpaksa pergi ke pejabat pada setiap hari.
Pelajar pelatih wajar diberikan ruang untuk bekerja dari rumah (WFH) dan tidak perlu dilepaskan untuk bercuti. Ini kerana situasi semasa dalam persekitaran bekerja di Malaysia sekarang pun memang mengaplikasikan konsep WFH ini.
Mengenai intipati laporan yang harus disediakan oleh pelajar, seharusnya majikan menentukannya sendiri berdasarkan keperluan.
Apa pendapat korang? Setuju atau tak apabila pelajar pelatih diberikan cuti?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam tak percaya pula bila pelakon terkenal Hollywood seperti Ben Affleck (Justice League), Garrett Hedlund (TRON Legacy) dan Charlie Hunnam (King Arthur) berdiri di hadapan kami semua, baru-baru ini.
Kemunculan tiga pelakon kacak dan berbakat itu di samping Charles Roven (penerbit) adalah sempena kemunculan filem terbitan Netflix terbaru, Triple Frontier.
(Dari kiri): Charles Roven, Ben Affleck, Charlie Hunnam dan Garrett Hedlund.
Triple Frontier yang mula ditayangkan HARI INI menceritakan mengenai bagaimana lima orang bekas pengawai operasi Special Forces bergabung kembali untuk merancang rompakan di sempadan Amerika Selatan.
Jika dulu mereka berkhidmat untuk negara, kali ini mereka lakukannya untuk diri sendiri. Dan sepanjang filem tersebut, mereka bergelut dengan skil ketahanan diri, kesetiaan kepada kawan dan untuk kekal hidup.
* * * * *
Bukan senang nak kumpulkan para pelakon popular seperti ini dalam satu filem aksi.
Ben Affleck berkata, pengaruh hebat pengarah J.C Chandor dan barisan mantap pelakon membuatkannya tak mampu menolak tawaran tersebut.
Ben Affleck
“Anggota tentera yang berkhidmat untuk negara mereka berdekad lamanya sebenarnya mempunyai kehidupan normal juga. Dan apabila karakter ‘baik’ ini terlibat dalam misi rompakan harta gangster dadah, ia membuatkan saya lebih tertarik dengan Triple Frontier,” kata pemenang anugerah Oscar itu.
Garrett dan Charlie Diambil Kerana Kelihatan Seperti Kembar?
Sama ke muka Sam Flynn dan King Arthur berdua? Hehe..
Garrett Hedlund
Kata Garrett Hedlund, “J.C (pengarah) pada masa itu sedang mencari watak adik saya dan mungkin kerana kami kelihatan seiras, kami berdua diambil berlakon. J.C tidak mengetahui yang saya dan Garrett sebenarnya sudah berkawan baik selama 15 tahun dan itu sedikit sebanyak membantu kami menjayakan watak masing-masing.
“Skrip Triple Frontier yang mencabar kami untuk menceritakan integriti watak sebenar. Selalu filem melibatkan tentera ini hanya menceritakan isu post-traumatic disorder dan aksi lasak. Tetapi apa yang Triple Frontier lakukan adalah menayangkan kepayahan anggota keselamatan seimbangkan kehidupan harian dengan tugas mereka.”
Charlie Hunnam
Tambah Charlie pula, “Jabatan special operation juga tak selalu ditayangkan di dalam filem secara realistik. Kami pelajari cara mereka bergerak, teknik menembak dan emosi sebenar semasa berkhidmat. Dalam satu babak, kami juga perlu berenang dengan keldai di tengah kolam renang Olimpik.
“Lokasi filem ini juga menjadikannya menarik. Kami pergi ke Hawaii, Nevada, utara California dan Colombia. Beberapa lokasi tersebut juga mempunyai altitud tinggi dan ia sangat mencabar keadaan kesihatan kami,” katanya semasa bertemu dengan peminat dalam sesi Meet & Greet.
Macam best je!
Ini trailer Triple Frontier, jangan lupa tonton lepas balik rumah malam ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu anak muda khususnya golongan remaja yang juga pewaris pemimpin masa depan sememangnya tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak. Kita mungkin hanya mampu menggeleng, mengutuk, mungkin menghina tanpa ambil tahu masalah mereka hadapi.
Dalam situasi ekonomi hari ini, ada sebahagian mak ayah yang perlu bekerja hingga jauh malam demi mencukupkan keperluan anak-anak tanpa penyedari berlakunya pengabaian tanpa sedar. Pendekatan yang diambil oleh Ustaz Ebit Lew yang menjalankan dakwah dan mengupas kehidupan remaja yang memerlukan perhatian ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Ya kita sebagai masyarakat perlu mendekati mereka dengan memberi kasih sayang seterusnya menerbitkan rasa insaf di hati para remaja ini. Baca perkongsiannya bagaimana dia mendekati anak remaja dalam setiap kerja dakwah dilakukannya. Baca catatannya seperti ditulisnya di facebooknya.
Sebak rasa, selalu menangis kerana anak remaja ini semua baik-baik..
1 pagi saya berjalan. Jumpa macam-macam anak remaja. Ada yang tidur dekat jambatan. Ada yang dah 6 bulan tak balik rumah. Lari rumah, hilang dah lama. Lumba motor, mat rempit, kelab malam atau apa sahaja masyarakat panggil. Tapi nak tahu tak satu perkara.
Saya yakin sejuta peratus takde remaja tak boleh jadi baik dengan izin Allah. Mereka semua baik-baik. Walau zahir mereka kadang-kadang ramai orang takut. Dan jika tak kena gaya tegur memang jadi gaduh dan kecoh. Walau rambut mereka warna hijau, perang, berantai, berpin hidung telinga dan macam-macam lagi..
Bila ajak makan dan solat. Mereka baik sangat. 2 pagi menangis solat dekat hotel dengan saya. Tanya soalan agama. Mereka cerita kisah hidup mereka. Buat saya sebak. Yakinlah saya disebalik mereka ada doa mak ayah dan doa orang terdahulu. Allah sayang mereka. Allah gerakkan saya tengah malam cari mereka dan tinggalkan keluarga kerana Allah sayang mereka..mereka mulia dan baik.
Dari kecil saya tak nampak remaja tak boleh jadi baik. Orang tua pun sama. Sebab dari umur saya 12 tahun saya dakwah semua remaja yang kena gantung sekolah. Pelajar bermasalah. Dan juga pelajar yang baik tapi malas solat dan leka dunia jer..setakat ini tidak ada pelajar tak boleh jadi baik..setiap minggu saya akan ke kampung asli atau kerja dakwah dan beri khidmat remaja rempit,lorong-lorong,hospital,masjid,pintu ke pintu dan merata negeri dan negara..
Anak-anak remaja ini mungkin datang dengan seribu masalah namun mereka tidak harus dipinggirkan
Masa tu banyak tentangan. Dari semua pihak..semuanya proses belajar iman..syukur pada Allah..
Saya buat kursus training motivasi untuk orang tua pun mereka 2pagi ketuk pintu bilik saya. Baru mereka sedar mereka bertuah ada isteri yang baik. Baru mereka sedar nikmat memiliki keluarga..
Tahu tak apa proses ilmu itu. Ialah ilmu praktikal. Sekarang Alhamdulillah banyak sekolah dan madrasah dibina. Syukur pada Allah. Tetapi apa yang kurang ialah proses mengamalkan ilmu dan suasana yang baik. Mereka terperap dan otak mereka jadi ulat buku dan akhirnya ramai cuma ada jawatan tapi tak reti nak pimpin keluarga pun. Dah tua-tua nak ajak keluarga baca Al-Quran dan hadis pun tak reti..sedihkan…nak beri salam dan senyum pun tak pandai. Bila kerja tak amanah dan rasuah. Tipu masa dan tak jaga masa.
Seseorang itu boleh menjadi soleh jika dia berkongsi melalui dakwah dan kerja khidmat masyarakat. Kena turun padang. Bukan cakap-cakap tapi kaki kena jalan jumpa manusia..
Saya ada bawa anak-anak saya pusing pasar malam bagi makan pada orang minta sedekah di stesen minyak,di pasar malam,dan orang susah. Bila mereka besar sedikit saya nak bawa mereka berdakwah dan khidmat masyarakat di kampung asli. Biar mereka susah hidup..supaya boleh menjadi hamba Allah yang baik dan ada fikir untuk menjadi duta Islam..
Ebit Lew berdakwah di jalanan dengan mendekati remaja yang sering berkeliaran di waktu tengah malam
Dari saya umur 12 tahun. Saya lihat tidak ada remaja tak boleh jadi baik. Selepas kita bawa anak remaja yang bermasalah kepada ilmu praktikal. Cakap iman,solat berjemaah, tahajud, makan cara sunnah, tidur dengan sunnah, belajar ilmu terus kongsi dengan orang lain. Dilatih dengan cakap iman dan berdakwah. Juga belajar masak,belajar sabar. Belajar menyambut orang yang nak masuk Islam. Sambut orang datang masjid. Sabar bila orang marah. Cakap dengan kasih sayang. Belajar mendengar dengan baik..belajar tawan hati orang lain. Belajar hargai orang. Belajar menangis pada Allah..
Kita kena kejar habiskan sukatan pelajaran. Bukan proses mengamalkan ilmu itu. Ilmu itu bukan sekadar hafalan atau peperiksaan tetapi ilmu itu ialah yang menyerap ke dalam hati yang membentuk akhlak yang mulia..
Pergi kampung asli pedalaman setiap kali itu saya berdoa..ya Allah beri mereka hidayah. Mereka semua baik-baik. Kita jamu mereka makan. Masak untuk mereka 3 hari 3malam…
Saya fikirkan sepatutnya begitulah yang patut diterapkan di semua sekolah menengah dan universiti. Anak sekolah rendah juga sepatutnya diberi masa dididik akhlak mereka. Lebih kepada praktikal kehidupan menjadi manusia yang baik..
Mungkinkah semua ini berlaku? Saya berdoa supaya modul-modul yang saya cuba terapkan ini benar-benar dapat dipraktikan di semua sekolah kebangsaan atau swasta. Dapat TOT kan semua guru-guru dan pendidik termasuk mak ayah. Jom kita ubah. Mulakan dengan amalan Talim rumah masing-masing oleh ketua keluarga asas utama. Sebagai asas bahagia sebuah keluarga..
Saya telah cadangkan di beberapa ksu kementerian. Semoga satu masa nanti dapat dilaksanakan. Kita belajar praktikal. Bukan lagi cakap-cakap. Doakan yer walau apapun saya akan terus buat walau secara kecil-kecilan. Semoga Allah berkatkan umur kita semua untuk memimpin anak-anak remaja kita. InsyaAllah doakan-ebitlew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal, Mino daripada kumpulan WINNER meraih perhatian selepas dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dengan penangguhan selama dua tahun oleh Mahkamah Daerah Barat Seoul atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Ketenteraan.
Menurut Mahkamah Daerah Barat Seoul dalam satu kenyataan, Mino atau nama sebenarnya Song Minho (33) didapati bersalah kerana berulang kali tidak hadir ke tempat bertugas tanpa kebenaran ketika menjalani perkhidmatan sosial alternatif dari Mac 2023 hingga Disember 2024.
“Perkhidmatan ketenteraan merupakan kewajipan yang diperlukan demi kewujudan dan keselamatan negara serta perlu dilaksanakan dengan penuh amanah. Pekerja perkhidmatan sosial juga tidak terkecuali,” kata mahkamah ketika menjelaskan keputusan tersebut.
Dalam prosiding berkenaan, pihak pendakwaan sebelum ini memohon hukuman penjara selama 18 bulan terhadap Mino, namun mahkamah mengambil kira pengakuannya terhadap pertuduhan selain penyesalan yang ditunjukkan sepanjang prosiding.
Selain itu, Mino dilaporkan tidak hadir bertugas selama lebih 100 hari secara tidak berturut-turut ketika ditempatkan sebagai pekerja perkhidmatan sosial di sebuah agensi pengurusan kemudahan awam di Seoul.
Dalam pada itu, mahkamah turut mengambil kira keadaan kesihatan penyanyi berkenaan yang didakwa memberi kesan terhadap keupayaannya melaksanakan tanggungjawab tersebut, selain ikrarnya untuk menyelesaikan baki tempoh perkhidmatan yang masih diperlukan.
Sementara itu, seorang penyelia yang hanya dikenali sebagai Lee dan bertanggungjawab mengawasi perkhidmatan Mino turut didakwa dalam kes sama sebelum dijatuhi hukuman penjara 10 bulan yang turut ditangguhkan selama dua tahun.
Mino yang hadir ke mahkamah bagi prosiding hukuman turut memohon maaf kepada mereka yang menyokongnya dan menyatakan bahawa beliau menyesali tindakannya. Selepas keputusan diumumkan, dia berkata akan menerima keputusan mahkamah dengan rendah hati, namun tidak memberikan jawapan ketika ditanya sama ada akan menyambung semula perkhidmatannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!