Selepas Shaza Bae dan Ash Azhan, seorang lagi finalis Dewi Remaja 2019 Dian Fernandez bakal bergelar sebagai hos rancangan Hlive. Tidak dinafikan Dewi Remaja merupakan platform untuk gadis ini mengetengahkan dan mengasah bakat seni yang dimiliki.

BACA: Terima Pelbagai Tawaran Selepas Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Kini Hos Hlive!

“Saya sangat bersyukur kerana berjaya menempatkan diri dalam pencarian Dewi Remaja 2019. Sewaktu dalam program tersebut, kami dijaga oleh seorang pelatih praktikal yang kini bekerja di Astro. Dia yang menghantar mesej kepada saya memberitahu bahawa Hlive kini sedang membuat close casting untuk mencari hos baharu,”

Teruja Digandingkan Bersama Rakan Dewi, Dian Fernandez Kini Hos Rancangan Hlive

“Tidak dinafikan ramai personaliti-personaliti popular yang menghadiri sesi close casting itu. Pada mulanya saya agak gementar jika ingin dibandingkan dengan mereka, namun rezeki sudah tertulis dan akhirnya saya bersama dua lagi hos baharu bakal beraksi untuk program Hlive ini,” jelas Dian.

Selepas tamat program Dewi Remaja, Dian bekerja sebagai content creator di salah sebuah syarikat korporat, selain menerima beberapa job untuk berlakon. Kini, anak kelahiran Kuala Lumpur ini ingin memberi fokus dalam bidang pengacaraan dan berharap agar dapat memberikan yang terbaik untuk program Hlive nanti.

IKLAN

“Alhamdulillah saya baharu selesai merakamkan episod pertama Hlive bersama Adriana Adnan. Mula-mula memang saya sangat gementar dan ada sedikit fumble, tetapi Adriana memang terbaik kerana dia banyak mengajar dan memberikan tip untuk saya lebih yakin dan memudahkan kerja pengacaraan,”

Teruja Digandingkan Bersama Rakan Dewi, Dian Fernandez Kini Hos Rancangan Hlive

“Di rumah juga saya turut membuat sedikit homework, dimana saya melihat semula tugasan hosting ketika di Dewi Remaja dahulu. Untuk task pertama pengacaraan, saya diberi tanggungjawab mengacarakan Gegar Vaganza secara langsung. Jadi, dari situ saya banyak lihat semula cara saya bercakap dan sedikit demi sedikit cuba perbaiki untuk menjadi lebih baik,” tambahnya lagi.

BACA: Shaza Bae Kongsi Pengalaman Bertugas Di HLive Dalam Tempoh PKP

IKLAN

Dian juga bakal ‘bertemu’ kembali dengan rakan-rakan seperjuangannya di Dewi Remaja, iaitu Shaza Bae dan Ash Azhan. Ditanya apakah perasaannya dapat bergandingan bersama ‘Dewi Sisters’, ini jawapan yang diberikan kepada Remaja.

Teruja Digandingkan Bersama Rakan Dewi, Dian Fernandez Kini Hos Rancangan Hlive

“Sudah tentu saya excited nak bertemu kembali dengan rakan-rakan Dewi. Episod seterusnya insyaAllah saya akan digandingkan dengan Ash. Saya sangat teruja kerana sememangnya kami berdua rapat dan untuk bergandingan bersama, saya yakin vibe yang kami ada akan membuatkan kami lebih mudah untuk bekerja,”

IKLAN

“Apa-apa pun saya berharap agar dapat memberikan yang terbaik dan selepas ini saya juga ingin mengembangkan sayap untuk mencuba berlakon filem pula,” jelasnya.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Dian dan semoga perjalanan kariernya dalam bidang hiburan semakin berkembang dan mampu menapak dengan lebih jauh lagi.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI