Pelakon dan finalis Dewi Remaja 2014/2015, Puteri Aishah baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Firdaus,28, pada 21 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat, pasangan sama cantik dan sama padan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah dan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Sulaiman Abd. Rahman.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, antara yang menjadi tumpuan semestinya rekaan busana pengantin. Pelakon filem Pulang yang berusia 27 tahun ini dan suaminya memilih untuk menggayakan busana rekaan jenama fesyen lokal tersohor, Rizman Ruzaini.
Puteri kelihatan tampil mempesona, regal dan mewah dalam tiga helai busana berkonsepkan tradisi dan moden yang diolah dengan penuh eksklusif. Setiap satu busana terletak cantik ditubuhnya yang ramping
Busana pertama adalah helaian baju kurung moden rona putih untuk majlis akad nikah. Rekaan pada bahagian leher dan badan secara keseluruhannya dibiarkan polos dan perincian diberikan pada hujung lengan dan labuh baju dengan sulaman manik dan jemeki berona merah jambu lembut. Bahagian kain pula diberikan nuansa lebih dramatik menerusi kemasan lisu (pleated).
Untuk busana kedua pula Puteri menggayakan rekaan baju kebaya songket yang diberi sentuhan penuh kemewahan. Penampilannya dalam kebaya songket rona gangsa berlatar biru sarat perincian ini diserikan lagi dengan pemakaian cucuk sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya keseluruhan.
Untuk majlis resepsi pula, Puteri tampil layaknya sebagai seorang ratu sehari. Dia memilih rekaan gaun potongan duyung rona putih bersih. Busana ini menjadi lebih mewah dengan perincian sulaman memenuhi bahagian pinggang sehinggalah ke labuh kain. Menariknya puteri tidak mengenakan sebarang tiara tetapi memilih menggayakannya dengan layah labuh meleret.
Ads
Jadi mana satu pilihan busana perkahwinan Puteri Aishah yang anda sukai. As for us, we love all of her dresses! Memang sesuai dengan personaliti dan kecantikan yang dimilikinya.
Selamat pengantin baru REMAJA ucapkan kepada Puteri Aishah dan suami.
++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Maskara sememangnya wajib untuk pencinta mekap. Tanpa maskara solekan mata boleh jadi tenggelam dan tidak naik seri. Malah dengan sapuan berus maskara boleh memberi rasa ‘hidup’ pada mata yang lesu. Jadi memang patutlah maskara sering menjadi perhatian pada penggemar produk solekan.
Perkongsian dari salah seorang pengguna di laman sosial Izzaty H. Jamal memberikan secara detail penerangan setiap maskara yang sesuai dan boleh melentikkan mata tanpa perlu lagi memakai bulu mata palsu.
Menurutnya ada pelbagai jenis maskara yang banyak dijual di pasaran. Malah setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri.
Ayuh ikuti perkongsiannya yang dimuat turut di laman sosial facebook.
‘MASCARA’
Salah satu alat make up yang penting untuk kaum wanita. Kalau korang perasan, mascara ni banyak jenis & setiap jenis brush / wand mascara memainkan peranan yang penting untuk melentikkan bulu mata korang.
Yela, tak ada orang yang gigih sangat nak pakai bulu mata palsu 24jam kan?
So lepas ni dah tau function setiap wand, boleh la korang melaram dengan bulu mata lentik
Menambahkan volume pada bulu mata. Bukan volume radio mahupun volume tv. Tapi volume bulu mata engko tu ha. Biar bulu mata nampak lebih lebat & mencanak naik ke atas atap Cik Milah
** essence tu best tau! Yang color pink tu. Tapi susah sikit nak remove. Harga dalam rm15++ gitu je. Memang betul melentikkan & tambah volume
2. Skinny Wand:
Wand jenis halus dan kecil.
Sesuai untuk :
Menambahkan kepanjangan bulu mata. Sesuai juga untuk lower lashes. Jangan ingat kecik kecik cili padi tak power. Power babe
** Innisfree tu dalam rm30++ tapi ada jugak yang sama mcm tu brand Heng Fang. Jangan tertukar pulak nanti. Eye opener tu mascara paling kecik yang ada kat Drugstore. Ke ada yang lain korang pernah try?
3. Curved Wand:
Wand jenis melingkau lingkau ataupun berbentuk curvy ala pinggang Saloma
Sesuai untuk :
Curl kan bulu mata. Sebab tu jenis dia melingkau lingkau macam ulau kena palu.
** ada orang cakap Maybelline ni susah nak remove. Korang beli la make up remover berbasekan oil okay. Pastu remove guna cotton bud
4. Ball Tipped Wand:
Sesuai untuk : Extra Definition pada bulu mata
Wand jenis cacak cacak ni bukan saja nak cacak. Ada kegunaan dia ok. Wand jenis ni sesuai kalau korang nak segala bulu mata kena mascara.
Sesuai untuk detailing. Walaupun jenis dia macam labah labah bergumpal, tapi hasil dia superb ok.
** tak pernah jumpa lagi jenis ni kat drugstore unless beli kat oversea nunn di sana.
5. Tapered Wand:
Berbentuk besar di belakang dan makin kecil di bahagan depan
Sesuai untuk :
Menambah volume & ‘define’ bulu mata. Pengunaan wand jenis tapered ni bagus kalau korang nak setiap sehelai bulu mata korang tu lentik & mascara boleh diapply dengan sekata.
6. Comb Wand:
Berbentuk sikat.
Sama je kegunaan macam kita sikat rambut. Ya makanya bulu mata kamu akan disikat satu persatu dong. Kalau jenis bulu mata ala ala mcm kena panah petir tu, silalah guna ye.
** Syok Mascara tu pernah try sekali pinjam kawan punya! Ahahahah. I love the texture. Takda bau pelik pelik. Sebab ada few local product mascara dia bau pelik
Diameida tu pun best! Kak Lisa bagi 2 ketoi. Dah habis guna dah. Senang yakmat nak cuci nya pun. Tarik2 dah tertanggal.
Antara 2 local brand yang recommended
7. Hourglass Wand:
Bentuk macam jam pasir yang korang selalu beli kat kedai 2 ringgit masa kecik kecik dulu.
Sesuai untuk :
Eye opening. Biar 10 batu jauh Cik Milah dah nampak mata engko bersinar sinar dengan bulu mata yang panjat lebat & mata galak gitu
‘U’ shape brush menjamin sapuan lebih rata hingga ke akar umbi. Kerlezzzz
8. Corkscrew Wand:
Bentuk dia ala ala pencuci botol bayi gitu
Sesuai untuk :
Lifting your lashes. Kalau nak coverage lebih padu, jangan lupa untuk wiggle wand ni semasa aplikasi okay
Perkongsian tip ini juga turut mendapat respon positif dari netizen yang turut berkongsi pandangan mereka mengunakan produk yang sama
Lieza HassanPaling suka pakai brand essense warna merah! Murah dan terbaek
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sebulan wabak yang dikenal pasti menular dari China pada 31 Disember lalu dipanggil sebagai Coronavirus, kini secara rasminya ia mempunyai nama saintifik.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan nama rasmi yang dipilih ialah Covid-19.
Ia adalah singkatan untuk Co (Corona) Vi (Virus) dan D-19 untuk penyakit.
Nama rasmi itu diperkenalkan bagi mengelak sebarang rujukan lokasi (Wuhan), spesies haiwan (haiwan liar seperti ular, tikus dan kelawar) atau sekumpulan orang (warganegara China) apabila berita mengenai Covid-19 disiarkan.
Sebelum ini, ramai yang keliru dan menggelar wabak ini sebagai ‘virus Wuhan’ atau ‘virus orang China’.
Di peringkat dunia pula, ada percanggahan nama yang digunakan sebelum ini. WHO menggelarnya 2019-nCoV manakala Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memanggil virus itu sebagai Novel Coronavirus Pneumonia (NCP)
Jadi selepas ini, semua orang boleh menggunakan satu nama je!
Sementara itu, Ketua WHO iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata mereka YAKIN untuk menemui beberapa pilihan vaksin untuk menentang Covid-19 sekaligus mengentikan wabak ini.
Semua pihak harus bersatu untuk menentang virus tersebut. Jika tidak, dunia bakal berhadapan dengan lebih banyak kes dan menghabiskan lebih banyak wang.
Sumber: AGENSI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sekali kalah dalam sesuatu perjuangan tidak bererti tewas selama-lamanya. Ungkapan ini sesuai digambarkan dengan situasi yang dilalui gadis cantik Bernama Maxine Formosa ini.
Dia yang berusia 21 tahun merupakan seorang pembantu undang-undang di sebuah firma guaman merupakan pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Miss Universe Malta 2021.
Nasibnya berubah apabila dia telah dilantik oleh organisasi Miss Universe Malta untuk menyandang gelaran Miss Universe Malta 2022 sekaligus mendapat hak untuk mewakili negaranya di pentas antarabangsa.
Dalam majlis yang diadakan penuh eksklusif itu, Maxine telah dimahkotakan oleh Jade Cini yang merupakan Miss Universe Malta 2021. Dia menerima mahkota rona biru yang direka penuh ekstravaganza dan juga selempang untuk digayakan sepanjang dia memegang gelaran untuk menjalankan tugas.
Menurut satu hantaran di laman Instagram peribadinya, gadis yang berasal dari daerah St Julian’s ini berkata, “Saya sangat bersyukur kerana organisasi Miss Universe Malta memberi peluang berharga ini untuk mewakili negara di pentas Miss Universe. Saya berjanji akan membuat Malta bangga nanti.”
Sebagai persiapan untuk mewakili negara, Maxine akan dihantar ke Texas, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan di Miss Academy. Akademi tersebut merupakan milik Crystal Stewart yang merupakan Miss USA 2008 dan juga top 10 di Miss Universe 2008.
Di sana dia akan diajar dari segala segi tentang seorang ratu cantik. Bermula dengan gaya pemakaian, pembawakan diri, cara bertutur, solekan dan dandanan sehinggalah cara untuk berjalan di atas pentas.
Setakat ini Malta belum pernah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Miss Universe. Namun perkara ini bukanlah menjadi penghalang untuk wakilan negara itu membawa tinggi nama negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.