Tinggal dua hari saja lagi sebelum keputusan Top 12 Finalis Dewi Remaja 2018/2019 akan diumumkan secara live di Facebook dan Instagram @majalahremaja.
Daripada 20 yang telah terpilih setakat ini, hanya 12 yang akan melayakkan diri ke peringkat seterusnya sekaligus berpeluang bertanding di dalam program Dewi Remaja yang akan bersiaran di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Penulis ingat lagi lebih kurang 3 ke 4 tahun yang lalu apabila kami menjayakan pencarian Dewi Remaja untuk musim ke-9. Selama hampir 7 bulan bersama bersama finalis, kami masih lagi rapat dengan batch yang dimenangi oleh Raysha Rizrose itu.
Mana taknya, makan bersama, menangis bersama. Kadangkala sehingga ke pagi, ada yang mengajak kami untuk berborak kerana kurang yakin pada diri sendiri. Hehe, siapalah tu! Tetapi disebabkan momen manis seperti itu, kami masih lagi bergaul rapat.
Apabila sebahagian daripada alumni Dewi Remaja 2014/2015 melakukan surprise dengan memuat naik foto throwback beramai-ramai, we can’t help but to feel touched. Rindu korang!
“Tiya nak wish good luck kepada kesemua bakal finalis Dewi Remaja. Sesiapa yang tak terpilih sebagai Top 12, jangan putus asa kerana ada banyak lagi peluang yang menanti. Ramai yang tak terpilih semasa zaman Tiya dulu pun dah meletop dalam industri.
“Bagi yang terpilih, banyak yang akan korang belajar semasa Dewi Remaja. Such a good experience for me dan insyaAllah, untuk korang juga..”
“Jumpa kak Neelofa paling nervous, sampai Deeba lupa nk salam dengan juri lain. Dah introduce diri , baru teringat nak salam. Aiyo deeba ! Serious rindu gila time ni..”
“Dewi Remaja adalah salah satu momen paling manis dalam hidup Qish. Friendships that are made for lifetime. Untuk finalis Dewi Remaja tahun ini, jangan pernah rasa takut. Siapa tahu kamu boleh menjadi Dewi Remaja yang baru..”
Instagram
Seriously, rindunya dekat korang!
Tak sabar untuk jumpa some familiar faces pada 31 Oktober ini. Dan bagi korang yang menantikan siapakah 12 peserta yang akan mengisi Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2018/2019, jangan lupa untuk saksikannya secara LIVE di Facebook dan Instagram @majalahremaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selaku salah seorang juri yang mengadili 2 minggu berturut-turut sewaktu proses ujibakat pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Datuk Aznil Hj. Nawawi turut merasa terkilan dengan insiden yang berlaku sejurus kemenangan disandang oleh Haneesya Hanee pada hari Ahad lalu.
Bagi korang yang menonton siaran langsung program tersebut, pastinya korang juga tahu bahawa Pak Nil merupakan salah seorang juri jemputan yang hadir bagi mengadili persembahan setiap peserta pada malam finale.
Pak Nil ketika bertanyakan soalan semasa sesi Q&A kepada peserta di atas pentas. Kelihatan di sebelah beliau ialah Dewi Remaja 2014/2015 Raysha Rizrose.
Sejak peringkat ujibakat lagi, Pak Nil sudah terang-terangan menyatakan yang rupa paras bukanlah kayu pengukur utama dalam pencarian seperti ini tetapi potensi, bakat, keinginan dan kebolehan yang diambil kiran daripada diri peserta. Beliau juga sempat untuk mengucapkan tahniah kepada juara, Haneesya Hanee sejurus selepas namanya diumumkan selaku Dewi Remaja 2018/2019.
Bagaimanapun, berikutan insiden video kontroversi yang tersebar sekaligus mengakibatkan gelaran tersebut ditarik semula daripada Haneesya, Pak Nil tampil untuk memberikan respon beliau berkenaan isu ini melalui sesi Insta Live di Instagram, petang tadi.
Dari Kiri: Dato’ Hans Isaac selaku juri tetap, Noor Neelofa dan Pak Nil sebagai juri jemputan.Mahkota dan gelaran terpaksa dipulangkan semula kepada pihak penganjur.
“Ramai yang bertanya kepada Pak Nil untuk berkongsi pendapat mengenai isu ini sejak hari pertama ia tersebar lagi, kira-kira 3 hari lalu. Tapi Pak Nil enggan ulas lanjut kerana kita tak tahu kesahihan berita tersebut.
“Namun selepas pihak Majalah Remaja mengadakan sidang media sebentar tadi, nampaknya jelaslah kesalahan tersebut telah dilakukan oleh pemenangnya dan 2 orang finalis lain.
Haneesya perlu melalui peringkat ujibakat sama seperti peserta lain walaupun sudah bergelar pelakon.
“Bagi Pak Nil, tiada siapa yang sempurna pun. Kita semua manusia yang lakukan kesalahan, cuma sama ada orang lain tahu atau tidak je. Syukurlah kesalahan kita masih ditutupi olehNya. Tetapi sempat tak untuk kita bertaubat? Korang puas selepas mencaci semua?
“Hanee, awak masih terlalu muda. Kesilapan pasti akan berlaku, cuma bagaimana kita bangun. Dan memperbetulkan kesilapan lalu adalah langkah seterusnya.
Haneesya diterima sebagai salah seorang peserta yang disenarai pendek selepas cemerlang dalam sesi temu ramah stage ketiga, oleh Pak Nil.
“Allah uji Hanee bukan pengajaran buat awak seorang, tetapi orang lain juga belajar daripada kesilapan itu. Awak membesar tanpa ayah di sisi, mungkin tiada figura ayah untuk menegur. Tetapi pengalaman adalah bapa kepada pengajaran. Learn and move on,” tuntas beliau di dalam sebuah posting Instagram Story.
Instagram: @aznilnawawihm
Seperti kata juri kita ini, kami di Majalah Remaja juga percaya kepada kebangkitan semula seseorang itu selepas dirinya dilanda ujian. Baik Haneesya, Fazreen mahupun Ernisha, perkara yang lalu itu seharusnya dijadikan pengajaran agar menjadi seorang yang lebih baik bukan saja di mata manusia, tetapi kepada Sang Pencipta yang Esa insyaAllah.
Pencarian Dewi Remaja sememangnya sinonim sebagai platform yang melahirkan ramai bakat-bakat lakonan baharu yang mewarnai industri seni hiburan tanah air.
Tidak hairanlah apabila saban musim, cabaran lakonan pastinya menjadi salah satu episod paling dinanti-nantikan oleh penonton yang ingin menyaksikan siapakah gerangan finalis yang bakal mengikut jejak langkah alumni terdahulu seperti Izara Aishah, Azah Aziz, Aleeza Kasim, Mawar Rashid, Syatilla Melvin, Mimi Lana, Izreen Azminda, Scha Alyahya, Shaza Bae, Fify Azmi, Anna Jobling, Arena Wan, Arabella Ellen dan ramai lagi pelakon tanah air berbakat yang memulakan perjalanan mereka menerusi Dewi Remaja.
Pada musim ini, cabaran lakonan hadir seawal episod kedua agar kita dapat melihat potensi yang boleh diketengahkan oleh 12 orang finalis. All is given a fair chance to shine dan bertemakan ‘Queen of Tears’, mereka telah digandingkan dengan alumni Dewi Remaja 2022, Dina Allysha bagi menjayakan sebuah babak yang dipetik daripada drama hit, Mandul Bukan Pilihan. Manakala, juri tetap Kamal Adli pula bertindak sebagai pengarah di set cabaran kali ini.
Dina Allysha.
Queen of Tears
Bagi peminat setia drama tersebut, tentunya korang masih ingat betapa dramatik jalan ceritanya yang menjadi kekuatan utama mengapa drama ini boleh menjadi tular pada setiap minggu.
Lima tahun Aldi (Hun Haqeem) dan Billa (Mira Filzah) mendirikan rumah tangga tanpa mendapat zuriat, tekanan semakin memuncak apabila Billa disahkan menghidap kanser dan meminta adik angkatnya, Farah (Ayda Jebat) untuk membantunya. Pada masa yang sama, Farah sebenarnya menyimpan niat untuk merampas Aldi daripadanya.
Bersandarkan kepada babak di antara Billa dan Farah itu, kesemua finalis perlu melakonkan situasi menangis dengan menggunakan dialog yang sama.
Menerusi segmen penyingkaran pada episod kali ini, persembahan lakonan setiap finalis telahpun diadili oleh juri tetap, Nabila Huda dan Kamal Adli serta juri jemputan minggu kedua yang juga merupakan alumni Dewi Remaja 1990/1991, Datin Sri Umie Aida.
“Ada Yang Dilahirkan Dengan Bakat Semulajadi, Ada Yang Tidak Ada Aura Sebagai Pelakon…” – Apa Kata Juri?
ELISA CHEW
Umie Aida: “Lakonannya kelihatan polos tetapi ada inti. Kamera juga mesra dengan dia. Bagi saya, dia cantik dan skrip ini kena dengan imejnya. Saya rasa untuk dia menangis dengan mudah sebegitu, pastinya dia bersendirian terlebih dahulu dan mengambil mood serius sebelum melakukan cabaran.”
Kamal: “Saya gembira dengan prestasinya minggu ini kerana dia hanya memerlukan one take untuk cabaran ini.”
NYLEA
Nabila: “I like her! Saya sukakan lontaran dialognya yang pandai mengambil masa, mempelbagaikan intonasi dan melalui gesture mudah, dia dapat sampaikan dialog. Ada beberapa bahagian di mana kita tahu dia terlupa skrip tetapi dia pandai bermain dengan mood sedih itu untuk mengaburi kelemahan itu. Itu adalah skil sebagai pelakon yang kita cari.”
Kamal: “Semasa latihan, apa yang Nylea lakukan tidak sampai. Lagipun dia berdepan dengan jangkitan pada mata. Tetapi bila masuk set cabaran, dia terus deliver.”
ELLYSA RAMLEE
Kamal: “Lama saya perlu tunggu untuk dia menitiskan air mata, hujung-hujung baru dapat. Dalam cabaran ini, Ellysa pula yang nampak seperti dia memegang watak supporting yang jahat sedangkan dia adalah watak utama.”
Umie Aida: “Dia tak berikan sesuatu yang wow kepada saya. Pelakon perlu alert peranan angle. Bila angle dekat, sedikit pergerakan pun sudah cukup untuk sampaikan perasaan. Saya rasakan Ellysa belum dapat menguasai trik ini. Cuma saya akui, dia mempunyai wajah yang menarik pada skrin. Sangat pleasant untuk melihatnya.”
Nabila: “Saya pun sukakan skin tone dia dalam skrin tetapi skil lakonannya perlu diperbaiki lagi. Dia nampak cemas dan ada pergerakan tubuhnya yang kelihatan janggal. Saya dapat rasakan nervous dia itu sehingga saya tidak sedih melihat lakonannya.”
CAMELIA
Kamal: “Jujurnya, saya meletakkan harapan yang cukup tinggi ke atasnya disebabkan latar belakang keluarga dalam dunia lakonan. Dia juga pernah berlakon sebelum ini. Saya tahu untuk cabaran ini, Camelia mencuba tetapi ia tidak sampai.”
Umie Aida: ” VIDEO
TEYA
Nabila: “Sayangnya, saya rasa bosan bila menonton tadi. Mendatar sangat. Saya nampak Teya tidak tahu nak lakukan reaksi bagaimana terhadap pelakon gandingan. Bila dia mula banyak memandang ke bawah, itu bermakna dia ingin cover lakonannya yang biasa-biasa. Tapi dia rugi di situ kerana dia tidak dapat bermain emosi dengan penonton.
Umie Aida: “Inilah yang saya katakan apabila seseorang tidak dilahirkan dengan bakat lakonan semulajadi. Ini yang membezakan mereka daripada seseorang yan naturally gifted. Nampak Teya belum bersedia untuk berada di situ. Dia mengambil energy emosi terlalu awal. It is all about perfect timing. Bila kena dengan masanya, baru kita kembangkan emosi sehingga ke klimaks babak.
MARISA
Umie Aida: “Saya akui dia seorang yang cantik dan kamera menyukainya. Tetapi dia membosankan dalam cabaran lakonan ini.”
Nabila: “Ya, saya boleh ramalkan dia akan menjadi seorang pengacara yang bagus. Dia mempunyai persona seperti Neelofa dan Hawa Rizwana. Sebagai pelakon, saya nampak dia lost di dalam set tersebut. First take sahaja, matanya sudah meliar tak tentu arah. Body language juga tidak dijaga dengan kemas terutamanya sebagai seorang hijabi, tidak boleh duduk terkangkang seperti itu.”
DHEPER
Kamal: “Walaupun dia juga mempunyai simptom jangkitan mata pada hari itu, dia hanya memerlukan one take sahaja untuk cabaran ini. Saya ‘halalkan’ perubahan dialog yang dia lakukan sedikit kerana dia seorang yang berbangsa India dan cara bercakap dalam Bahasa Melayu juga masih baku. Cuma cara percakapan itu perlu dipraktik lagi.”
Nabila: “Not bad. Cuma dalam babak ini saya rasakan dia belum cukup yakin lagi dengan bakatnya. She was overthinking. Sekali lagi, dia banyak memandang ke bawah kerana takut untuk membuat eye contact dan sukar untuk menangis. Kadangkala, babak sedih tidak memerlukan air mata. Cukup sekadar emosi yang kuat untuk penonton rasa.”
SHARMAINE
Nabila: “Saya tahu dia cuba untuk hilangkan slanga Sabahan-nya. Ini juga pengalaman pertama untuknya berlakon seperti ini dan saya nampak dia cuba sedaya mungkin untuk memaksa diri menangis.”
Umie Aida: “Sedikit pun saya tidak rasa. Sayang kerana matanya banyak melilau.”
Kamal: “Dia banyak tak ikut skrip dan itu akan menyusahkan bahagian editing kelak. Walaupun saya faham dia masih baru, sekurang-kurangnya dia perlu berusaha untuk hafal skrip sebaik mungkin.”
NELYSA
Kamal: “Cara dia throw dialog terlalu comel. Tidak menggambarkan karakter tersebut. Lagipun saya rasakan dia tidak berjaya sampaikan emosi yang saya inginkan.”
Umie Aida: “Ini tip saya untuk pelakon baru seperti Nelysa. Jika mendapat watak sedih seperti ini dan anda sukar untuk mengalirkan air mata, ambil pengalaman hidup untuk deliver emosi. Gunakan kesedihan daripada pengalaman lampau.”
SUHAILA
Nabila: “Saya dapat tahu dia banyak membantu dewi-dewi lain untuk practiceand that was so sweet of her. Cuma dia perlu pandai bezakan lakonan di atas pentas dan lakonan di dalam set TV. Untuk TV, pergerakan kita perlu dikecilkan. Gaya lakonan perlu lebih natural. Suara kena tone down. Ini kerana emosi drama TV sangat halus, tidak seperti lakonan pentas yang dia biasa lakukan di ASWARA.
ARIANA
Kamal: “Saya nampak dia agar ‘kosong’ walaupun telah melakukan sehingga three takes. Nampak seperti dia struggle untuk meluahkan rasa sedih.”
Umie Aida: “Sata tak marah jika dia masih ‘kosong’ tapi bila ingin menjadi seorang pelakon tanpa apa-apa pengalaman, dia kena belajar daripada sumber di sekeliling. Lihat cara pelakon kegemarannya dan tiru dahulu. Gunakan emosi daripada kehidupan sebenarnya untuk hidupkan karakter. Jadi bila masuk ke set, tidaklah orang kata dia kosong.”
FITTRI
Kamal: “Saya nampak awak betul-betul tak boleh deliver watak ini. Nampak sangat awak sedang memikirkan skrip sewaktu berlakon. Ia membuatkan emosi tak sampai. Bila deliver line juga tidak sampai.”
Umie: “Kita semua ada emosi masing-masing. Sebagai pelakon kita perlu tahu untuk switch on dan switch off. Peluang dibazirkan begitu sahaja kerana suis Fittri kali ini dibiarkan tertutup sepanjang cabaran. Kita tak dapat rasa langsung.”
Dewi Pertama Yang Tersingkir Ialah…
Selepas mengadili kesemua finalis, empat orang dengan markah terendah adalah Dheper, Sharmaine, Marisa dan Fittri. Situasi ini mungkin disebabkan tiada pengalaman yang dimiliki oleh mereka sebelum ini serta kekurangan skil yang perlu diasah dalam masa yang cukup singkat.
Debaran semakin terasa apabila Sharmaine dan Fittri berada dalam kedudukan Bottom 2 sebelum Fittri diumumkan sebagai dewi pertama yang tersingkir pada musim ini.
Menurut Fittri, ini merupakan pengalaman yang hadir hanya sekali dalam hidupnya dan dia redha dengan penyingkiran ini kerana telahpun melakukan sehabis baik untuk kali ini.
11 orang finalis meneruskan cabaran ke minggu ketiga pencarian Dewi Remaja 2025. Apa pula tema episod pada minggu hadapan? Nantikan!
Soalan Terkumpul Mingguan Bersama redONE Mobile
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat, mulai 10 Oktober pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang menjadi:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
Peserta yang menjawab secara lengkap soalan-soalan terkumpul dan melampirkan slogan yang menarik akan dipilih sebagai pemenang.
SOALAN EPISOD KEDUA
Teruskan menonton program Dewi Remaja 2025 dan menjawab soalan & slogan dari minggu pertama sehingga minggu keenam untuk menjadi pemenang terpilih kami.
Saksikan Dewi Remaja 2025 mulai 10 Oktober 2025, jam 10 malam hanya di Astro Ria dan Astro Go.
Ikuti juga Diari Dewi Remaja setiap Isnin (11.00 malam) dan Kapsul Dewi Remaja setiap Khamis (10.55 malam) untuk pengalaman penuh sepanjang musim.
Undian bagi kategori Dewi Favourite sudah dibuka mulai hari ini di www.remaja.my/dewi. Anda mempunyai 30 kredit undian setiap hari untuk mengundi mana-mana peserta kegemaran anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, ramai gadis-gadis cantik mencuba bakat ketika Pencarian Dewi Remaja 2019. Bermula dari instafamous yang mempunyai follower berjumlah ratusan ribu, hinggalah kepada pelakon yang sudah pun mencipta nama dalam industri tanah air namun kesemuanya masih mahu mencuba nasib dalam pertandingan berprestij ini.
Ini kerana pencarian Dewi Remaja bukan melihat aspek kecantikan sebagai pemilihan utama tetapi apa yang paling penting adalah bakat. Jika ramai berpendapat penganjur mementingkan populariti atau jumlah bilangan follower, lihatlah peserta yang terpilih ke Top 12 ini. Adakah kesemuanya peserta glamor atau peserta underdog?
Nynna Bintang Iklan TV Komersial
Wajah cantiknya sering menghiasi kaca television malah sejak usianya 10 tahun lagi, Nurul Hanynaa Harizal atau mesra di sapa Nynaa Harizal sudah membintangi tv ikan komersial.
Memiliki wajah cantik, anak sulung dari tiga beradik ini yang kini berusia 23 tahun ini merupakan seorang graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan. Ketika waktu lapang, Nynaa gemar menunggang kuda dan bermain piano.
Bakal peguam terpilih ke Top 12
Baru berusia 21 tahun, Nur Nafissa Abdul Ghafar atau mesra disapa Adriana antara yang tersenarai dalam top 12 kali ini.
Adriana kini sedang menuntut di Universiti Malaya pengkhususan Sarjana Muda Undang-Undang.
Jika korang rasakan dia berminat menjadi peguam tapi nampaknya awal-awal lagi, Adriana yang berasal dari Johor ini bercita-cita menjadi seorang ahli motivasi khususnya yang memberi kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada orang ramai. Malah Adriana suka membuat kerja-kerja amal dan memiliki misi “To Give Back To Society”.
Embun nama Manja Norsyamira
Memang klasik nama manjanyakan, jarang digunakan lagi Tapi ternyata EMBUN adalah nama manja bagi Norsyamira Izzati Mohd Nazir. Tapi korang bolehlah panggil dia Syamira kerana Embun itu khas untuk ahli keluarganya.
Berasal dari Selangor dan berusia 22 tahun, anak bongsu dari dua beradik ini sedang menuntut dalam bidang ijazah sarjana muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam.
Meminati bidang pengacaraan, tutur katanya sangat tersusun apabila berbicara. Malah Syamira jadikan penyertaannya dalam Dewi Remaja sebagai batu loncatan untuk menjadi pengacara.
Hos Tv Sahut Cabaran Dewi Remaja
Jangan tak tahu, peserta akhir yang terpilih dalam senarai Top 12 dari 20 peserta berbakat kini sedang bekerja sebagai seorang hos dan wartawan untuk sebuah saluran digital.
Shaza Nuriman Mohamad Zamri, berusia 24 tahun bukan saja berbakat dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan tetapi gadis manis yang berasal dari Kuala Lumpur ini banyak membintangi iklan komersil. Lebih mesra disapa Shaza Bae ini merupakan seorang graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Malaya.
Doakan kesemua mereka berjaya untuk ke Top 5 sebelum dinobatkan sebagai Dewi Remaja kali ke 11 pada penghujung Disember nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!