Dalam usaha memperkukuh kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menggalas satu peranan baharu apabila dilantik secara rasmi sebagai Ikon Keselamatan Jalan Raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pelantikan ini bukan sekadar simbolik, tetapi dilihat sebagai satu langkah strategik JPJ dalam mendekati masyarakat dengan pendekatan yang lebih dekat dan relevan. Dengan pengaruh besar serta penerimaan meluas dalam kalangan rakyat, kehadiran Siti Nurhaliza diyakini mampu menyampaikan mesej keselamatan jalan raya dengan lebih efektif dan menyentuh hati.
Pendekatan Baharu JPJ
Menurut kenyataan JPJ, pemilihan figura tersohor itu dibuat berdasarkan kredibiliti serta reputasinya yang sentiasa positif sepanjang berada dalam industri hiburan. Malah, beliau dianggap sebagai ikon yang mampu menjadi contoh teladan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Lebih menarik, pelantikan ini juga mencerminkan perubahan pendekatan JPJ yang kini tidak hanya bergantung kepada aspek penguatkuasaan semata-mata. Sebaliknya, elemen advokasi dan pendidikan turut diberi penekanan sebagai strategi jangka panjang dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
Ads
Majlis pelantikan tersebut berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-80 JPJ, yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan momen ini lebih signifikan dalam sejarah jabatan berkenaan.
Ads
“Amanah Besar Untuk Saya Pikulkan” — Siti Nurhaliza
Sementara itu, Siti Nurhaliza sendiri menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya. Menerusi perkongsian di Instagram, beliau menyifatkan amanah tersebut sebagai satu tanggungjawab besar yang akan dilaksanakan dengan sebaiknya.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada JPJ atas kepercayaan ini. Saya terima dengan penuh rasa rendah diri dan akan cuba memberikan yang terbaik dalam membantu menyebarkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalan raya,” katanya.
Ads
Beliau turut mengajak masyarakat untuk sama-sama mengamalkan budaya pemanduan yang lebih selamat dan berhemah demi kesejahteraan semua pengguna jalan raya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada beberapa selebriti Malaysia sebenarnya berdarah kacukan dan kerana keunikan wajah itu membuatkan mereka sering mendapat perhatian dan membawa tuah dalam karier masing-masing.
Mungkin ada di antara mereka yang korang sendiri tak tahu rupanya bukan ‘anak Melayu’ kerana terselit darah kacukan yang mengalir dalam badan.
Jom lita lihat senarai selebriti-selebriti Malaysia yang berdarah campuran.
Sejak tahun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menaik taraf kawasan lorong sisi dan lorong belakang di sekitar Bukit Bintang di bawah projek pengindahan bandar.
Rasanya masih belum ramai yang tahu kawasan ini boleh dijadikan port bergambar dan spot terbaik untuk pelancong datang ke negara kita.
Kalau dahulunya lorong-lorong ini kelihatan suram dan tidak menarik, sekarang makin ceria dan terdapat juga tiga hotel butik yang cantik, antaranya adalah Hotel Melange, The Yard Boutique Hotel dan Summer House Bed & Café.
Menurut perkongsian Suraya Muhamad, dulu nak lalu area Jalan Alor, Bukit Bintang ni punya ngeri sebab kotor dengan sampah dan bau yang tidak menyenangkan.
Namun begitu, pada bulan lepas kebetulan dia ada di area Sungei Wang Plaza, Suraya sempat singgah ke lorong tersebut memandangkan kawasan di situ pun tidak sesak.
Lukisan mural yang dilukis pada bangunan lama sememangnya satu inisiatif yang perlu dipuji kerana dapat menaikkan semula tempat ini untuk tarikan orang ramai.
Dengan peruntukan RM1.5 juta oleh DBKL seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online, lorong-lorong ini telah dinaik taraf dan diberi imej baru memandangkan ia merupakan pusat tarikan pelancong.
Lepas ni tak perlulah nak pergi jauh-jauh, Cuti-Cuti Malaysia pun onz je. Lebih dekat, lebih jimat. Paling penting gambar OOTD menarik. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal lebih kurang dua minggu lagi kita sudah memasuki tahun baru, 2021. Biasanya, selain meneruskan azam nak kurus (hehe), ramai juga yang merancang untuk menukar penampilan diri. Contohnya, gaya rambut.
Bagi individu yang inginkan kelainan, sering kali mereka akan tampil mewarnakan rambut dengan warna-warna ‘berani’ yang tidak semua berani melakukannya.
Kini, warna holographic dilihat menjadi trend anak muda, khususnya bagi remaja di luar negara yang sentiasa tampil dengan gaya berani.
Apa itu warna holographic?
Ala, lebih kurang seperti warna unicorn kegilaan kanak-kanak tu. Hiks! Menarik bukan? Jangan kata kanak-kanak, kalau dah namanya perempuan, kami pasti ramai yang turut menggemari warna unicorn itu.
Agak-agaknya macam mana rupanya kalau rambut diwarnakan secara holographic ni ya? Jom kita lihat antara contoh trend warna rambut ini.
Macam ala-ala fairytale kan? Persoalannya korang berani ke nak warnakan rambut seperti ini? Kalau parents tak ada masalah bolehlah try. Tapi kalau mereka tak beri kebenaran, pandai-pandai la korang fikir sendiri. Hiks!
Sumber: Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!