Walaupun anda seorang yang menjaga bentuk badan, jangan risau kerana masih terdapat makanan yang boleh dimakan tanpa perlu risau untuk jadi gemuk.
Makanan-makan yang dikumpulkan ini merupakan makanan yang kaya dengan serat dan mempunyai kalori yang rendah. Jadi, tidak hairanlah jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, tidak juga akan menggemukkan.
Tak percaya?
Meh lihat 15 makanan yang anda boleh makan tanpa perlu risau tentang bentuk badan yang akan membesar.
1. Popcorn
Jika anda menggoreng popcorn tanpa mentega dan gula (hanya menggunakan sedikit garam, misalnya), anda boleh menikmati keenakan popcorn ini tanpa rasa takut. Dengan jumlah kira-kira secawan popcorn hanya mengandungi 31 kcal (kalori).
2. Daun saderi
Batang saderi mengandungi 95 peratus air dan mampu untuk membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak sebagai detoks dalam badan.
3. Terung
Terung bakar atau yang dipanggang tanpa minyak hanya mengandungi 24 kcal dan anda boleh menikmati sayuran ini tanpa perlu mengehadkan jumlah pengambilannya.
Ads
4. Kumpulan buah oren
Mengambil buah-buahan dalam kadar yang banyak adalah tidak digalakkan jika anda mahu menurunkan berat badan. Namun, ia dikecualikan untuk kumpulan buah-buahan sitrus.
Buah oren misalnya, kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C yang membantu penghadaman, mengenyangkan serta mencantikkan kulit secara semula jadi.
5. Alga
Tumbuhan alga seperti Laminaria adalah sumber terbaik iodin. Ia membantu menjaga hormon pada tahap yang normal dan mengawal berat badan anda.
6. Zucchini
Ads
Sebiji zucchini mengandungi kira-kira 42 kcal. Ia dapat membantu meneutralkan nisbah kandungan garam dalam badan dan juga memperbaiki fungsi usus.
7. Timun
Sayuran ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad, malah ia juga boleh dijadikan sebagai makanan ringan dan di cicah dengan yogurt rendah lemak.
8. Ubi bit
Ubi bit adalah sumber protein yang membantu membakar lemak, menguatkan otot dan mengawal gula dalam darah. Sebiji ubi bit hanya mengandungi kira-kira 40 kcal.
9. Telur
Ads
Anda boleh menikmati hidangan telur tidak kira beberapa kali sehari pada waktu pagi atau malam. Namun, sebaiknya kuning telur dibuang kerana ia mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Sudah pasti, telur rebus adalah yang terbaik berbanding telur goreng.
10. Epal dan plum
Satu epal hanya mengandungi kira-kira 50 kcal bergantung pada saiznya. Ia mampu untuk membuatkan anda berasa kenyang dan mengawal sistem pencernaan. Plum pula kaya dengan vitamin C dan kalium untuk menyihatkan jantung anda.
11. Salad
Salad adalah sumber asid folik yang terbaik da n anda boleh menikmati sayuran ini sebanyak mana yang diingini kerana sehelai daun salad hanya mengandungi 3 kcal.
12. Beri: Kranberi, strawberi
Buah-buahan beri sangat kaya dengan vitamin C dan membantu menyingkirkan air yang berlebihan. Strawberi sangat berkhasiat dalam membantu penghadaman dan sistem kardiovaskular anda.
13. Kubis, bunga kubis, brokoli
Sayur-sayuran ini dilihat merupakan pilihan yang tepat buat anda yang ingin menjaga berat badan kerana sebahagian daripada kubis yang dipotong dadu hanya mengandungi 7 kcal. Kubis kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A,C, E dan B.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular, Fattah Amin menjadi bualan hangat netizen apabila tidak kelihatan di majlis persembahan tarian tradisi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini.
Ketidakhadirannya mula dipersoalkan selepas bekas isterinya yang juga aktres dan usahawan, Nur Fazura, memuat naik perkongsian sekitar acara sekolah anak mereka di media sosial tanpa kehadiran aktor tersebut.
Rata-rata warganet meluahkan rasa hairan dan kurang senang, mempertikaikan keputusan Fattah yang memilih untuk bekerja di luar negara berbanding memberi sokongan secara fizikal kepada anak perempuannya.
Namun menerusi satu hantaran Instastory, Fattah tampil memohon maaf kepada Fatima serta menyuarakan rasa bangga terhadap puteri sulungnya itu.
“Saya harap saya ada bersama awak, baby. Saya minta maaf, daddy terpaksa kerja.
“Tapi ingatlah selalu, daddy bangga dengan awak dan akan selalu bangga. I love you, Fatima,” tulisnya.
Difahamkan, Fattah kini berada di New Zealand untuk menjalani penggambaran sebuah drama dan tidak dapat bersama Fatima yang kini berusia lima tahun.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap manusia akan punya detik dalam kehidupan sendiri apabila mereka menerima hidayah untuk berubah. Sama ada cepat atau lambat perjalanan hijrah seseorang itu semuanya telah menjadi takdir Allah SWT.
Baru-baru ini anak sulung Krisdayanti, Aurel Hermansyah telah memuat naik gambar dirinya dalam satu penggambaran khas berhijab dalam busana serba hitam yang difoto oleh jurufoto terkenal Indonesia, Rio Motret.
Dalam hantaran tersebut dia menulis, “Tidak kira di peringkat mana anda berada, selalu sandarkan semuanya kepada Allah SWT. Sekrang-kurangnya anda mencuba.” Walaupun baru mengumumkan sudah berhijab, isteri kepada Atta Halilintar ini dilihat sudah mengenakan hijab sejak Ramadan lalu.
Meninjau ke Instagram Atta, youtuber terkenal itu mengucapkan rasa syukur dengan penghijrahan isterinya. Ujarnya, “Selalu bangga dengan hijrahmu yang semakin kuat dan bijak. Bidadari dunia akhirat mamanur amin.” Pasangan popular ini sebelum ini melalui detik hitam apabila Aurel keguguran anak pertama mereka ketika baru satu bulan hamil. Namun begitu mereka cukup kuat menghadapi insiden itu.
Selain itu, pasangan ini juga bijak menggunakan populariti mereka ke arah kebaikan. Buktinya, baru-baru ini mereka telah berjaya mengutip wang derma bernilai lebih RM600 ribu untuk digunakan dalam pembangunan semula Palestin yang teruk diserang Israel.
Tapi tak salah kalau nak berangan mengenai momen perkahwinan idaman kita sementara masih single lagi kan? Hehe..
Biasalah perempuan, dari usia kecil lagi dah advance memikirkan jenis baju kahwin yang nak disarungkan nanti, berapa ramai tetamu nak jemput (“I nak buat kecil-kecilan je” – ah tipu!), apa tema pelamin dah macam-macam lagilah.
REMAJA pasti perempuan pernah melihat laman web baju perkahwinan walaupun sekali je semasa usia mereka masih belasan tahun. Dari situlah timbul obsesi nak menyarung gaun kahwin ala kebaratan kerana itulah yang telah mereka ‘hadam’ sejak kecil.
Tapi, kalau REMAJA katakan yang korang akan ubah fikiran untuk memilih konsep baju tradisional selepas ini, korang percaya tak?
Haa, sempena acara fesyen The Wedding KL yang berlangsung sehingga malam ini, REMAJA berkesempatan untuk singgah sebentar melihat paparan koleksi perkahwinan pereka fesyen tempatan. Dalam lautan rekaan gaun putih yang ditampilkan, kami tertarik dengan koleksi tradisional yang dibawakan oleh Zaimi Zulkafli.
Mengangkat tema tradisi namun kekal dengan identiti jenama itu sendiri yang kontemporari, Zaimi Zulkafli mengingatkan seluruh dewan akan kehebatan potongan baju tradisi seperti kurung Riau, Pahang dan pelbagai lagi.
Cuba tengok koleksi penuh oleh pereka adik-beradik ini. #longgarituindah
Dalam nukilan kapsyen di Instagram, Zaimi Zulkafli sempat berkata, “Ramai yang selalu bertanya nak buat apa dengan baju kahwin selepas tamat majlis nanti?
”Jadi, kami membayangkan koleksi timeless seperti ini untuk dibawa ke kelas mengaji mungkin atau ke mana saja,” tulis mereka dalam nada bergurau, namun ada kebenarannya.
Koleksi ini punya daya sensual dalam kesopanannya. Pemakai pun tak kurang cantik dan seri walaupun bergaya tradisional.
Apa pendapat korang? Onz tak Onz??
Walaupun lambat lagi nak kahwin pun, REMAJA rasakan kita boleh je sarungkannya untuk ke majlis kahwin, majlis formal atau sebagai baju Raya. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!