Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan pihak kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membantu pelakon berbakat besar, Jasmine Suraya yang bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.
Memetik laporan media tempatan, Fahmi akui kos yang perlu ditanggung pelakon drama Villa Kristal itu untuk melanjutkan pengajiannya ke Los Angeles menelan perbelanjaan yang tinggi.
Justeru itu, pihak kerajaan sedia memberikan bantuan sekiranya perkara yang dikemukan adalah bersesuaian.
Ads
“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni.
“Ataupun dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.
Ads
Terdahulu, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei menjadi rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.
Ads
Aktres itu juga dilapor terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula pada bulan hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Situasi kes Covid-19 di Malaysia yang sudah melebihi 4,446 kes baharu setakat semalam pasti membimbangkan banyak pihak.
Susulan daripada peningkatan kes positif di Selangor kian meningkat dan tiada tanda untuk susut, KKM mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor dengan SOP yang lebih ketat sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal.
Terbaru, menurut Selangor Kini, kerajaan Selangor menawarkan pembelian vaksin kepada majikan untuk diberi kepada kakitangan.
Dengan itu, syarikat yang berminat boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) memandangkan perintah bekerja dari rumah tidak lagi diwajibkan.
Kebimbangan ini memuncak berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif seperti varian dari India dan Afrika Selatan.
Malahan, kes sporadik meningkat berbanding kes kluster dengan 89 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan dari 9 April hingga 8 Mei lalu.
“Untuk makluman, SELangkah membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka,” kata Exco Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud.
Syarikat yang berminat atau sebaiknya disarankan melakukan pendaftaran menerusi laman SELangkah Vax yang sudah dibuka sejak 17 Mei 2021. Walau bagaimanapun, tarikh bermulanya program vaksinasi kerajaan Selangor masih belum diketahui.
Menerusi laman itu, Selangor juga akan membuka pendaftaran untuk ahli keluarga dan pusat kesihatan.
Untungnya pekerja yang dapat majikan yang prihatin membeli vaksin ini.
Kalau dulu penyakit berkaitan kolestrol tinggi kerap kita dengar kalangan orang tua, tapi kini ramai pula golongan muda mengalaminya. Mungkin juga ia berpunca dari pemakanan dan juga gaya hidup kita.
Kolesterol tinggi bukanlah penyakit, tetapi berpotensi menyebabkan pelbagai penyakit. Di antaranya ialah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, kolesterol boleh meningkat dalam tubuh sesiapa sahaja, termasuk golongan muda.
“Kolesterol dalam badan bermula rendah ketika lahir, namun akan meningkat apabila dewasa. Malah, sejak tahun pertama kehidupan sehingga mencapai usia dewasa, paras kolesterol akan bertambah,” katanya dalam temu bual AWANI Pagi pada Rabu.
Mitos Badan Kurus Selamat Dari Kolestrol
Dr Beni turut menafikan mitos bahawa individu berbadan kurus terselamat daripada risiko kolesterol tinggi.
Beliau menjelaskan, walaupun individu obes lebih mudah mengalami masalah kolesterol tinggi, orang kurus juga tidak terkecuali daripada risiko tersebut.
Tambah beliau, kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara, berbeza dengan penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.
“Kolesterol adalah ‘pembunuh senyap’. Kebiasaannya, tiada tanda-tanda jelas kecuali dalam kes yang sangat tinggi,” ujarnya
Cara Menurunkan Kadar kolesterol
Dalam jumlah tertentu tubuh memerlukan kolesterol untuk menjaga tubuh tetap sihat. Hanya bila jumlahnya yang berlebihan, keadaannya dikenali dengan hiperkolesterolemia akan timbul masalah. Penurunan kolesterol satu persen saja dapat mengurangi risiko serangan jantung dua sampai tiga peratus.
Beberapa tip di bawah ini diharapkan dapat memperbaiki kadar kolesterol Anda :
1. Atasi lemak tepu
Lemak tepu, biasanya mengacu pada lemak yang berasal daripada haiwan, terutama pada produk susu, daging merah dari lembu. Sebaiknya pengambilannya ini dibatasi, karena dapat memacu produksi kolesterol dan meningkatkan jumlah kolesterol dan kolesterol jahat (LDL). Dengan memilih diet yang mengandungi rendah kolesterol ini, anda sebenarnya sudah mengambil salah satu langkah yang bijak untuk memperbaiki kadar kolesterol anda. Pada diet Mediteranian, pengambilan daging merah ini hanya disyorkan satu kali dalam satu bulan. Ternyata diet ini dapat menurunkan angka kematian akibat penyakit kardiovaskuler yang bermakna.
2. Elak lemak trans (trans fat)
Trans fat, kemungkinan mempunyai akibat yang lebih berbahaya daripada lemak jahat kerana dapat meningkatkan kadar kolesterol buruk (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL). Kajian juga menunjukkan bahawa trans fat juga dapat meningkatkan risiko. Oleh itu kurangilah makanan yang banyak mengandungi trans fat seperti makanan yang diolah melalui penggorengan.
3. Kekalkan berat badan normal
Pada kebanyakan orang, kadar kolesterol juga menjadi baik seiring dengan menurunnya berat badan. Ini tidak hanya disebabkan kehilangan berat badan, tetapi juga akibat diet yang lebih sihat, dan olahraga yang dilakukan. Dengan kata lain, perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk mempertahankan berat badan normal atau menurunkan berat badan juga membantu memperbaiki kadar kolesterol. Mengurangi berat badan 5-10 peratus dapat menurunkan kadar kolesterol yang bermakna
4. Olahraga
Olahraga yang cukup dan berkelanjutan, paling tidak 30-40 minit setiap hari, lima kali dalam seminggu, seperti jalan, jogging, berenang Ialah pilihan yang sangat baik untuk memperoleh kadar kolesterol yang normal. Apakah anda gemuk atau tidak, olahraga dapat menurunkan kadar kolesterol anda. Olahraga moderat yang anda lakukan secara teratur dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol buruk (LDL)
5. Berhenti Merokok
Di samping sebagai faktor risiko penting untuk penyakit jantung, rokok juga dapat mengakibatkan penurunan kadar kolesterol HDL. Jika anda perokok, berhenti merokok saja dapat menaikkan kolesterol baik (HDL) hingga 10 peratus. Tidak hanya itu, 20 minit setelah anda berhenti merokok, tekanan darah anda akan turun. Dalam waktu 24 jam, risiko anda mengalami serangan jantung akan menurun dan setelah satu tahun risikonya hanya tinggal setengahnya dibandingkan perokok. Dan, dalam 15 tahun sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.
6. Jumpa doktor
Bila gaya hidup yang anda lakukan ternyata belum membantu menurunkan kadar kolesterol anda, atau anda mempunyai riwayat keluarga dengan kolesterol tinggi atau sakit jantung, Anda mungkin perlu bantuan doktor. Doktor akan membantu, pilihan ubat yang tepat untuk anda
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyifatkan video keselamatan terbaharu Malaysia Airlines (MAS) sebagai satu usaha membanggakan yang berjaya menonjolkan identiti Malaysia kepada dunia.
“Inilah wajah Malaysian Hospitality yang sebenar.
“Video ini bukan sahaja menyampaikan mesej keselamatan, malah turut meraikan kekayaan kepelbagaian budaya kita dan menonjolkan perpaduan Malaysia di mata dunia,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa Malaysia sememangnya tiada tandingan sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan kepelbagaian, di mana perpaduan menjadi kekuatan utama.
Aaron juga menyifatkan inisiatif MAS menampilkan kepelbagaian budaya dan etnik dalam video keselamatan tersebut sebagai satu langkah bijak untuk memperlihatkan keharmonian rakyat Malaysia kepada khalayak antarabangsa.
Dalam masa sama, beliau menyambut baik usaha berterusan MAS yang terus mengangkat nama Malaysia dengan penuh rasa bangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!