Beruntungnya jadi rakyat Malaysia kerana kita diberikan banyak kemudahan dan bantuan.
Terbaru, syarikat pengangkutan awam juga tidak terkecuali dalam meringankan beban masyarakat apabila pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.
Ads
Foto Via The Star
Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini. Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.
Mengulas lanjut, melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri berkata ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.
Untuk info, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.
Foto Via Sinar Harian
Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.
Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga akan memulakan operasi pada masa sama untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang.
Wah bestnya dapat naik pengangkutan awam terutamanya (MRT) dan (LRT) secara percuma selama sebulan…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu perkongsian daripada seorang jurugambar bebas, Siva Kumar jelas membuktikan wanita adalah makhluk berani. Mana tidaknya, buka calang-calang orang mampu melakukan tugas mencabar ini.
Wanita Malaysia takluki bangunan pencakar langit
Menerusi video dimuat naik Siva di laman Instagram miliknya, dilihat beberapa wanita Malaysia memberanikan diri menyahut cabaran bertugas sebagai juruteknik akses tali.
Ternyata ia merupakan satu pekerjaan yang memerlukan mereka untuk sentiasa bergayut antara puncak dan sisi bangunan pencakar langit dengan landskap pandangan Kuala Lumpur.
Difahamkan, dalam video berkenaan wanita tersebut sedang bertugas menukar lampu spotlight klasik kepada sistem LED.
“They replace Classic spotlights to smart led system, currently they use colour plastic wrap to change the colour of klcc, in 3weeks time all will controlled by system, it’s latest Rgb led technology,” menurut Siva ketika disoal oleh salah seorang pengikutnya.
Rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan rasa kagum melihat keberanian yang ditunjukkan oleh wanita tersebut kerana sanggup mempertaruhkan nyawanya.
Respect betul dengan wanita ini, kalau penulis dah ketar lutut…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasulullah SAW bersabda: Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu. (HR Muslim)
Pasti kita semua umat Islam gembira dan tidak sabar menantikan bulan Ramadan yang bakal disambut cuma beberapa hari je lagi. Namun akibat pandemik Covid-19,banyak negara Islam yang mengistiharkan tiada solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan tahun ini, termasuklah negara kita Malaysia.
Sangat rugi rasanya kalau tidak berusaha untuk merebut peluang terbuka dengan melipat gandakan dan mempelbagaikan bentuk amalan sepanjang Ramadan ini. Jadi, sebaiknya kita diminta menunaikan tarawih di rumah sahaja.
SOLAT SUNAT TARAWIH BERSENDIRIAN
SOLAT SUNAT TARAWIH BERJEMAAH (MAKMUM)
Oleh itu, kalau korang nak mengerjakan solat terawih sebanyak 8 rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak 4 kali.
BACAAN BILAL SEMASA TARAWIH
Semasa solat tarawih berjemaah, sudah menjadi kebiasaan untuk bilal melaungkan seruan selawat sebelum memulakan solat.
RUKUN SOLAT & SURAH YANG BOLEH DIBACA
Rukun solat sunat Tarawih adalah sama seperti rukun solat fardhu. Jika terdapat beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat ini, ia bukanlah rukun atau syarat tetapi ia hanyalah semata mata untuk mengambil peluang memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadhan ini.
Tiada penetapan khas untuk surah yang dibaca. Korang boleh membaca mana mana surah kegemaran yang diingati. Namun sebagai panduan, surah surah ini dicadangkan selepas bacaan Al-Fatihah.
Oleh kerana jumlah rakaat adalah 8 rakaat dan ditunaikan sebanyak 4 kali solat, maka bacaan ditanda dengan nombor 1 hingga 4 mewakili susunan solat.
DOA ANTARA TARAWIH SELEPAS 4 RAKAAT
Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, setelah selesai 4 rakaat awal, akan diselitkan dengan bacaan doa terlebih dahulu sebelum meneruskan 4 rakaat terakhir. Doa tersebut seperti berikut.
DOA SELEPAS TARAWIH
Maksud doa :
Setelah selesai Tarawih terakhir, doa ini akan dibaca.
SOLAT SUNAT WITIR SEBAGAI PENUTUP
Solat sunat Witir akan didirikan selepas selesainya solat sunat Tarawih. Solat ini dilakukan sekurang kurangnya satu rakaat dan bagi had sempurna dilakukan sebanyak 3 rakaat (2 salam). Bilal akan memberitahu jemaah dengan lafaz ini.
LAFAZ NIAT SOLAT WITIR DUA RAKAAT
LAFAZ NIAT SOLAT WITIR SATU RAKAAT
WIRID & DOA SELEPAS SELESAI SOLAT
Selepas solat sunat Witir, bacaan tahlil pendek ini dibaca sebanyak 2 kali.
Kemudian disambung dengan bacaan ini sebanyak satu kali.
Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai.
Selesai sahaja zikir, korang boleh membaca doa dan doa adalah bebas. Ini adalah cadangan doa untuk dibaca.
Selesai bacaan doa itu, bacaan disambung dengan Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan doa yang kedua ini.
Untuk info semua, bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang sering dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat yang terdiri dari 8 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Sunat Witir. Solat Sunat Tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat ( 4 kali 2 rakaat) dengan setiap 2 rakaat satu salam. Oleh kerana solat sunat ini boleh dilakukan secara bersendirian, maka terdapat 2 lafaz niat.
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen kepada setiap ahli simpanannya. Dividen Simpanan Shariah sebanyak 6.4 peratus berbanding Simpanan Konvensional sebanyak 6.9 peratus.
Bagi yang ada caruman dalam KWSP tu bolehlah tengok berapa dividen diperoleh untuk tahun 2017 ini ya. Kata KWSP, inilah dividen tertinggi yang mereka berikan kerana pertumbuhan ekonomi negara yang baik. Bukan semacam ASB yang mana duit boleh keluar masuk, duit KWSP khususnya Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun sahaja.
Tapi ada pengecualian di sini, korang boleh keluarkan duit dari Akaun 2 untuk pembayaran balik PTPTN, pembelian rumah, mengurangkan baki pinjaman perumahan, perubatan dan terakhir untuk pendidikan. Lain-lain sebab memang tak ada peluang langsung ya.
Untuk golongan muda dan belia, inilah tabung simpanan hari tua kita. Sebab itulah bila korang bekerja, korang kena pastikan majikan ada membuat caruman dan membayarnya ke KWSP. Kalau potong tapi tak masuk ke KWSP, boleh lapor pada pihak KWSP dan majikan boleh kena saman tau.
Apa beza tentang Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah? Remaja kongsikan sedikit maklumatnya.
Bagi Simpanan Konvensional, pihak KWSP akan membuat pelaburan yang dijangka memberikan pulangan yang lumayan. Bidang pelaburan ini tidak terhad, dalam erti kata lain, asalkan boleh menjana keuntungan. Mungkin dalam sektor hartanah, perbankan, bon dan banyak lagi.
Manakala Simpanan Shariah pula diurus dan dilaburkan berdasarkan akad wakalah. Bukan islam pun boleh membuat pilihan ini tapi terpulanglah pada pilihan masing-masing, tak ada paksaan.
Dianggarkan dari 14 juta pekerja pekerja yang mencarum, dari Jun 2016, seramai 705,485 orang pencarum telah memilih untuk menukar simpanan mereka ke Simpanan Syariah, dari jumlah keseluruhan. Dari RM100 bilion yang dikhasnya untuk Simpanan Syariah, hanya RM68 bilion telah dilanggan sejak 20 bulan lalu.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa dividen syariah ini lebih rendah sebanyak 0.5 peratus berbanding simpanan konvensional. Mana lebih baik, Shariah atau Konvensional.
Tapi baca baik-baik penjelasan dari Dr Zaharuddin Abd Rahman yang juga bekas penolong profesor di Kulliyyah of Economics and Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selain terkini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Elzar Shariah Solutions and Advisory Sdn Bhd.
Kalau ramai merasakan simpanan konvensional lebih untung (untung 0.5 peratus), tapi pasti ramai terkejut kerana simpanan konvensional ini agak “RUGI” kerana duit dividen yang diterima itu perlu dibersihkan (maksudnya disedekahkan) ke fakir miskin dan badan kebajikan kerana 65 peratus pelaburan KWSP tidak patuh syariah. Dalam erti kata mudah, pelaburan ini ada unsur-unsur riba dan subahah.
Senang cerita, kiraan dividen adalah seperti berikut:
Bagi umat islam, kita digalakkan berurus niaga jika tiada unsur-unsur riba. Jadi ingat-ingat ya, bila nak keluarka duit pada usia 55 tahun nanti, kena keluarkan sejumlah bayaran untuk pembersihan dividen ini. Duit itu tidak boleh diberikan kepada PUSAT ZAKAT kerana ada unsur subahah dan cuma boleh diberikan kepada FAKIR MISKIN DAN BADAN KEBAJIKAN sahaja.
Untuk lebih faham, boleh baca penjelasan Ustaz Dr Zahiruddin mengenai faedah simpanan shariah dan konvensional mengenainya.
10 Februari lalu, Dr Zaharuddin telah menulis di entri facebooknya mengenai dividen KWSP ini. Malah beliau telah mengulas panjang perkara ini bagi memberi pemahanan lebih kepada umat Islam mengenai dividen ini.
Ustaz Zaharuddin sangat terkenal kerana beliau merupakan pakar kewangan syariah
Baca kenyataannya :-
DIVIDEN SIMPANAN SHARIAH KWSP
Alhamdulillah Simpanan Shariah berjaya mencatat 6.4 % namun sedikit rendah berbanding konvensional antaranya kerana dua sebab utama iaitu:-
Prestasi saham-saham pelbagai institusi kewangan konvensional (riba) terbesar yang dilabur oleh simpanan konvensional mencatat keuntungan dan dividen besar pada tahun 2017. Manakala simpanan Shariah hanya boleh melabur dalam satu bank Islam sahaja. Justeru, tiada sumber keuntungan Simpanan Shariah datang dari hasil industri riba seperti simpanan konvensional.
Prestasi saham-saham patuh syariah yang dipegang oleh tabungan simpanan syariah antaranya dalam sektor telekomunikasi, gas dan minyak mengalami penurunan semenjak 18 bulan yang lalu berbanding harga kos sewaktu belian dahulu. Ini menjadikan kadar dividen simpanan syariah terganggu disebabkan peratusan ‘impairment’ yang lebih besar.
Pun begitu seluruh dividen 6.4 % dari Simpanan Shariah yang dikira melalui cara ‘daily balance’ (baki harian) tersebut akan dinikmati sepenuhnya oleh ahli TANPA PERLU sebarang pembersihan kerana semua diraih melalui pelaburan patuh Shariah. Tahniah… !!
Manakala bagi muslim/muslimah yang mendapat 6.9 % hasil dividen simpanan konvensional, kalian WAJIB membuat pembersihan kerana majoriti dividen datang dari sumber TIDAK PATUH SHARIAH. Jumlah kadar pembersihan?? Sangat banyak iaitu 64 % dari dividen konvensional tersebut, maka itu menjadikan dividen penyimpan konvensional sangat rendah jika dilihat dari perspektif patuh Shariah.
Dengarkan juga kuliah Maghrib yang beliau sampaikan mengenai isu ini. Mungkin selepas ini, selepas membaca dan mendengarnya maka semakin ramai umat Islam beralih kepada simpanan patuh syariah.
Ulasan ringkas petikan dari ceramah muamalat di Surau Al-Mukmin, Gombak, berkenaan dividen simpanan shariah dan penyucian perlu bagi penerima dividen simpanan konvensional. Isu zakat dividen kwsp dan yang berkaitan. Semoga bermanfaat.Perihal 'impairment' yang terpaksa direkod sebagai loss kepada tabung, boleh lihat prestasi harga saham-saham telekomunikasi yang dipegang pada jumlah yang besar seperti TM, Axiata, Digi & Maxis pada sekitar pertengahan tahun 2016 dan bandingkan harganya 18 bulan selepas itu. Begitu juga halnya pada saham oil and gas seperti UMWOG. Menurut framework IFRS, ini perlu direkod sebagai kerugian hatta walau belum direalisasikan dengan jualan.
Carian Remaja mengenai isu riba ada dinyatakan di dalam surah al Baqarah.
Allah berfirman yang ertinya, Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (QS. Al-Baqarah: 276).
Rasulullah pernah bersabda hal berkaitan riba, “Sesungguhnya wang satu dirham yang didapat oleh seseorang dari riba itu lebih besar dosanya di sisi Allah dibanding 28 kali dosa zina yang dilakukan orang tersebut,” (HR. Ibnu Abid Dunya dalam Ash-Shamtu, 175, dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 5519). Semoga Allah menyelamatkan kaum muslimin dari keburukan riba. [Redaksi KhotbahJumat.com]
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!