Setiap kali tibanya musim Ramadan dan perayaan, kita pastinya akan ‘dimanjakan’ dengan seleksi menu baru untuk dicuba untuk tempoh masa terhad.
Terbaru, rangkaian Restoran Makanan Segera Halal Tempatan yang terbesar, Marrybrown tidak ketinggalan untuk memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang mengetengahkan masakan Rendang dan juga makanan tempatan lain.
Namanya pun tempoh masa terhad, menu ini hanya tersedia secara eksklusif di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari ini sehingga stok masih ada!
Marrybrown memperkenalkan sajian tradisi masakan melayu iaitu Rendang sebagai salah satu menu Riang Ramadan Raya yang menjadi sebahagian daripada matlamat mereka untuk memberikan “tarikan tersendiri” kepada para pelanggan seperti Double Rendang Ayam Burger dan Pai Nangka.
Ads
Pada masa yang sama juga Marrybrown membawa kembali menu kegemaran seperti Nasi Rendang Ayam dan Meriah Bucket MB, yang pastinya akan mengukir senyuman kepada semua yang mencubanya.
Memang Best boleh menikmati Double Rendang Ayam Burger yang tersedia dengan dua keping patti ayam yang disalut kuah Rendang dengan rempah ratusnya. Korang boleh memilih Double Rendang Ayam Burger Combo yang tersedia dengan kentang goreng sederhana dan satu minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM17.90.
Bagi korang yang gemar makanan ala tradisional boleh memilih Nasi Rendang Ayam Combo yang juga tersedia dengan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM15.90.
Ads
Kedua-dua sajian Double Rendang Ayam Burger dan Nasi Rendang Ayam, boleh dipilih dalam Riang Rendang Meal. Set yang tersedia ini lengkap dengan Double Rendang Ayam Burger, Nasi Rendang Ayam, MB BBQ Potato Chips, dan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM29.90.
Paling special untuk koleksi menu kali ini di Marrybrown bagi penulis ialah Pai Nangka yang boleh dipesan dengan mana-mana set, berharga RM3.50.
Set juadah bersama keluarga pula, boleh memilih Meriah Bucket MB yang tersedia dengan 6 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM49.90, dan Meriah Bucket MB 9 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM63.90. Juga tersedia dengan cheesy wedges, dua paket MB BBQ Chips, dan satu botol 1.5L Fanta Strawberry.
Wah, menarik bukan?
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada Marrybrown, Aplikasi Marrybrown, promosi dan servis penghantaran. Facebook: Marrybrown Malaysia
Kes rogol di india bukan asing lagi dihalwa telinga kita… Betapa beratnya menjadi perempuan di India. Selain menjadi objek kekerasan seksual, malah kaum wanita juga didiskriminasi di negara tersebut.
“Harapkanpagar, pagarmakanpadi.” itulah perumpamaan yang boleh digambar dengan situasi di India ini.
Baru-baru ini, Ketua Hakim India, Sharad Arvind Bobde menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak seluruh dunia selepas memberitahu pesalah kes rogol untuk mengahwini mangsanya yang juga merupakan pelajar sekolah. Jika perogol tidak mahu kehilangan kerja dan disumbat dalam penjara.
Bobde dilaporkan berkata kepada juruteknik kerajaan yang didakwa atas pertuduhan merogol mangsanya, pelajar sekolah:
“Kalau kamu berkahwin dengan dia (mangsa), kami boleh bantu. Kalau tidak, kamu akan kehilangan kerja dan masuk ke penjara”.
Menurut laporan The Guardian, rentetan daripada hal ini lebih dari 5,200 orang telah menandatangani petisyen yang mendesak Ketua Hakim berkenaan untuk meletak jawatan.
Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan jenayah bersiri terhadap mangsanya termasuk mengintai, mengikat dan merogolnya berulang kali.
Tertuduh juga pernah mengancam mahu menyiram mangsa menggunakan petrol untuk dibakar hidup-hidup, selain mengugut untuk membunuh saudara mangsa.
Aktivis Hak Asasi Manusia juga telah menulis surat terbuka kepada Ketua Hakim yang mendesak dia untuk berundur dari jawatannya.
Untuk info, menurut data kerajaan yang dikeluarkan, secara purata seorang wanita diperkosa setiap 15 minit di India pada tahun 2018, menggariskan reputasi negara itu sebagai salah satu tempat paling buruk di dunia kepada kaum hawa.
Sumber: The Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pemenang pingat perak Olimpik Paris 2024 bagi acara menembak, Kim Ye Ji mendedahkan bahawa antara cara beliau menguatkan daya ketahanan fizikal dengan menunggang basikal sejauh 90 kilometer sebagai latihannya setiap hari.
Menerusi episod terbaru dalam rancangan ‘You Quiz On The Block’ yang disiarkan pada 4 September, Yeji berkongsi mengenai fakta mengejutkan tersebut semasa ditemubual pengacara Yoo Jae Suk dan Jo Se Ho.
Menurut atlet yang tular di media sosial itu, dia memilih berbasikal kerana ia meupakan latihan fizikal yang berkesan buat dirinya dan Yeji memberitahu dia mengayuh sejauh kira-kira 56 batu di antara Jeonju dan Imsil.
“Saya terfikir sendiri ‘cara apa yang paling berkesan untuk berlatih sambil menjimatkan masa’. Jadi saya memutuskan untuk bertolak pada pukul 5 pagi dan mengayuh selama dua jam setengah ke tempat latihan menembak”
Latihan intensif ini merupakan hasil dari pilihan atlet yang berusia 32 tahun itu untuk mengoptimumkan masa sambil mengekalkan kecergasan. Jadi, secara keseluruhan, beliau akan menghabiskan lebih daripada lima jam menunggang basikal setiap hari.
Dalam pada itu, Yeji yang kerap menjalani rutin yang ketat juga berkongsi kisah ketika dia mengalami kemalangan jatuh dari basikal sehingga menyebabkan luka di bahagian dagu.
“Kulit dagu saya tercalar dan waktu itu sangat sakit sampai saya ingatkan rahang saya dah patah. Saya mengerang kesakitan sambil pegang dagu untuk seketika,” tambahnya.
Meskipun mengalami kesakitan pada waktu itu, Yeji memilih untuk terus menunggang basikal ke tempat latihan menembak daripada mendapatkan rawatan perubatan, menunjukkan dedikasi dan tekadnya yang luar biasa sebagai atlet negara Korea Selatan.
“Waktu itu saya cuma fikir saya perlu pergi kerja, jadi saya terus pakai helmet dan terus kayuh ke tempat kerja sambil berdarah,” katanya.
Sekadar info, Kim Ye Ji baru-baru ini memenangi pingat perak dalam acara pistol udara 10m di Olimpik Paris 2024. Dia juga memenangi emas dalam acara pistol udara 25m dan perak dalam acara pistol udara 10m di Piala Dunia ISSF pada Julai 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari meraih perhatian warganet apabila memohon bantuan orang ramai selepas kucing kesayangannya, Luna, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan banyak darah.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Awal berkongsi berita duka tersebut dan menyeru pemilik kucing di sekitar Lembah Klang untuk tampil membantu.
Penderma darah kucing
Menurut Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, Luna kini sedang dirawat di Saint Angel Animal Medical Center, Puchong dan memerlukan penderma darah kucing dengan segera.
“Assalamualaikum, kucing kami iaitu Luna berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah serta memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Lebih menyentuh hati, Awal turut menegaskan bahawa pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan pemeriksaan kucing penderma. Beliau hanya mengharapkan keprihatinan pemilik kucing yang tinggal berhampiran untuk hadir bersama haiwan peliharaan mereka bagi membantu menyelamatkan nyawa Luna.
“Kami sangat hargai pemilik kucing yang tinggal berhampiran yang ingin membantu, untuk membawa kucing peliharaan anda ke Saint Angel Animal Medical Center, Puchong. Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai pihak kami,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Impak Maksima ini turut meluahkan harapan agar lebih ramai tampil mendoakan kesembuhan buat Luna, serta memohon agar segala kebaikan yang dihulurkan dibalas dengan ganjaran oleh Allah SWT.
Warganet dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan semangat dan doa buat Awal serta Luna. Ramai yang tersentuh dengan keprihatinan selebriti ini, yang sanggup berkongsi kesulitan demi memberi peluang kedua kepada kucing kesayangannya.
Buat pencinta haiwan, inilah masanya untuk kita sama-sama memainkan peranan dan menyebarkan empati bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada makhluk yang tidak mampu bersuara.