Peserta program fitness Maskulin Who’s Your Bro, Hakimi Noordin menjelaskan perbuatannya yang gemar membuka baju sewaktu aktiviti larian, Challo Run dan seterusnya memuat naik ke laman sosialnya bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk aset tubuh kekar.
Sebaliknya, Hakimi, 24 berkata ia hanyalah rutin yang biasa dilakukan bukan sahaja olehnya tetapi juga oleh lelaki lain yang aktif bersukan.
Hakimi Noordin.
Hakimi yang ditemui sewaktu program temubual digital, Gempak Most Wanted diajukan soalan berkenaan dek komen-komen warganet di platform seperti X dan TikTok yang merasakan tabiat itu bersifat ‘poyo’ dan menunjuk-nunjuk.
Begitupun, respon jejaka berketinggian 185cm ini terhadap pertanyaan Sean Lee itu kekal tenang dan jelas.
“Saya memang meminati dunia fitness… berlari, bermain bola sepak, gym. Saya sebenarnya sudah lama tidak berlari, kali terakhir waktu di bangku sekolah dulu. Jadi larian pertama saya adalah sepanjang 10 kilometer, pace 5 sewaktu ‘KL Car Free Day’.
“Sejak itu, saya ‘ketagih’ dengan aktiviti ini dan saya benar-benar enjoy. Saya fikir kalau kita mula jadikan larian sebagai rutin, kita tidak rugi apa-apa pun malahan banyak kelebihan yang kita peroleh,” ulas Hakimi.
Ads
Buka Baju
Mungkin mereka yang tidak berpengalaman dalam aktiviti larian kurang tahu mengenai mannerism lelaki yang membuka baju. Namun untuk salah seorang anggota komuniti pelari, Hakimi berkata ia adalah mentaliti yang sudah sebati dengannya dan atlet-atlet lain.
Hanya disebabkan namanya kian dikenali sama ada di pentas peragaan mahupun sebagai pempengaruh media sosial, warganet pantas menghukumi perbuatannya itu.
“Saya bukan hendak show off atau apa. Tapi selepas berlari seketika, badan kita jadi panas dan sudah berpeluh-peluh. Ini mind set saya; jika saya buka baju kemungkinan saya boleh berlari dengan lebih laju lagi apabila kurang bawa bebanan baju lencun tadi.”
Ads
“Perkara ini (buka baju) mungkin jadi isu kerana saya dan yang lain-lain (ahli Challo Run) dikenali. Sebab itu kami mendapat komen (negatif daripada warganet). Sebenarnya, ramai lagi atlet-atlet yang buka baju ketika training namun kerana kurang dikenali, orang tidak bercakap lebih mengenai mereka.
“Seperkara lagi, ia juga adalah satu bentuk motivasi untuk orang di luar sana untuk memiliki badan fit juga,” ulasnya lagi.
Aktres dan usahawan jelita, Anzalna Nasir berkongsi pengalaman peribadi yang cukup menyentuh hati apabila mengakui sering terjaga di tengah malam untuk menunaikan solat Tahajjud tanpa bantuan jam loceng.
Menurut bekas peserta Dewi Remaja itu, perkara berkenaan bukan satu kebetulan sebaliknya tanda kasih sayang Allah SWT yang memanggilnya untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
“Saya jauh daripada sempurna. Tapi entah bagaimana, Allah selalu bangunkan saya untuk solat Tahajud tanpa jam loceng. Itu bukan kebetulan, tapi jemputan daripada-Nya untuk saya bercakap dengan Dia.
“Hati saya rasa sebak dengan rasa syukur. Walaupun saya banyak kekurangan, Dia tetap mengizinkan saya hadir di hadapan-Nya pada saat paling sunyi di malam hari.
“Besarnya rahmat dan kash sayang daripada Yang Maha Pengasih,” tulisnya panjang di media sosial.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengikut yang turut meluahkan rasa kagum serta mendoakan agar Anzalna terus kekal istiqamah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Resorts World Genting (RWG) milik Genting Malaysia Bhd hari ini mengumumkan bahawa taman tema luar terbaharunya, Genting Skyworlds dijangka siap dan dibuka kepada orang awam pada suku kedua tahun ini.
Dalam sidang media yang dianjurkan secara virtual tengah hari tadi, RWG berkongsi bahawa mereka telah membelanjakan lebih $USD800 juta ($USD1 = RM4.04) pada taman tema tersebut dan mereka percaya ia akan menarik ramai pengunjung dari sekitar rantau Asia Tenggara.
Bagaimanapun, kata Naib Presiden Eksekutif RWG Leisure and Hospitality iaitu Datuk Edward Holloway, Genting Skyworlds akan memberi tumpuan untuk menarik pelancong domestik terlebih dahulu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan dan perjalanan di antara negeri dibenarkan.
Jadi, korang bolehlah jangkakan beberapa promosi yang akan ditawarkan kepada pelancong dalam negara untuk tempoh enam bulan hingga satu tahun ini selepas ia dibuka kepada orang ramai.
Sebaik saja sempadan dibuka semula, mereka menjangkakan ketibaan pengunjung dari negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Hong Kong dan China.
Logo baharu Genting Skyworlds yang dilancarkan pada hari ini. Foto: Resorts World Genting
Genting SkyWorlds juga akan menggabungkan jenama dan harta intelek 20th Century Fox melalui kerjasama strategik antara Genting Malaysia dan 20th Century Fox.
Wah, mesti gempak kan. Tak sabar nak tunggu suku kedua 2021.
Tapi, jangan nanti berpusu-pusu pula korang naik ke Genting Highland. Berlibur tak salah asalkan jaga SOP, okay?
Sementara tunggu, jom layan dulu video teaser animasi Genting Skyworlds di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, Tenom, Sabah telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya muncul juara dalam Festival dan Pertandingan Tarian Rakyat Antarabangsa ke-26 yang berlangsung di Istanbul, Turkiye.
Dalam pertandingan yang berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun itu, pelajar-pelajar berkenaan mempersembahkan tarian Magunatip, iaitu tarian tradisional masyarakat Murut yang memerlukan ketangkasan dan koordinasi tinggi.
Dalam pada itu, tarian tersebut bukan sahaja berjaya memikat hati penonton, malah memukau juri sehingga membolehkan pasukan dari Sabah ini mengatasi 13 pasukan lain dari pelbagai negara untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Kredit foto: Warta Oriental
Lebih membanggakan, kumpulan tersebut turut menerima Anugerah Persembahan Terbaik, satu pengiktirafan yang menegaskan reputasi mereka sebagai antara pasukan kebudayaan terbaik dunia.
Menurut jurulatih kebudayaan sekolah, Siti Faridah Lawadin, kejayaan itu adalah hasil usaha gigih para pelajar serta sokongan padu pihak sekolah dan komuniti.
“Mereka berjaya mengatasi 13 pasukan lain dari seluruh dunia dan muncul sebagai juara. Ini bukan sahaja mengangkat nama sekolah dan Sabah, tetapi juga meletakkan seni tradisional kita di pentas dunia,” katanya.
Pada masa yang sama, Siti Faridah turut menjelaskan bahawa penyertaan ini menjadi platform penting dalam usaha memartabatkan budaya tempatan ke peringkat global, selain menyemai rasa bangga dalam kalangan generasi muda terhadap seni warisan negara.
Kredit foto: Warta OrientalKredit foto: Warta Oriental
“Persembahan hebat ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton antarabangsa dan delegasi kebudayaan yang hadir. Ia secara tidak langsung memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye melalui pendekatan budaya serta warisan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, kejayaan mereka kali ini juga berjaya menamatkan dominasi juara bertahan dari Rusia yang memenangi pertandingan tahun lalu. Kemenangan ini sekaligus membuka lembaran baru buat pasukan tersebut dalam arena tarian antarabangsa.
Sekadar info, tarian Magunatip sinonim dengan masyarakat Murut dan terkenal dengan persembahan lompatan di antara batang buluh yang diketuk mengikut irama. Ia bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal dan disiplin tinggi, malah mencerminkan warisan budaya yang unik dan penuh simbolik.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!