Bukan sekadar bergandingan di hadapan kamera, malah hubungan mesra antara pelakon senior dan pendatang baharu turut mencuri perhatian ramai.
Pelakon terkenal, Fasha Sandha baru-baru ini tidak lokek meluahkan rasa bangga terhadap bakat lakonan bekas peserta Dewi Remaja 2025, Sharmaine Alexander, yang disifatkan berjaya menggalas watak mencabar menerusi drama terbaharu, Kasih Yang Terkorban.
Babak Emosi Jadi Cabaran Buat Kedua-Dua Pelakon
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik momen di sebalik tabir penggambaran yang memaparkan babak emosional membabitkan dirinya dan Sharmaine.
Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, babak berkenaan memerlukan mereka menghayati emosi yang cukup berat sehingga kedua-duanya perlu menangis.
“Behind the scene. Momen buat babak berat. Nangis-nangis,” tulisnya.
Ads
Bangga Lihat Perjalanan Sharmaine Dari Dewi Remaja Ke Dunia Lakonan
Dalam perkongsian sama, Fasha turut meluahkan rasa bangga melihat perkembangan Sharmaine yang kini semakin menyerlah sebagai pelakon.
Baginya, perjalanan Sharmaine daripada pentas pertandingan Dewi Remaja ke dunia lakonan membuktikan bahawa bakat yang digilap dengan usaha dan dedikasi mampu membawa seseorang lebih jauh.
“Daripada pentas pertandingan Dewi Remaja ke dunia lakonan, awak telah membuktikan bahawa bakat, dedikasi dan kerja keras sememangnya mampu menyerlah.
“Saya sayang awak anak mama. Terbanglah lebih tinggi dan nikmati setiap detik perjalanan ini,” katanya.
Ads
Sharmaine Akui Banyak Belajar Daripada Fasha
Perkongsian itu turut mendapat perhatian Sharmaine yang membalas ucapan tersebut di ruangan komen.
Menurutnya, sepanjang menjalani penggambaran drama Kasih Yang Terkorban, Fasha banyak membimbingnya terutama ketika menjayakan babak yang mencabar dari segi emosi.
“Terima kasih mama kerana membimbing saya.
“Itu babak paling berat untuk Sara, tetapi mama bimbing saya langkah demi langkah sepanjang penggambaran.
“Mama sangat terbaik sampai saya takut tak mampu ikut momentum lakonan mama. Terima kasih sebab sabar walaupun saya masih banyak yang perlu belajar,” balasnya.
Bakal Temui Penonton Julai Ini
Untuk rekod, drama Kasih Yang Terkorban bakal menemui penonton menerusi saluran Astro dengan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 13 Julai 2026.
Nampaknya, gandingan Fasha Sandha dan Sharmaine Alexander pasti menjadi antara tarikan utama drama ini, lebih-lebih lagi selepas perkongsian di sebalik tabir yang memperlihatkan keserasian mereka sepanjang penggambaran.
:::writing
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tengah sibuk tentang kemelut politik yang sedang melanda dan dikala rakyat Malaysia masih menanti siapakah bakal menjadi Perdana Menteri. Tidak disangka-sangka pelakon, Ben Amir memuat naik satu ciapan mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) mencuri tumpuan warganet di laman Twitter.
Menerusi ciapan tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu sedang mencari TPM atau dalam erti kata lain adalah calon isteri dengan meletakkan beberapa kriteria yang diidamkan.
I’m creating my own government. Looking for TPM. Preferably a gym girl, pandai masak, will laugh at my lame jokes, has motherly instincts, pushes me to be better and also a baddie *wink wink*
“Saya membina kerajaan sendiri. Mencari TPM. Seelok-eloknya gadis yang pergi gimnasium, pandai masak, akan terhibur dengan lawak saya yang membosankan,” tulisnya semalam.
Dalam ciapan sama, pelakon kacak itu turut berharap gadis yang dicari mempunyai naluri keibuan selain boleh menjadikan dirinya ke arah lebih baik.
Malah, pemerhatian kami di ruangan komen netizen juga aktif mencuba nasib masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah ya untuk berdepan dengan saingan hebat seluruh dunia sebelum berjaya dipilih masuk ke universiti berstatuskan Ivy League di Amerika Syarikat.
Namun, itu tidak bermakna impian itu mustahil buat dua orang remaja Malaysia ini. #proud!
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Harvard Club in Malaysia, dua orang pelajar yang dikenali sebagai Mohamed Aqil bin Azmi dari Shah Alam Selangor dan Zad Chin Qi Qi dari Ipoh Perak telah berjaya diterima masuk ke Harvard College untuk mengikuti jurusan sarjana muda.
Kedua-dua pelajar pintar ini kini sedang mengikuti program A-level sebagai persediaan ke sana di Kolej Yayasan UEM Banting di mana masing-masing menerima biasiswa daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Khazanah.
Aqil terlebih dahulu menerima pendidikan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam manakala Zad mula merupakan pelajar SMJK Ave Maria Convent di Ipoh.
*
Sesiapa saja akan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Harvard College. Iyalah, institusi tersebut sentiasa berada dalam kedudukan 10 universiti terbaik dunia dalam mana-mana carta antarabangsa.
Untuk kemasukan batch 2024 ini, seramai 40,248 orang calon menghantar permohanan mereka dan hanya 1,980 orang pelajar saja dari seluruh dunia yang berjaya menempatkan diri.
Daripada jumlah itu pula, hanya 10.8 peratus saja merupakan pelajar antarabangsa (bukan warganegara Amerika Syarikat). Jadi bayangkan sajalah saingan yang perlu dilalui oleh Aqil dan Zad.
Menurut alumni Malaysia daripada institusi tersebut iaitu Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, Aqil dan Zad telah membuatkannya kagum semasa sesi temuduga. 2 remaja tersebut dilihat bijak, matang dan mempunyai semangat yang hebat untuk menyumbang semula kepada masyarakat kelak.
Aqil bersiap sedia untuk mengambil jurusan Matematik dan Falsafah. Manakala Zad pula lebih meminati bidang Sains Komputer dan Pengajian Sosial. Kedua-duanya juga sangat aktif dengan aktiviti di luar kelas dan itu merupakan antara bonus kepada permohonan mereka.
Kali terakhir pelajar dari Malaysia diterima masuk adalah pada tahun 2017. Jadi ini merupakan satu perkembangan positif buat sektor pendidikan negara.
Sekali lagi, REMAJA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kalian!
Mereka telah membuktikan bahawa ramai sebenarnya remaja Malaysia yang bijak dan berbakat.
Bagi peminat francais Resident Evil, Sony Pictures bakal melancarkan sebuah lagi filem baharu Resident Evil: Welcome to Raccoon City yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kaya Scodelario, Robbie Amell, Avan Jogia dan Hannah John-Kamen.
Kembali kepada asal usul francais Resident Evil yang sangat popular, pembikin filem, yang juga peminat Resident Evil, Johannes Roberts menghidupkan permainan itu untuk generasi baharu. Dalam filem ini, kawasan yang pernah menjadi tempat berkembang bagi syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi sebuah bandar Midwestern yang hampir mati.
Peninggalan syarikat itu telah menyebabkan Raccoon City menjadi tanah terbiar dengan kejahatan yang hebat. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan yang terselamat mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik syarikat Umbrella dan memastikan mereka dapat menyelamatkan diri.
Filem arahan Johannes Roberts ini bakal ditayangakan di seluruh pawagam tanah air bermula 6 Januari depan dan berita baik buat pembaca Remaja, kami ingin memberikan hadiah istimewa berupa merchandise dan tiket tayangan perdana menonton Resident Evil: Welcome to Raccoon City.
Tarikh: 5 Januari 2022 Masa: 8.30 malam Lokasi: GSC The Starling Mall
Merchandise istimewa daripada Resident Evil: Welcome to Raccoon City
10 x Resident Evil: WTRC T-SHIRT
10 x Resident Evil: WTRC UMBRELLA
10 x Resident Evil: WTRC MASK HOLDER
10 pairs (20 tickets) x PREMIERE PASSES
Foto: Sony PicturesFoto: Sony Pictures
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!