Hari ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia masih membicarakan tsunami politik yang benar-benar memberi pukulan “smash kencang” kepada Barisan Nasional dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Sebelum keputusan diumumkan awal pagi tadi, ada banyak cakap-cakap di belakang mengenai #tsunami orang Melayu, #anak muda, #gelombang kemarahan rakyat tentang gst dan pelbagai lagi bualan lain. Namun satu yang pasti dan benar-benar menjadi igauan tentunya teori nama bekas Perdana Menteri pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN yang disebut-sebut selama ini sebagai TEORI RAHMAN yang mana ia menjadi susanan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini.
Jika diukur tentang sejarah Malaysia, teori nama ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memerintah selama 13 tahun bermula dari 1957 hingga 1970. Beliau digelar bapa kemerdekaan negara.
Selepas ketiadaannya, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua selama enam tahun bermula dari 1970 sehingga 1976 dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau mewakili huruf A bagi teori ini. Malah generasi Felda pasti cukup mengingati allahyarham kerana bermula dari era beliaulah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di Malaysia.
Ads
Teori nama RAHMAN ini diteruskan apabila Tun Hussein Onn diangkat sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia dan mewakili huruf H. Bapa kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishamudin Tun Hussein Onn ini memerintah Malaysia bermula dari 1976-1981. Kejayaannya yang paling besar ialah menyatu padukan penduduk pelbagai kaum sehingga digelar Bapa Pembangunan.
Seterusnya, mewakili harapan seluruh rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dan paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Auranya sudah cukup bergema ke seluruh pelusuk tanahair sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekali pun kalah dalam pilihanraya sejak 60 tahun lalu dan tahun ini Pakatan Harapan mencatat sejarah dalam negara.
Ads
Selepas turun dari memerintah Malaysia, teori nama ini berjangkit kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili huruf A bagi nama RAHMAN ini. Hanya memerintah selama enam tahun bermula dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, beliau kemudiannya digantikan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mewakili huruf N.
Ternyata hari ini, dengan kemenangan kerusi di Parlimen sebanyak 89 sahaja, kerajaan Barisan Nasional gagal membentuk kemenangan mudah dan teori nama RAHMAN BERAKHIR pada hari ini dengan enam Perdana Menteri Malaysia terlantik setakat ini.
Nyata, teori nama RAHMAN ini benar-benar BERHANTU dan menjadi kenyataan kerana era UMNO bagi rakyat Malaysia sudah mulai hilang popularitinya khususnya di kalangan anak muda yang benar-benar bangkit sekaligus menjadikan medium politik Malaysia yang mahukan suara anak muda lebih lantang di Parlimen mula menjadi kenyataan.
Dengan kekalahan Barisan Nasional, nampaknya nama-nama favourite seperti Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk diangkat sebagai Perdana Menteri semakin menjauh. Begitu juga Ketua Pemuda yang tall, dark dan hensem iaitu Khairy Jamaludin juga semakin menjauh bagi tempoh 5 tahun ini. Tidak terkecuali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
Apa pun, siapa pun Perdana Menteri kita (setakat artikel ini ditulis belum ada pengumaman rasmi tentang Perdana Menteri Malaysia ke-7 kerana masih belum mendapat perkenan YDP Agung, satukan saf, rapatkan ukhwah kerana kita semua adalah RAKYAT MALAYSIA yang cintakan keamanan, kemakmuran dan berganding atas nama Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, boleh dikatakan kebanyakan kawasan di sekitar Pantai Timur akan mengalami banjir ketika musim tengkujuh. Pada waktu inilah, ramai yang mengambil kesempatan untuk bermain air, terutamanya kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, ekoran daripada situasi pandemik COVID-19, kini individu yang ditahan bermain banjir di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas secara berkumpulan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.
Kredit foto: freemalaysiatoday (Gambar hiasan)
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Komisioner Mohamad Roy Suhaimi menjelaskan bahawa surat memaklumkan mengenai tindakan itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasri Mas termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tindakan yang diambil ini adalah antara usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang dilihat semakin meningkat di kawasan tersebut. Pihak berkuasa menjangkakan ‘pesta’ bermain air banjir ini akan kembali berulang jika tidak dibendung.
Langkah kawalan ini turut mendapat sokongan daripada segelintir netizen yang menyifatkan ia sebagai peringatan buat masyarakat supaya lebih berhati-hati, disamping mengelakkan penularan virus.
Apa-apa pun sama-samalah kita bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini dan bukan itu sahaja, bermain air banjir juga boleh mengundang bahaya. Jadi, elakkan bermain air sewaktu musim tengkujuh.
Sebuah artifak lama, kepala mumia dari Mesir yang dipercayai berusia 2,800 tahun, kini mula dijual dalam acara lelongan. Ia mula dibawa ke United Kingdom (UK) oleh seorang askar warga Britain semasa Perang Dunia Pertama.
Lapor Daily Mail, artifak yang tersimpan lama di dalam almari selama beberapa dekad, kini di lelong pada harga 20,000 pound iaitu bersamaan dengan RM111,481.
Dilaporkan, kepala mumia yang dipercayai berasal antara 800 dan 750 sebelum Masihi itu disimpan oleh keluarga askar yang identitinya tidak didedahkan, selama 100 tahun.
Selain itu, artifak berkenaan turut diawet semasa Tempoh Pertengahan Ketiga Mesir purba iaitu antara 1070 hingga 664 sebelum Masihi.
Tambah laporan itu lagi, ia akan dijual dalam acara lelongan Swan Fine Art yang bertapak di Teitsworth.
Pakar Swan Fine Art, Matthew Hull mengakui kepala mumia Mesir purba amat jarang sekali dapat dilihat dalam acara lelongan awam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Keyakinan diri adalah apabila seseorang itu berasa yakin dan percaya terhadap diri sendiri untuk berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Justeru itu, dengan mempunyai keyakinan diri, ia dapat membantu kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam menghadapi pelbagai keadaan.
Tapi kalau terlalu tinggi keyakinan dalam diri macam mana pula? Takut pula dilabel ‘perasan’.
Baru-baru ini, seorang usahawan muda mengelar dirinya sebagai remaja paling kaya di Malaysia sehingga mencetuskan reaksi dan kritikan ramai. Founder produk minuman kesihatan dari Kelantan, Ayunie memuat naik video di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menyambut kedatangan produknya yang baru restock semula dengan menaiki sebuah lori.
Paling kaya pada usia 19 tahun
Yang menjadi perhatian netizen apabila usahawan muda ini mendakwa dia adalah remaja paling kaya di Malaysia tidak sama seperti dengan remaja lain yang sedang bertungkus lumus habiskan pembelajaran mereka di kolej pada usia 19 tahun.
Susulan itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berani usahawan tersebut yang sangat berkeyakinan tinggi menyatakan dirinya adalah remaja paling kaya berbanding dengan remaja seusianya.
Malah, netizen turut menasihati gadis ini agar merendah diri kerana itu lebih baik.
Keyakinan diri bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru, menghadapi dan mengatasi masalah dan juga mencipta kejayaan. Apa-apapun, penulis puji keyakinan dan kesuksesan gadis ini dalam perniagaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Maha Klinik bukan sekadar sebuah pusat rawatan, sebaliknya menyimpan kisah cinta dan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Allahyarham...