
Setiap tahun, boleh dikatakan kebanyakan kawasan di sekitar Pantai Timur akan mengalami banjir ketika musim tengkujuh. Pada waktu inilah, ramai yang mengambil kesempatan untuk bermain air, terutamanya kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, ekoran daripada situasi pandemik COVID-19, kini individu yang ditahan bermain banjir di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas secara berkumpulan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Komisioner Mohamad Roy Suhaimi menjelaskan bahawa surat memaklumkan mengenai tindakan itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasri Mas termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tindakan yang diambil ini adalah antara usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang dilihat semakin meningkat di kawasan tersebut. Pihak berkuasa menjangkakan ‘pesta’ bermain air banjir ini akan kembali berulang jika tidak dibendung.



Langkah kawalan ini turut mendapat sokongan daripada segelintir netizen yang menyifatkan ia sebagai peringatan buat masyarakat supaya lebih berhati-hati, disamping mengelakkan penularan virus.
Apa-apa pun sama-samalah kita bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini dan bukan itu sahaja, bermain air banjir juga boleh mengundang bahaya. Jadi, elakkan bermain air sewaktu musim tengkujuh.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengapa Ethylene Oxide Merbahaya Hingga Akibatkan Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula?

Peminat aiskrim jenama premium Haagen-Dazs hari ini tersentak dengan penarikan balik produk-produknya dari pasaran Eropah setelah didapati mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO). Dakwaan tersebut berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF).
Notifikasi yang sama juga menyatakan terdapat penarikan balik produk aiskrim Haagen-Dazs dari negara Perancis kerana ia mengandungi ekstrak vanila dari negara Madagascar. Bahan tersebut dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan.
Apa yang membuatkan peminat Haagen-Dazs di Malaysia gusar dengan perkhabaran ini adalah kerana aiskrim vanila ini juga diedarkan ke beberapa buah negara lain termasuklah Malaysia.

Justeru untuk menenangkan orang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telahpun mengambil maklum tentang laporan tersebut sejak bulan Julai lalu lagi dan sudah mengambil tindakan sewajarnya.
Ini termasuklah memastikan syarikat yang mengimport produk aiskrim Haagen-Dazs yang mengandungi ekstrak vanila ini untuk menariknya balik di pasaran terlibat secara sukarela. Pihak KKM juga katanya masih meneruskan pemantauan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di sini.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Isu Penarikan Semula Produk Aiskrim Berjenama Haagen-Dazs Dari Pasaran Eropah yang Mengandungi Bahan Enthylene Oxide (ETO) pic.twitter.com/3pplUtNpdC
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) August 11, 2022
Nah, inilah sebab mengapa bahan Ethylene Oxide (ETO) ini merbahaya kepada pembelinya.
Dalam hantaran rasmi KKM di laman web Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, ETO merujuk kepada sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.
ETO juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.
Apapun, tindakan awal KKM ini seharusnya menenangkan korang yang terkejut dengan laporan hari ini. Sekiranya korang masih ragu-ragu dengan produk berjenama terlibat yang dijual, korang bolelah menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan pertanyaan kepada KKM atau di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Krisis Di Sudan Turut Dapat Perhatian Selebriti Antarabangsa, Termasuklah Rihanna

Krisis yang melanda Sudan sudah pun berlangsung hampir sebulan!
Dalam tempoh itu, dianggarkan seramai 100 orang sudah terbunuh manakala ramai yang tercedera. Tidak cukup itu, kadar jenayah turut meningkat membuatkan trending di laman media sosial dengan tanda pagar #PrayforSudan.
Selain netizen, ternyata krisis yang melanda Sudan turut mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Rihanna. Menerusi laman Twitternya, dia mengajak orang ramai agar mendoakan keamanan untuk negara itu.
“Saya menghantar kasih-sayang dan mendoakan keselamatan rakyat Sudan. Mereka mempunyai hak untuk bersuara dan menuntut keamanan serta keadilan serta peralihan kepada pemerintaan awam.
“Lebih 100 orang terbunuh manakala beratus-ratus orang lagi cedera dan ramai lagi bakal cedera dalam demonstrasi ketiga nanti.
“Penguatkuasa tentera perlu dipertanggungjawabkan. Berdoalah agar tiada lagi pembunuhan atau lebih kekejaman berlaku hari ini.
“Berjuanglah untuk hak asasi manusia di #Afrika dan bersama-samalah dengan para penunjuk protes di #Sudan,” tulisnya.
Military rulers need to be held accountable. Praying for no more killings or abuse today.
Fight for human rights in #Africa and stand with protesters in #Sudan. #BlueforSudan #IAmSudaneseRevolution #Watch_Sudan_on_June30th 💙🇸🇩💙🇸🇩💙
🙏🏿💪🏿🙏🏿💪🏿🙏🏿 pic.twitter.com/L6VM5AZfne— Rihanna (@rihanna) June 30, 2019
Untuk pengetahuan, krisis yang bermula sejak 3 Jun lalu berlaku setelah penyingkiran bekas Presiden Sudan, Omar Al-Bashir. Selepas itu, rakyat meminta agar hak pemerintahan diberikan kepada rakyat sebagai pemerintahan awam.
Bagaimanapun, Majlis Ketenteraan Peralihan (TMC) tidak melayan permintaan tersebut seterusnya membawa kepada protes supaya mereka menyerahkan kuasa. Tidak disangka bahawa protes tersebut berlangsung hampir sebulan lamanya.
#BlueForSudan
Sementara itu, turut dilancarkan kempen #BlueForSudan di mana orang ramai diminta memberikan sokongan dengan menukar gambar profil di laman media sosial sebagai tanda menyokong Sudan.
Ternyata, ia turut merebak kepada selebriti-selebriti dalam dan luar negara. Berikut merupakan antara selebriti yang memberikan sokongan terhadap isu di Sudan.
Asa Butterfield

Gaten Matarazzo

Pearl Mackie

Aimee Lou Wood

Ncuti Gatwa

Aween Ismail

Ashraff Moghni

Eleena Sui

Nadiyah Shahab

Semoga keadaan di Sudan akan beransur pulih. Apa-apapun, kita janganlah juga lupa untuk sentiasa mendoakan saudara-saudara kita di sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Body Shaming’ Lelaki Tak Handsome Macam Katak – Jojo Mohon Maaf, Akui Silap Berjenaka

Jaguh Muay Thai muda negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, akhirnya tampil memohon maaf susulan kenyataan kontroversi yang tular sebelum ini, apabila beliau secara berseloroh menggelar lelaki kurang tampan sebagai ‘macam katak’.
Kenyataan Jojo dalam satu video TikTok itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, malah ada yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk penghinaan terhadap rupa paras seseorang.
Namun begitu, Jojo yang baru berusia 18 tahun, menjelaskan situasi sebenar sambil menegaskan kenyataan tersebut hanya ditujukan kepada segelintir individu yang mempertikaikan kejayaannya di pentas sukan, dengan mengatakan beliau terkenal hanya kerana wajah yang kacak.
“Asal ramai sangat terasa fasal isu tu (panggilan katak), aku minta maaf. Tapi korang jangan lah lurus bendul sangat,” jelas Jojo dalam satu video penjelasan yang turut dimuat naik di TikTok miliknya.
“Sakit Hati Bila Orang Kata Aku Famous Sebab Handsome”
Menurut anak kelahiran Sarawak ini, sebagai atlet yang berusaha sejak kecil dengan rutin latihan ketat setiap hari, agak mengecewakan apabila ada pihak yang hanya mengaitkan popularitinya dengan rupa paras.
“Cuba fikir, kalau seseorang tu berlatih hari-hari dari kecil, tiba-tiba orang cakap aku famous sebab handsome je, korang tak sakit hati ke? Tetapi yang sakit hatinya bila aku capai kejayaan, orang cuma cakap pasal muka aku,” luah Jojo lagi.

Disebabkan itu, Jojo mengakui beliau ‘terlepas cakap’ dengan menggelar individu yang mempertikaikan kejayaannya sebagai ‘muka macam katak’, namun menegaskan ia bukan ditujukan kepada semua lelaki.
“Bukan aku cakap semua orang muka macam katak, jangan lurus bendul sangat. Tapi saya minta maaf kalau ada salah faham. Kalau tak suka aku, tolong block je aku,” tambahnya tegas.
Sentuh Isu IQ & Perspektif Hidup
Dalam penjelasan sama, Jojo turut menyentuh tentang tahap kecerdasan minda (IQ) seseorang yang menurutnya mempengaruhi cara seseorang menilai sesuatu isu.
“Berbeza dengan orang yang IQ tinggi, mereka akan cakap nak jadikan aku inspirasi. Hidup ni semua ada perspektif,” katanya.
Jojo turut menegaskan bahawa persepsi negatif terhadap dirinya tidak akan mematahkan semangat untuk terus berjaya, malah beliau mahu terus memberi inspirasi kepada golongan muda.

Tular Video Lama Undang Kontroversi
Terdahulu, video Jojo yang tular memaparkan dirinya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu yang mendakwa kejayaannya berpunca daripada rupa paras semata-mata. Dalam video itu, Jojo secara berseloroh berkata:
“Orang selalu cakap saya famous sebab saya handsome. Bab… bukan salah aku muka kau tak handsome. Bukan salah aku muka kau macam katak,”* katanya dalam nada bergurau.
Kenyataan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi. Ada yang menganggap ia sekadar gurauan, namun tidak kurang juga yang mengecam Jojo kerana dilihat seolah-olah menghina fizikal individu lain.
Nasihat Jojo Hati-Hati
Ruangan komen di TikTok dan media sosial lain penuh dengan pelbagai pendapat. Ada yang mempertahankan Jojo, mengatakan beliau masih muda dan hanya bergurau, namun ramai juga yang menasihati Jojo agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, apatah lagi beliau kini menjadi figura yang berpengaruh.
“Public figure kena jaga mulut, especially bila dah ada ramai followers. Gurauan macam ni boleh timbulkan salah faham,” tulis seorang pengguna TikTok.
Sumber: TikTok
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

