Keyakinan diri adalah apabila seseorang itu berasa yakin dan percaya terhadap diri sendiri untuk berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Justeru itu, dengan mempunyai keyakinan diri, ia dapat membantu kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam menghadapi pelbagai keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN : Miss Universe Thailand 2021 Perjuangkan Keyakinan Wanita Tanpa Mengira Saiz Badan

Tapi kalau terlalu tinggi keyakinan dalam diri macam mana pula? Takut pula dilabel ‘perasan’.

Baru-baru ini, seorang usahawan muda mengelar dirinya sebagai remaja paling kaya di Malaysia sehingga mencetuskan reaksi dan kritikan ramai. Founder produk minuman kesihatan dari Kelantan, Ayunie memuat naik video di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menyambut kedatangan produknya yang baru restock semula dengan menaiki sebuah lori.

Paling kaya pada usia 19 tahun

Yang menjadi perhatian netizen apabila usahawan muda ini mendakwa dia adalah remaja paling kaya di Malaysia tidak sama seperti dengan remaja lain yang sedang bertungkus lumus habiskan pembelajaran mereka di kolej pada usia 19 tahun.

IKLAN

 

@ayunieso24 restockkk #vitamilk ♬ DJ Sipak Nando Nando Meyden x DedeOmat – dedeomat

Susulan itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berani usahawan tersebut yang sangat berkeyakinan tinggi menyatakan dirinya adalah remaja paling kaya berbanding dengan remaja seusianya.

Dakwa Diri Remaja Paling Kaya Di Malaysia, Netizen Puji Keyakinan Usahawan Kelantan Ini

IKLAN

Malah, netizen turut menasihati gadis ini agar merendah diri kerana itu lebih baik.

Dakwa Diri Remaja Paling Kaya Di Malaysia, Netizen Puji Keyakinan Usahawan Kelantan Ini

Keyakinan diri bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru, menghadapi dan mengatasi masalah dan juga mencipta kejayaan. Apa-apapun, penulis puji keyakinan dan kesuksesan gadis ini dalam perniagaan.

IKLAN

Sumber: TikTok @ayunieso_

BACA LAGI : Agama Tidak Halang Jadi Kaya, Tapi Berharta Tidak Semestinya Berjaya – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI