Cuti Tahun Baharu yang jatuh pada 1 Januari setiap tahun, merupakan satu cuti umum yang diraikan di seluruh dunia untuk menyambut permulaan tahun baru. Tarikh ini bukan hanya penting untuk individu, tetapi juga membawa makna besar dalam konteks hubungan antarabangsa, perdagangan, dan pentadbiran negara.
Tarikh itu diiktiraf di pelbagai negara di dunia dan menjadikan cuti ini menjadi satu simbol global yang menghubungkan masyarakat tanpa mengira latar belakang budaya atau negara.
Memandangkan banyak kerajaan memilih untuk menjadikannya sebagai cuti umum, maka Malaysia juga tidak terkecuali memilih 1 Januari sebagai cuti rasmi yang akan disambut pada Rabu bagi tahun 2025.
Bagaimanapun, terdapat negeri-negeri yang tidak mengisytiharkan 1 Januari setiap tahun sebagai cuti mereka.
Ads
Menurut beberapa portal tempatan, baru-baru ini memaklumkan lima negeri yang tidak mengambil cuti umum pada tarikh tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perlis.
Difahamkan, negeri-negeri ini mempunyai keutamaan budaya dan wilayah yang unik bagi membentuk jadual cuti umum mereka.
Ads
Kelantan dan Terengganu misalnya, yang menggunakan Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu, sering mengutamakan cuti berkaitan tradisi Islam, adat resam dan budaya tempatan berbanding acara global seperti Hari Tahun Baharu.
Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, ada di antara negeri berkenaan tetap menganjurkan sambutan ambang tahun baharu di negeri masing-masing.
Ads
Aktiviti seperti festival makanan, doa selamat, majlis keagamaan, pertunjukan bunga api di tempat-tempat ikonik atau kawasan rekreasi, konsert dan persembahan muzik sering dianjurkan bagi memberi peluang masyarakat setempat menikmati suasana malam tahun baharu dengan meriah.
Apa pun, lagi beberapa hari sahaja tahun 2024 bakal menutup tirai. Semoga tahun 2025 bakal menjadi lebih baik daripada sebelum ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pilihan hatinya, FD Idzham FD Iskandar sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, pada malam tadi.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi Baginda di majlis tersebut.
Pada istiadat akad nikah itu, kedua-dua pasangan diraja itu sama cantik dan sama padan mengenakan berbaju Melayu dan kurung berona putih.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh keluarga Baginda berdua pula dilihat mengenakan sepersalinan berwarna kuning diraja.
Selepas selesai akad nikah, FD Idzham dibawa menunaikan solat sunat ke kamar khas disusuli dengan perarakan masuk Tengku Afzan ke mahligai pelamin.
Kemudian pengantin lelaki berarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.
Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.
Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahawiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan perhimpunan #KamiMahuAir berhampiran Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada petang Jumaat untuk menuntut jalan penyelesaian terhadap isu bekalan air di kampus universiti itu.
Biarpun penganjur perhimpunan tidak memperolehi permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana permohonannya tidak disertakan dokumentasi yang diperlukan, ia tetap diteruskan dek kekecewaan yang dirasai sekumpulan pelajar UMS akibat isu air yang berpanjangan.
Tinjauan REMAJA terhadap video perkongsian Sinar Harian mendapati perhimpunan #KamiMahuAir itu dilakukan secara aman dan disertakan dengan laungan tegas oleh mahasiswa.
Antaranya termasuklah, “Mana MADANI?” “Hidup Rakyat Sabah”, “Tuntut RM5 Juta”, “Rakyat Sabah Bangkit”, “Menteri Jangan Rasuah”, “Kami Datang Tuntut Air” dan “Mana Air Rakyat Sabah?”.
Selain perhimpunan aman, sekretariat #KamiMahuAir Sabah di bahagian Semenanjung Malaysia telah menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya bagi membantah isu bekalan air yang dihadapi UMS dan menuntut agar tindakan segera diambil oleh pihak berwajib.
Mereka turut menuntut pihak berkuasa mendedahkan isu sebenar yang menganggu bekalan air di Sabah dan berhenti memberikan alasan seperti kecurian air atau notis penyelenggaraan.
Sebaliknya, mereka merasakan rombakan penuh anggota jawatankuasa berkaitan dalam menguruskan bekalan air di Sabah.
Terlebih dahulu, pihak universiti telah mengingatkan mahasiswanya agar tidak menyertai perhimpunan hari ini.
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, pihak universiti tidak pernah menyokong usaha membuta tuli oleh kumpulan mahasiswa untuk mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi mengelakkan gangguan terhadap ketenteraman rakyat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi meraih perhatian apabila mendapat pencapaian cemerlang dalam pelajaran sekaligus meraih Anugerah Pengetua.
Kejayaan yang menggembirakan tersebut dikongsi sendiri oleh Rita Rudaini (48) menerusi Instagram dan pelakon Mami Jarum itu turut meluahkan rasa bersyukur di atas pencapaian anaknya.
“Alhamdulillah. Rayyan dapat anugerah pengetua lagi hari ini”
“Terima kasih homeroom Rayyan, Mummy Ustazah Nor Faiza, wakilkan untuk Rayyan. Fly high Ryan,” coret Rita menerusi perkongsian gambar di Instagram miliknya.
Bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. Turut tercatat keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) yang diraih Rayyan iaitu 3.842 menunjukkan dia merupakan seorang yang bijak dan sering mencatat rekod cemerlang bukan sahaja dalam lapangan sukan, malah memiliki pencapaian akademik yang mengagumkan.
Terdahulu, Rayyan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan turut disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua pada tahun lalu.
Dalam pada itu, warga internet turut menitipkan ucapan tahniah buat Rayyan dan Rita serta menjadikan kejayaan diraih remaja itu sebagai inspirasi yang boleh dijadikan contoh untuk rakan sebayanya.
Selain itu, Rayyan juga difahamkan telah meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 baru-baru ini. Selain mensasarkan keputusan CGPA 4.0, Rayyan juga berdoa agar berjaya bergelar Huffaz Al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa mengumumkan bahawa dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan setelah selesai menjalani tempoh berpantang dan pulih sepenuhnya selepas melahirkan...