Baru-baru ini, Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang menyaksikan kejutan apabila hidangan acar buah yang dinobatkan sebagai juara ternyata dimasak sendiri oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Apa yang lebih mencuri perhatian, Tunku Azizah turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu menggunakan nama samaran ‘Aminah Mahmood’ tanpa pengetahuan pihak penganjur dan juri pertandingan.

Tengku Ampuan Pahang Guna Nama Samaran ‘Aminah Mahmood’, Raih Gelaran Juara Pertandingan Acar Buah
Kredit foto: Facebook Kesultanan Pahang

Memetik kenyataan juri pertandingan, Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat (74), beliau terkesima apabila mengetahui identiti sebenar pemilik hidangan tersebut selepas pemenang tempat pertama diumumkan.

“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda”

“Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti,” katanya.

Ads

Tengku Ampuan Pahang Guna Nama Samaran ‘Aminah Mahmood’, Raih Gelaran Juara Pertandingan Acar Buah
Kredit foto: Facebook Kesultanan Pahang

Beliau yang juga merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta berpengalaman selama 39 tahun dalam penjurian pertandingan masakan turut menjelaskan bahawa pihaknya memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna.

“Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” ujarnya lagi.

Ads

Tengku Ampuan Pahang Guna Nama Samaran ‘Aminah Mahmood’, Raih Gelaran Juara Pertandingan Acar Buah
Kredit foto: Facebook Kesultanan Pahang

Sementara itu, pertandingan masakan yang disertai oleh 11 orang peserta itu berlangsung di Taman Tasik Maran pada 17 Mei lalu.

Ads

Terdahulu, Tunku Azizah berkenan mencemar duli menghadiri karnival berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak, Maran. 

Pada masa yang sama, turut mengiringi baginda ialah Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.

Sumber artikel & foto: Facebook Kesultanan Pahang 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI