Berita baik buat masyarakat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri, Sarawak, pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi orang ramai yang berusia 60 tahun ke bawah.
Tempahan vaksin AstraZeneca untuk mereka berusia 60 tahun ke bawah akan dibuka pada 26 Mei, jam 12 tengah hari. pic.twitter.com/xrpMluETQ7
Sebelum ini, pendaftaran vaksin telah pun dibuka di fasa pertama dan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, kini sekali ia dibuka untuk orang ramai yang ingin mengambil suntikan vaksin.
Esok tepat jam 12 tengah hari bersedialah untuk mendaftar ya. Lebih ramai yang divaksin nanti insyaAllah negara kita dapat mengekang COVID-19 daripada terus menular.
Di saat kekecohan dan kemarahan warga Malaysia mengenai dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mendakwa terdapat diskrimanisi perkauman ketika negara ini mengendalikan pandemik COVID-19 yang disiarkan oleh stesen tv Al Jazeera, hal yang sama mendapat perhatian dari kerajaan Malaysia.
Terkini, dalam sidang media hari ini oleh Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan kerajaan Malaysia mencabar agensi media antarabangsa, Al Jazeera untuk mengemukakan bukti negara mana yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing yang tiada dokumen untuk berada dalam negara itu.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tindakan kerajaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) diambil berdasarkan undang-undang yang ditetapkan.
“Saya cabar Al Jazeera untuk memberikan nama negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen termasuk tinggal secara bebas dalam negara mereka.
“Setahu saya, tiada negara yang akan berbuat demikian termasuk di negara Al Jazeera ada sekarang ini,” tegasnya dalam sidang media di sini pada Isnin (sumber Astro Awani).
“Saya cabar Al Jazeera untuk memberikan nama negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen termasuk tinggal secara bebas dalam negara mereka – DS Ismail Sabri
Dalam pada itu, di sebalik pembikinan dokumentari berkenaan, pasti antara kita dapat menyaksikan seorang warga Bangladesh, M Rayhan Kabir yang bertindak sebagai “jurucakap” bagi warga asing.
Dalam temuramah berkenaan M Rayhan mendakwa pendatang tanpa izin adalah manusia, bukan penjenayah. Mereka hanya tidak punya dokumen.
Dia turut berkongsi nasib rakannya yang buntu untuk membuat dokumen sah selepas lockdown ini.
Jelas, dek kerana kata-katanya ini, warga netizen pantas mencari identitinya. Di fbnya atas nama M Rayhan Kabir (ada dakwaan dia menutup fbnya selepas hal ini kecoh), Rayhan menyatakan dirinya adalah seorang Head Of Marketing Malik Streams & Distribution, Head Of News di Narayanganj24seven, belajar di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute dan tinggal di Kuala Lumpur.
Malah pada kali terakhir fbnya dikemas kini, dia meminta agar ada sesuatu yang lebih baik selepas temuramah tersebut. Malah dia menulis selesai sudah temuramah bersama world top news channel (merujuk kepada Al Jazeera).
Ermm ternyata doanya terbalik kerana dokumentari ini menerima kecaman dari seluruh warga Malaysia termasuk di pihak kerajaan yang menuntut Al Jazeera mengemukakan bukti kukuh.
Malah dalam video dokumentari yang disiarkan oleh Al Jazeera berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa terdapat diskrimanisi perkauman ketika negara ini mengendalikan pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, tindakan media antarabangsa itu jelas tidak beretika dan berniat jahat untuk memburukkan nama Malaysia.
“Tuduhan yang dibuat itu amat tidak wajar dan berniat tidak baik kerana menuduh secara membuta tuli. Saya percaya agensi media itu mempunyai niat kurang baik kerana melaporkan perkara yang tidak betul.
“Apa yang dilakukan kerajaan bagi menangani penularan wabak COVID-19 adalah berdasarkan undang-undang dan dilakukan secara menyeluruh termasuk rakyat di negara ini,” katanya.
Beliau menambah, laporan agensi media itu yang mendakwa kanak-kanak warga asing digari sebelum dibawa ke pusat tahanan juga merupakan suatu pembohongan.
“Saya ingin jelaskan, kanak-kanak yang ditahan tidak pernah digari, malah mereka ditempatkan di kawasan khas dan diasingkan daripada ibu bapa mereka.
“Ini fakta sebenar, tapi saya percaya Al Jazeera tidak tahu fakta sebenar tapi atas niat tidak baik terhadap Malaysia, maka perkara tidak betul dilaporkan termasuk menuduh kita rasis,” katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri menggesa agar agensi media itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kesilapan yang dilakukan. (sumber Astro Awani).
Sebagai rakyat Malaysia, kita tentu tidak boleh menerima jika maruah negara diperlekehkan atau pemberitaan diberitakan secara tidak tepat. Ya kita perlu bersatu hati seiring dengan nada kerajaan menuntut agar Al Jazeera meminta maaf atas penerbitan dokumentari tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walau keputusan dibuatnya kurang popular di kalangan pemimpin dunia khususnya negara jiran Greece namun Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pasti dikenang sebagai pemimpin kesayangan ramai umat Islam khusus di negara pentadbirannya, Turki.
Ini kerana, tidak sampai sebulan menukar gereja yang juga muzium Warisan Dunia UNESCO, Hagia Sophia menjadi masjid dan umat Islam menunaikan solat Jumaat buat pertama kali selepas 86 tahun, terkini Presiden Turki itu sekali lagi mengumumkan satu lagi muzium yang dahulunya bekas gereja Ortodok menjadi masjid iaitu Muzium Kariye.
Dalam pengumuman semalam, Recep Tayyip Erdogan berkata, keputusan menukar Muzium Kariye sebagai masjid.
Bangunan berusia 1000 tahun itu sejarahnya amat mirip dengan Hagia Sophia. Keduanya berada di lokasi berdekatan di Eropah Istanbul. Sebelum dijadikan muzium, Kariye merupakan gereja Ortodok yang lebih dikenali dengan nama The Holy Saviour atau Gereja Chora.
Gereja itu dibangunkan di era Empayar Byzantine pada pertengahan abad. Di dalamnya dihiasi dengan lukisan Hari Kiamat yang memiliki nilai sejarah tinggi bagi penganut agama Kristian.
Gereja ini sempat diubah menjadi Masjid Kariye setelah penaklukan Konstantinopel pada 1453 oleh kerajaan Uthmaniyyah Turki. Ia kemudian dijadikan Muzium Kariye selepas Perang Dunia ke 2 di mana Turki berubah menjadi republik dan cara yang agak sekular selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah.
Malah sekelompok sejarahwan Amerika Syarikat membantu memulihkan marmar gereja asli dan membukanya kepada umum pada 1958.
Bagaimana pun Mahkamah Pentadbiran Tertinggi Turki telah menyetujui penukaran Muzium Kariye menjadi masjid pada November tahun lalu.
Laporan AFP memetik, Erdogan berkata, walau Muzium Kariye ditukar menjadi masjid namun ia masih boleh dilawati dan dikunjungi pengunjung. Ia sangat berbeza dengan Hagia Sophia yang ditutup hanya untuk tujuan ibadah umat islam sahaja.
Perubahan status dari muzium menjadi masjid oleh Presiden Tukri Recep Tayyip Erdogan ini tetap mengundang kritikan dari pemimpin gereja yang mengatakan kunjungan ke masjid berisiko mempersendakan perpecahan agama. Namun Turki menyakinkan tapak bersejarah ini tetap terbuka kepada umum dan sejarah Kristian tetap dilindungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!