Tangan merupakan antara organ manusia yang selalu digunakan untuk melakukan pelbagai perkara. Disebabkan itu, sejak kecil lagi kita sudah diajar untuk menjaga kebersihan tangan dan sentiasa mencuci tangan, lebih-lebih lagi sebelum makan.
Menurut Root of Science, kebersihan tangan amat dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran mikroorganisme yang boleh membawa penyakit. Ramai diantara kita yang menganggap bahawa mikrob hanya berada di tempat pembuangan sampah, makmal penyelidikan, pada orang sakit dan juga hospital serta klinik.
Kita sering menganggap tangan kita bersih, namun tidak sedar bahawa mikroorganisme terdapat pada semua tempat, termasuklah udara, air, tanah, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia yang boleh disebarkan secara langsung melalui tangan atau pun secara tidak langsung seperti makanan, telefon bimbit, duit kertas dan syiling.
Gambar hiasan
Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Universiti King Abdul Aziz, lebih daripada 90% telefon bimbit petugas kesihatan telah dicemari dengan mikroorganisme dan 14% daripada mikroorganisme tersebut adalah bakteria yang membawa penyakit merbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan jangkitan nosokomial, sejenis jangkitan di hospital.
Kebanyakan bakteria yang dijumpai pada telefon bimbit mahupun papan kekunci komputer adalah seperti berikut:
Staphylococcus boleh menyebabkan jangkitan bakteria di dalam darah. Streptococcus pula boleh menyebabkan jangkitan pada tekak. Enterococcus biasanya dijumpai di dalam najis dan berkait rapat dengan jangkitan pada saluran kencing.
Tersebar melalui telefon bimbit
Penggunaan telefon bimbit menyebakan pendedahan terhadap anggota badan seperti muka, telinga, mulut dan tangan. Ia menjadi ‘pintu masuk’ untuk mikroorganisme dan menyebabkan jangkitan. Bagi individu yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mikroorganisme yang dipindahkan dari telefon bimbit ke anggota badan akan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk dan juga penyakit kronik.
Tidak membasuh tangan semasa menyediakan makanan selepas memegang telefon juga boleh menjadi salah satu punca. Malah, ibu bapa yang menggunakan telefon bimbit ketika memegang, menukar lampin atau ketika mendukung bayi mereka juga mempunyai risiko tersebut.
Ads
Gambar hiasan
Pencemaran bakteria pada telefon berlaku melalui tangan, beg, poket, sisa makanan dan juga persekitaran. Korang mesti selalu bawa hanphone masuk ke tandas awam kan? Ha, berapa banyak bakteria yang boleh melekat pada telefon bimbit tersebut. Euw!
Papan kekunci komputer juga sama
Terdapat dua sebab utama yang menjadikan papan kekunci menjadi tempat pencemaran bakteria, seterusnya menyebabkan perpindahan patogen yang merbahaya secara tidak langsung kepada orang lain. Pertama, tidak menjaga kebersihan tangan.
Kedua, tidak membersihkan permukaan papan kekunci tersebut dengan pembasmi kuman (disinfectant). Tabiat makan beralaskan papan kekunci juga adalah faktor pencemaran bakteria di papan kekunci tersebut. Sisa-sisa makanan yang terjatuh di atas papan kekunci menggalakkan pertumbuhan berjuta-juta bakteria. Habuk pula boleh memerangkap kelembapan dan memudahkan pertumbuhan bakteria yang telah berada di papan kekunci tersebut untuk membiak.
Ads
Ha, selama ni mesti ramai yang makan depan komputer sambil buat kerja kan?
Pembersihan telefon bimbit dan papan kekunci komputer secara berkala dengan pembasmi kuman serta kerap membasuh tangan amatlah digalakkan bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit.
Gambar hiasan
Namun, kebanyakan pembasmi kuman yang berasaskan klorin, alkohol, phenol ataupun amonia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan merosakkan permukaan skrin telefon bimbit ataupun skrin papan kekunci tersebut. Jadi, korang boleh cuba gunakan tisu basah yang berasaskan phenol dengan pencuci bersifat alkali ataupun 70% isopropyl alcohol.
Selepas ini, diharap korang semua akan jadi lebih peka untuk sentiasa membersihkan telefon bimbit dan papan kekunci komputer. Selama ni mungkin kita nampak bersih saja, tapi sebenarnya ia boleh mengundang penyakit.
Berani eh tanya relevan lagikah TikTok, padahal korang baru post satu video TikTok semalam kan? Ceh..
Tahun 2018 adalah tahun paling cemerlang untuk aplikasi online video pendek iaitu TikTok. Daripada sekadar aplikasi yang korang ‘cerca’ selayaknya untuk Budak-Budak Baru Nak Up je, kini TikTok menjadi kewajipan bagi setiap influencer dan selebriti Malaysia.
Populariti TikTok mungkin datang kerana pengaruh selebriti terkenal seperti Winner, Blackpink dan selebriti tempatan seperti Janna Nick dan Alvin Chong yang aktif menggunakannya.
Malah, ramai juga remaja Malaysia yang kini bergelar ‘content creator’ profesional (gitu!) seperti penari K-pop Sona, Alieff Irfan dan Holly H.
Selain itu, penulis juga merasakan TikTok mulai popular disebabkan cabaran trending yang tak habis-habis pada tahun ini. Kita mungkin mudah jelik dengan perangai mereka (admit it guys) tetapi kita juga mudah addicted dengannya.
OH YASSS !
Jadi, jawapan untuk soalan relevan lagi ke TikTok ini adalah ya! Lebih 52 juta tontonan setahun dicatatkan oleh rakyat Malaysia saja, manakala sebanyak 62,000 video dimuat naik setiap minggu.
Jom tengok cabaran TikTok mana paling trending untuk 2018, mana tahu korang pernah terpengaruh juga.
Berita baik buat pelajar universiti, guru dan pekerja kolej, Apple telah mengumumkan bahawa individu-individu ini yang membeli komputer Mac dan iPad terpilih akan menerima AirPods secara percuma. Promosi ini bermula semalam sehingga 7 Mac depan.
Tawaran ini adalah tambahan kepada diskaun yang diberikan kepada pelajar melalui Apple Edu Store. Pelajar perlu membuat pengesahan terlebih dahulu melalui penggunaan UNiDAYS sebelum menerima diskaun pelakar, serta mendapatkan promosi AirPods percuma.
Bukan itu sahaja, potongan 20 peratus untuk pelan AppleCare juga ditawarkan kepada pembeli yang layak. Pelajar yang ingin melanggan Apple Music dan Apple TV+ ditawarkan dengan harga lebih murah, iaitu RM6.90 sebulan.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Apple Education bagi melihat tawaran berbaloi ini. Sebelum membeli, semak dahulu terma dan syarat bagi promosi ini okay?
Memang berbaloi-baloi!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau hendak diikutkan, lambakan jenama antarabangsa sebenarnya telahpun bertapak di Malaysia dengan pembukaan butik dan stor rasmi di lokasi strategik.
Malaysia dikatakan menjadi lokasi pilihan mereka memandangkan kuasa pembeli di negara kita cukup kuat. Malah, rantau Asia Pasifik juga merupakan salah satu rantau terpenting dan terbesar untuk jenama antarabangsa kukuhkan penjenamaan dan keuntungan masing-masing.
Cuma sehingga kini, jenama elektronik terkenal, Apple masih belum bertapak di Kuala Lumpur menerusi Apple Store mereka biarpun sudah memiliki tiga buah Apple Store di Singapura dan dua lagi di Thailand.
Apple Store di Marina Bay Sand, Singapure.
Apple Store di Bangkok, Thailand.
REMAJA sebelum ini pernah melaporkan mengenai ura-ura pembukaan Apple Store pertama Malaysia di hub perniagaan, The Exhange TRX (TRX) Kuala Lumpur susulan penawaran beberapa jawatan peruncitan (retail) bersama Apple Malaysia menerusi laman sesawang rasminya, tidak lama dahulu.
Namun sejak 2021 lagi, tidak pula kedengaran apa-apa berita baharu mengenai tarikh pelancaran Apple Store ..
.. sehinggalah sekarang!
Baru-baru ini, penganalisa Apple di Bloomberg iaitu Mark Gurman telahpun berkongsi jangkaannya mengenai pembukaan Apple Store di TRX itu seawal bulan Februari 2024.
Menerusi laporan Bloomberg itu, Apple kini sedang bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Asia apabila benua ini menguasai jumlah Apple Store baharu yang bakal dibuka mereka iaitu sebanyak 15 buah stor; diikuti 5 stor di Eropah dan Timur Tengah serta empat lagi di Amerika Utara.
Kesemua ini merupakan sebahagian daripada perancangan Apple sehingga tahun 2027 dan menariknya, Malaysia khabarnya tidak perlu menunggu terlalu lama.
Pada April 2023, Apple Store pertama di India telah dibuka dan pada bulan Disember kelak pula, dua buah stor baru akan dibuka di Korea Selatan.
Hanya selepas itu, cawangan pertama di Malaysia akan menyusul.
Setakat ini, masih belum ada gambaran jelas mengenai rupa stor berkenaan, berapa keluasannya dan apakah kelainan yang akan ditawarkan oleh Apple Malaysia.
Cuma REMAJA pasti, ia akan tampil unik dan truly Malaysian berdasarkan kepada corak penjenamaan beberapa jenama antarabangsa lain yang telah bertapak di Malaysia sebelum ini. Tak sabarnya!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!