Graduan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Muhammad Syafiq Aiman Suhirman, bertekad mengubah kehidupannya dan keluarganya selepas kehilangan sosok penting dalam hidupnya seawal usia 13 tahun.
Sebagai anak kelima daripada lapan beradik, Syafiq mengakui bahawa dia bukanlah datangnya daripada keluarga yang senang. Pada tahun ketiga pengajiannya pula, dia mula menjual baju UMPSA sebagai ejen.
“Adik-beradik dan bapa saudara yang banyak membantu saya selama ini. Dari situ, saya sedar saya kena lakukan sesuatu.
Ads
“Sewaktu di tahun tiga pengajian, saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menjadi ejen untuk penjualan baju UMPSA,” ujarnya.
Tambahnya lagi, semua orang boleh berusaha untuk mencari duit sendiri dan jalan untuk bertahan meskipun dari golongan yang susah.
“Bertitik-tolak daripada itu, saya mula mencabar diri dengan menjual nasi ayam gepuk di Amphitheather UMPSA Kampus Gambang. Saya turut memperoleh dana dari Pusat Usahawan Kreatif sebanyak RM3000,00,” ujar graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian ini lagi.
Meskipun sibuk dengan perniagaan, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian ini tetap aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Anak kelahiran Terengganu ini melahirkan rasa syukur kerana hasil perniagaannya membolehkannya menampung kos sara hidup sepanjang pengajian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA NEWS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang menyaksikan kejutan apabila hidangan acar buah yang dinobatkan sebagai juara ternyata dimasak sendiri oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Apa yang lebih mencuri perhatian, Tunku Azizah turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu menggunakan nama samaran ‘Aminah Mahmood’ tanpa pengetahuan pihak penganjur dan juri pertandingan.
Kredit foto: Facebook Kesultanan Pahang
Memetik kenyataan juri pertandingan, Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat (74), beliau terkesima apabila mengetahui identiti sebenar pemilik hidangan tersebut selepas pemenang tempat pertama diumumkan.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda”
“Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti,” katanya.
Kredit foto: Facebook Kesultanan Pahang
Beliau yang juga merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta berpengalaman selama 39 tahun dalam penjurian pertandingan masakan turut menjelaskan bahawa pihaknya memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna.
“Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Facebook Kesultanan Pahang
Sementara itu, pertandingan masakan yang disertai oleh 11 orang peserta itu berlangsung di Taman Tasik Maran pada 17 Mei lalu.
Terdahulu, Tunku Azizah berkenan mencemar duli menghadiri karnival berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak, Maran.
Pada masa yang sama, turut mengiringi baginda ialah Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Sumber artikel & foto: Facebook Kesultanan Pahang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, keselamatan menjadi keutamaan dan reputasi syarikat penerbangan itu.
Beliau berkata pihaknya sangat berbesar hati kerana sekali lagi diiktiraf sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi integriti operasi.
“Kami terus melabur untuk memastikan sistem pengurusan keselamatan menjadi keutamaan termasuk pensijilan Audit Keselamatan Operasi Antarabangsa (IOSA) oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bagi seluruh kumpulan syarikat penerbangan ini, sebagai penanda aras global untuk mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi pada setiap masa,” katanya.
AirlineRatings.com, satu-satunya agensi penarafan produk dan keselamatan syarikat penerbangan di dunia, telah mengumumkan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat bagi 2024 berdasarkan 385 syarikat penerbangan yang telah dipantau.
Antara faktor menentukan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat termasuk rekod insiden, usia pesawat, hasil audit Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, serta senarai larangan Kesatuan Eropah.
Ketua Pengarang AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas berkata AirAsia Aviation Group termasuk AirAsia X dan Thai AirAsia X mempunyai rekod keselamatan cemerlang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu pengambilan vaksin merupakan satu cara untuk mengurangkan kebolehjangkitan virus tersebut sesama manusia. Kini terbukti walaupun kes masih lagi tinggi tetapi jumlah pesakit yang berasa di tahap 4 dan tahap 5 telah berkurangan. Seperti yang sudah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin, Malaysia dijangkakan akan memasuki pasa endemik pada akhir Oktober tahun ini.
Namun usaha untuk mengembalikan taraf kehidupan yang baik tergendala dek segelintir kelompok yang dilihat bersikap antivaksin. Penolakan mereka terhadap vaksin bukan sahaja membahayakan diri sendiri bahkan membahayakan masyarakat sekeliling. Hari ini Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan rasa dukacita terhadap kelompok guru sekolah rendah dan menengah, guru KAFA, pegawai masjid dan jurunikah yang enggan menerima suntikan vaksin.
Dalam siaran media yang dimuat naik dari laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor bertitah, “Beta telah menerima laporan secara terperinci daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai maklumat pengambilan vaksin Covid-19 di kalangan guru-guru KAFA, pegawai-pegawai masjid dan surau serta jurunikah di Negeri Selangor di bawah pentadbiran JAIS.
“Beta difahamkan seramai 326 orang guru KAFA belum mendapat suntikan vaksin Covid-19. Manakala 95 orang guru KAFA enggan menerima suntikan vaksin berkenaan. Sementara itu, seramai 59 orang pegawai masjid belum mendapat suntikan vaksin Covid-19, dengan 11 orang lagi enggan berbuat demikian. Manakala, 9 orang jurunikah pula masih belum divaksin dan 6 dikenalpasti enggan menerima vaksin. Beta berharap pihak Jabatan Kesihatan Selangor dapat menyegerakan proses vaksinasi Covid-19 terhadap guru-guru KAFA, pegawai-pegawai masjid dan jurunikah di Negeri Selangor ini.
“Bagi golongan ini yang memilih untuk tidak mahu divaksin, Beta amat dukacita kerana mereka akan membahayakan diri mereka sendiri dan orang ramai. Beta bimbang jika masih ada guru-guru KAFA yang tidak divaksin, ia boleh memudaratkan para pelajar. Golongan ini sepatutnya mengetahui bahawa jika seseorang itu dijangkiti dengan virus Covid- 19, suntikan vaksin akan dapat mengelakkan mereka daripada menerima kesan yang lebih buruk dan dapat mengelakkan kematian.
.
“Malah Beta difahamkan sejumlah besar kematian akibat Covid-19 di Negeri Selangor ini adalah di kalangan mereka yang tidak divaksin. Beta ingin mengingatkan kepada guru-guru KAFA yang masih berdegil ini, mereka berdepan kemungkinan tidak dibenarkan untuk meneruskan tugas. Begitu juga kepada pegawai-pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksin, mereka juga berhadapan dengan tindakan yang sama.
“Beta juga difahamkan bahawa terdapat 268 orang guru sekolah rendah kebangsaan dan 182 orang guru sekolah menengah kebangsaan di Negeri Selangor yang juga enggan divaksin. Ini juga boleh membahayakan para pelajar sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Negeri Selangor dan perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib.
“Sukacita Beta mengingatkan bahawa pakar-pakar perubatan telah mengesahkan yang vaksin ini adalah satu-satunya cara untuk mengatasi penularan wabak Covid-19 buat masa ini. Kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan imuniti kelompok bagi mengurangkan risiko jangkitan yang lebih teruk di masa hadapan. Beta juga suka mengingatkan bahawa Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa bahawa pengambilan vaksin Covid-19 adalah diharuskan. Justeru itu, rakyat Beta tidak perlu khuatir atau ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin. Isu-isu berkaitan pengambilan vaksin Covid-19 ini telah banyak kali disebut di dalam khutbah-khutbah Jumaat dan juga menerusi kenyataan-kenyataan akhbar yang Beta keluarkan.
“Akhirnya Beta menyeru kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor ini supaya mendapatkan suntikan vaksin daripada Pusat Penyuntikan Vaksin (PPV) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kebaikan diri sendiri dan juga masyarakat disekelilling. Beta berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala supaya Pandemik Covid-19 ini akan berakhir dengan segera dan kita semua akan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa.”
Keprihatinan Sultan Selangor terhadap isu penolakan vaksin ini seharusnya menjadi satu semangat untuk rakyat Selangor sama-sama memastikan kehidupan di negeri ini bakal menjadi lebih baik apabila majoriti penduduk sudah divaksin. Semoga dengan titah yang diberikan baginda ini menjentik hati kelompok antivaksin untuk memikirkan kembali keputusan mereka.