Situasi pandemik COVID-19 turut menjejaskan industri perfileman apabila banyak filem-filem box office yang terpaksa ditunda tayangannya gara-gara wabak ini.
Beberapa pengedar telah membuat keputusan untuk menanjakkan tarikh tayangan filem mereka pada tahun depan kerana tidak mahu mengambil risiko kerugian akibat tiada penonton di panggung wayang.
Walau bagaimanapun, sudah ada beberapa filem yang mempunyai tarikh tayangan baru dan akan ditayangkan pada tahun ini sekiranya situasi pandemik tidak terus menular.
Jom kita lihat antara filem yang bakal ditayangkan.
1. The Spongebob Movie: Sponge On The Run
30 Julai 2020
Pelakon: Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, Carolyn Lawrence
Siput peliharaan Spongebob iaitu Gary telah diculik oleh Poseidon. Ditemani rakan baiknya Patrick, kini Spongebob perlu mengembara ke Lost City of Atlantic City untuk mencari dan menyelamatkan siput kesayangannya itu. Dalam perjalanan, mereka telah berdepan pelbagai situasi merbahaya dan melucukan namun ia turut membuktikan kekuatan persahabatan mereka.
2. Monster Hunter
27 Ogos 2020
Pelakon: Milla Jovovich, Tony Jaa, Diego Boneta, Meagan Good
Berdasarkan sebuah permainan video bersiri berjudul sama tentang raksasa dan manusia yang memburu mereka. Apabila Leftenan Artemis dan pasukan elitnya memasuki dimensi lain selepas jatuh ke dalam portal, mereka perlu bekerjasama untuk mencari jalan pulang.
Dalam pada itu, mereka turut bertemu seorang pemburu misteri yang mempunyai kebolehan untuk hidup di dimensi tersebut. Dengan bantuan pemburu itu, mereka bertempur dan menghalang raksasa daripada memasuki portal dan menyerang Bumi.
Kesinambungan kepada filem “A Quiet Place” (2018), di mana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup mereka dengan mengembara ke dunia luar.
Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.
4. Candyman
24 September
Pelakon: Yahya Abdul-Mateen II, Teyonah Parris, Nathan Stewart-Jarrett, Colman Domingo, Vanessa Estelle Williams, Tony Todd
Sebuah `reboot` yang juga sekuel kepada filem seram 1992 “Candyman”. Ia berlatarbelakangkan kawasan perumahan Chicago yang sama di mana lagenda itu bermula, namun kawasan ini telah dibangunkan semula.
5. Connected
22 October 2020
Ads
Pelakon: Abbi Jacobson, Danny McBride, Maya Rudolph, Mike Rianda, Eric Andre, Olivia Colman
Keluarga Mitchell mendapati percutian mereka terganggu apabila alat peranti mereka cuba menguasai dunia. Semua peranti elektronik seperti telefon, robot peribadi dan kereta tanpa pemandu terlibat dalam pembangunan teknologi global yang mengancam manusia. Dengan bantuan anjing dan dua robot rosak, keluarga Mitchell perlu menyelesaikan masalah mereka supaya mereka dapat bekerjasama untuk menyelamatkan dunia.
6. G.I Joe Snake Eyes
22 Oktober 2020
Pelakon: Henry Golding, Andrew Koji, Iko Uwais, Úrsula Corberó, Samara Weaving
Snake Eyes menyelamatkan Tommy, yang dikenali sebagai Storm Shadow dan bakal ketua Arashikage, ketika sedang memburu lelaki yang membunuh bapanya. Walau bagaimanapun, semua itu telah dirancang. Snake telah membuat perjanjian dengan Cobra untuk mencuri permata suci dari Arashikage demi mendapatkan maklumat mengenai pembunuh bapanya.
Namun, kesetiaannya diuji dan dia mula mempersoalkan misi balas dendamnya apabila mendapat tahu tentang agenda sebenar Cobra.
Ads
7. No Time To Die
26 November 2020
Pelakon: Daniel Craig, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Léa Seydoux, Rory Kinnear, Ben Whishaw, Jeffrey Wright, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Lashana Lynch, Billy Magnussen, Rami Malek
James Bond kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.
8. Top Gun Maverick
24 Disember 2020
Pelakon: Tom Cruise, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Lewis Pullman, Ed Harris
Sekuel kepada filem “Top Gun” pada tahun 1986 ini menyaksikan Tom Cruise kembali sebagai Pete “Maverick” Mitchell. Kali ini Maverick menjadi mentor kepada generasi baru juruterbang U.S Navy.
9. Escape Room 2
30 Disember 2020
Filem sekuel kepada “Escape Room” (2019) yang berkisarkan tentang sekumpulan orang yang perlu mencari jalan keluar dari beberapa siri bilik sesat.
Filem-filem lain yang dijadualkan tayangannya pada tahun depan adalah Peter Rabbit2: The Runaway (28 Jan 2021), Cinderella (18 Feb 2021) dan Fast & Furious 9 (1 Apr 2021).
Namun begitu, tarikh-tarikh tayangan ini mungkin akan diubah sekiranya pandemik COVID-19 masih belum reda, bergantung kepada situasi semasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah seorang daripadanya ialah pelajar post-graduate dari Nigeria bernama Divine Ametefe.
Beliau baru saja menamatkan pengajian dari Fakulti Kejuruteraan Elektrikal dan Telekomunikasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan catatan CGPA sempurna 4.0!
Lantas, beliau layak memperolehi Anugerah Sarjana Cemerlang.
.
.
Dalam pada ramai netizen yang memuji kejayaan yang diperolehi oleh Divine itu, ada juga segelintir yang musykil bagaimana pelajar yang berasal dari luar negara boleh melanjutkan pengajian di UiTM?
.
.
.
.
Now now, kita tidak boleh 100 peratus salahkan netizen apabila bertanyakan soalan ini.
Selama ini, persepsi umum terhadap universiti tersebut adalah ia hanya dibuka kepada warga Bumiputera saja. Itu persepsi umum dan tidak mewakili pendapat penulis atau REMAJA.
Namun, pada tinjauan REMAJA di laman media sosial, sebahagian pelajar UiTM kembali memberikan penjelasan kepada mereka yang menyuarakan rasa bingung terhadap kemasukan pelajar luar negara di UiTM.
Menurut @ErsyadJailani, “Yang tak boleh tu undergraduate study. Postgraduate study, mana-mana universiti mereka boleh sertai.”
.
.
.
.
Malah, pada awal tahun ini Pro Canselor UiTM iaitu Tan Sri Dr Arshad Ayub telahpun menjelaskan situasi ini.
“Kemasukan ke UiTM boleh dibuka kepada bukan Bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah. Ini agar graduan daripada pelbagai kaum boleh bersaing secara saksama,” kata beliau kepada Berita Harian.
Jadi semua dah clear kan?
Cuma, mungkin pihak dari UiTM sendiri ingin menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci melalui media sosial mereka agar tiada siapa yang salah faham.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di media sosial katanya Bae Suzy telah dilamar untuk membintangi sebuah filem terbitan produksi di India. Shankar Shanmugam merupakan antara penerbit popular filem Tamil dan terbaharu, beliau dilaporkan bakal mengarah filem thriller politik yang akan dibintangi oleh pelakon Ram Charan.
Memandangkan filem tersebut diterajui oleh dua nama besar, media di India sibuk memperkatakan tentang siapakah pelakon wanita yang akan membintangi filem tersebut dan tidak disangka-sangka, nama Bae Suzy menjadi sebutan.
Menurut laporan, pelakon Korea itu mungkin sedang dalam perbincangan untuk memainkan peranan utama dalam filem tersebut. Walaupun pada asalnya filem itu hanya merangkumi industri perfilem di India sahaja, namun kini terdapat ura-ura yang mengatakan filem tersebut bakal merangkumi negara-negara Asia seperti Korea Selatan.
Ini bukan pertama kalinya Suzy dikhabarkan akan berlakon bawah arahan Shankar kerana pada 2019, personaliti itu juga mengingingkan Suzy untuk membintangi filem India 2, iaitu sebuah sekuel filem India pada tahun 1996.
Namun akhirnya, peranan utama filem itu dilakonkan oleh Kajal Aggarwal dan Suzy hanya mempertimbangkan untuk membawa peranan lebih kecil dalam beberapa scene dari filem di Taiwan.
Walau bagaimanapun, pihak Management Soop dan team produksi Sri Venkateswara Creations masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan hal ini.
Jika benar seperti yang ditularkan, mesti ramai peminat tidak sabar melihat kemunculan Bae Suzy dalam filem tersebut kan?
Makin besarlah industri hiburan Korea jika berjaya meluaskan pasaran mereka di India pula. Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya.
Taylor sememangnya adalah definisi #GirlPower untuk generasi baru sekarang.
Beberapa minggu lalu, penyanyi Cardigan Taylor Swift baru saja meraikan kejayaan album terbarunya, Folklore yang menerima beberapa pencalonan penting untuk Anugerah Grammy 2021.
Ia adalah menerusi kaktegori Album Tahunan Terbaik (Folklore), Lagu Tahunan Terbaik (Cardigan), Persembahan Solo Pop Terbaik (Cardigan) dan Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik (Exile bersama Bon Iver). Bukan itu saja, ciptaan lagu Taylor bertajuk Beautiful Ghosts untuk filem Cats juga telah menerima pencalonan bagi kategori Lagu Ciptaan Terbaik untuk Media Visual hasil kolaborasinya bersama Andrew Lloyd Webber.
Belum sempat Taylor ke Anuugerah Grammy yang akan dilangsungkan awal tahun hadapan, dia sekali lagi melakukan kejutan dengan mengumumkan album terbarunya yang akan dilancarkan, tengah malam ini!
WHAT?!
Pengumuman mengejutkan daripada Taylor itu sekali lagi dilakukan menerusi akaun Instagram-nya, sama seperti yang dilakukan untuk pelancaran Folklore beberapa bulan yang lalu.
Kata Taylor, album kesembilan ini umpama kesinambungan kepada Folklore dan berjudul ‘Evermore’.
“Senang cerita, kami tidak mampu untuk berhenti menulis lagu. Kami mempunyai pilihan untuk berhenti dan pusing semula. Ataupun kami boleh teruskan projek ini dengan material baru tersebut. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini sebelum ini.
“Dahulu, saya akan menganggap album sebagai permulaan era baru dan terus merancang untuk mengeluarkan projek seterusnya selepas sebuah album dilancarkan. Ada sesuatu yang berbeza dengan Folklore.
“Dalam pembuatan album Folklore, saya terasa diri saya kembali semula ke diri saya yang asal. Dan saya terus menulis lagu untuknya bersama Aaron Dessner, Jack Antonoff, WB dan Justin Vernon,” jelasnya panjang lebar.
Untuk pengetahuan, Taylor bakal menyambut hari kelahirannya yang ke 31 pada 13 Disember ini. Oleh kerana nombor kegemarannya adalah 13 dan ini adalah usia yang istimewa untuk Taylor (13 diterbalikkan menjadi 31, duh), Taylor merasakan album Evermore ini adalah kejutan paling istimewa untuk peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan.
Menerusi Evermore, Taylor memuatkan 15 trek baru dalam album standard dan tambahan 2 lagi trek bonus dalam edisi Deluxe berjudul Right Where You Left Me dan It’s Time To Go.
Selain daripada album baharu ini, Taylor juga akan melancarkan sekaligus video muzik untuk single berjudul Willow di akaun YouTube Taylor Swift.
Taylor tidak lagi ‘bermain’ dengan peraturan yang sama dalam dunia muzik. Sekiranya dia merasakan perlu mengeluarkan DUA buah album dalam tahun yang sama (mirip keputusan Ariana Grande menerusi Sweetener dan Thank You, Next – but that is another story), dia AKAN melakukannya kerana dia BOLEH melakukannya.