Tapi bagi leasehold atau tempoh pajakan 99 tahun bermaksud tanah tidak boleh dipindah milik kepada orang lain melainkan dengan kebenaran kerajaan negeri.
Jika membeli rumah atau tanah yang bersifat leasehold, tentu ramai bertanya apa akan jadi selepas tempoh pajakan itu berakhir?
Salkukhairi Abd Sukor yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI), sebuah NGO yang ditubuhkan untuk memberi kesedaran undang-undang kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan rakyat berkongsi maklumat yang perlu orang ramai ketahui mengenai tanah bersifat leasehold ini.
.
1. Ramai yang rasa tak selamat kalau beli dan memiliki tanah Pajakan 99 tahun. Sebenarnya tidak ada masalah pun bagi seseorang jika ingin membeli atau memiliki tanah berstatus pajakan 99 tahun asalkan tanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan dan bebas daripada sebarang bebanan.
Ads
2. Namun begitu anda perlu tahu bahawa kebiasaannya tanah berstatus pajakan ini mempunyai sekatan kepentingan di mana ianya perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum ianya boleh dipindahmilik dan digadai kepada pihak bank.
3. Cuma ramai yang nak tahu, apa yang akan berlaku terhadap tanah tersebut selepas pajakan tanah itu tamat tempoh?
4. Apabila sesatu tanah berstatus pajakan itu tamat tempoh pajakan, maka secara umumnya tanah tersebut akan kembali menjadi milik kerajaan semula, melainkan tempoh pajakan itu dilanjutkan oleh kerajaan.
Ads
5. Adakah selepas tempoh pajakan tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri atau kerajaan akan tawar atau bayar pampasan dan sebagainya?
Ya. Setelah tempoh pajakan tamat, tanah tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri dan kerajaan negeri TIDAK PERLU membayar sebarang pampasan atau ganti rugi kepada pemilik selepas tempoh pajakan itu tamat.
Ads
6.Walaubagaiamanpun sebelum tempoh pajakan tersebut berakhir, pemilik boleh memohon untuk lanjutan tempoh pajakan dan diberi hak milik semula kepada mereka dengan tempoh pajakan yang baru dan kebiasannya kerajaan akan meluluskan tempoh lanjutan pajakan tersebut, melainkan atas sebab-sebab tertentu dan munasabah yang mana lanjutan tidak dapat diluluskan.
7. Namun begitu, untuk membolehkan tempoh pajakan dilanjutkan, pemilik perlu terlebih dahulu menjelaskan bayaran premium tertentu mengikut nilaian semasa tanah tersebut.
8. Berdasarkan Peruntukan Seksyen 90A Kanun Tanah Negara (Pindaan 2016), permohonan lanjutan tempoh pajakan boleh terus dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui pejabat tanah yang berkenaan sebelum tempoh pajakan tamat (sebaik baiknya dalam tempoh 2 atau 3 tahun sebelum tempoh pajakan tamat).
9. Walau bagaimanapun sekiranya kerajaan memutuskan untuk mengambil tanah pajakan itu sebelum tempoh pajakan tamat, maka kerajaan WAJIB BAYAR PAMPASAN terhadap tuan tanah mengikut harga semasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden yang melibatkan tiga pekerja warganegara China maut di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, pagi tadi telah mendapat perhatian serius Menteri Kanan Kerja Raya.
Kata Datuk Seri Fadillah Yusof semasa ditemui media di sebuah majlis pada pagi tadi, beliau merasa kesal dengan insiden tersebut dan berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya (LLM), DOSH & PBT perlu melakukan audit menyeluruh terhadap kes membabitkan keselamatan awam.
“Kalau kita terpaksa tutup (lebuh raya), tutup dahulu dan siasat sepenuhnya. Ambil tindakan sewajarnya. Kadang-kadang geram juga dengan insiden sebegini walaupun peringatan telah diberikan masih juga tidak ‘deliver’,” katanya semasa diminta mengulas mengenai kejadian tersebut.
Bergegas ke lokasi kejadian kren launcher terjatuh di tapak bina SUKE di Persiaran Alam Damai. Saya telah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan, cari jalan alternatif utk penduduk & kontraktor juga perlu beri cadangan, langkah & tindakan keselamatan utk teruskan projek pic.twitter.com/mTTDvG4KtL
Katanya, sekiranya ada struktur berat yang perlu dialihkan semasa melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebih raya, jalan atau laluan berkenaan perlulah ditutup agar kejadian tidak diingin tidak akan melibatkan pengguna jalan raya seperti yang berlaku pagi tadi.
“Misalnya nak alihkan gantry launcher, jalan perlu ditutup. Jika jalan dah selamat, struktur itu pun dah selamat, maka barulah buka semula laluan tersebut.
“Bagi pihak kita, kalau kita dapati kecuaian datang dari pihak kontraktor, kita akan senarai hitamkan kontraktor itu dan membatalkan lesen. Sekurang-kurangnya, dua tahun digantung dan tidak diambil untuk apa-apa tender sama ada sektor awam atau swasta,” kata beliau lagi.
Sementara itu, warganet merasa kesal kerana insiden kedua berlaku di lokasi yang sama pada bulan ini. Mereka merasa hairan mengapa tindakan sewajarnya tidak diambil ke atas pihak bertanggungjawab setelah insiden pertama.
Selalunya, sesebuah tugu akan dibina bagi mengenang jasa individu yang telah banyak menabur bakti kepada kawasan tertentu ataupun bagi mengenang kisah sejarah yang berlaku sekaligus mendidik generasi baru mengenainya.
Namun, lain pula ceritanya dengan ‘tugu’ yang satu ini. Well jujurnya, ia kelihatan lebih seperti batu nisan berbanding tugu!
Seorang jurutera perisian di Korea Selatan baru-baru ini telah sanggup menempah batu nisan yang memakan kos 430,000 won atau kira-kira RM1,459 sebagai simbol memperingati keputusan syarikat Microsoft untuk menghentikan pelayar web, Internet Explorer pada minggu lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Jung Ki-young itu berkata, idea tersebut memakan masa sebulan untuk direalisasikan. Apabila diamati secara dekat, permukaannya mempunyai catatan berbunyi, ‘Ia adalah alat yang baik untuk memuat turut pelayar lain’.
Sumber Foto : Kiyoung JungSumber Foto : Kiyoung Jung
Gambar batu nisan itu kemudiannya tular di Korea Selatan setelah ia ditempatkan di atas bumbung sebuah kafe yang dikendalikan oleh keluarga Ki-young di bandar selatan Gyeongju.
Katanya, “Ia telah memainkan peranan yang besar dalam urusan kerja saya. Saya sememangnya berasa sedih atas kehilangannya yang pernah mendominasi enjin carian utama pengguna internet satu masa dahulu.
*
Untuk pengetahuan, Internet Explorer telahpun beroperasi selama 27 tahun. Apabila ia dilancarkan pada tahun 1995, Internet Explorer pernah menjadi pelayar web paling digemari di seluruh dunia lebih-lebih lagi setelah ia digabungkan dengan sistem pengendalian Windows yang dibangunkan oleh Microsoft.
Bagaimanapun, sejak akhir era 2000, Internet Explorer mula dipinggirkan setelah ramai pengguna mula beralih kepada pelayar Google Chrome atas sebab kepantasan operasinya. Kini, Internet Explorer telahpun dijenamakan semula kepada pelayar yang lebih pantas, Microsoft Edge.
P.S: Tiada sesiapa pula bina batu nisan untuk MySpace dan Friendster.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjadi wira buat seluruh rakyat Malaysia, beliau juga sebagai salah seorang tokoh perubatan dunia yang paling dipercayai.
Bukan calang-calang ye!
Sebentar tadi, merupakan Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan salah seorang yang menerima PSM adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi Astro Awani, selain Dr Noor Hisham, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga antara yang menerima PSM.
Dr Noor Hisham Abdullah merupakan panglima perang dalam menangani pendemik Covid-19 di Malaysia sejak awal tahun ini dan masih lagi bertugas sehingga ketika ini.
Pada hari ini juga, seramai 31 individu telah menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan pengurniaan ini.
.
Untuk pengetahuan, Dr Noor Hisham telah menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan pada masa yang sama masih menjalankan tugasan di Hospital Putrajaya sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin (sistem dalam badan yang menghasilkan hormon oleh kelenjar tertentu dan masuk ke dalam saluran darah).
Selain muncul di kaca televisyen, beliau juga aktif membuat posting di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam demi memberikan info terkini berkaitan Covid-19 di Malaysia.
Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!