Setelah sekian lama peminat menantikan kemunculan single terbaharu Lisa Blackpink, kini penyanyi berasal dari Thailand itu telah pun melancarkan video muziknya, ‘LALISA’ di YouTube kira-kira dua jam lalu.
Lisa sebelum ini mengaku bahawa dia ingin memasukkan unsur budaya Thailand ke dalam single solo terbaharunya. Tidak hanya itu, peminat juga dapat melihat busana dan tarian tradisional Thailand yang dipersembahkan dalam muzik videonya itu.
Selebriti popular ini tampil dengan membawakan koreografi bertenaga mengikut alunan muzik tempo yang catchy.
Ads
Baru sahaja dua jam dilancarkan, ‘LALISA’ telah mendapat 15 Juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) di YouTube dan turut menjadi trending di laman Twitter.
Penyanyi lagu popular ‘Halimunan’, Siti Nur Masyitah Yusoff ataupun Masya Masyitah berjaya membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang kepada mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Impian penyanyi tersebut untuk membeli rumah sendiri secara tunai atau ‘cash’ pada tahun lalu telahpun tercapai. Malah, Masya sendiri telah berkongsi bersama peminat beberapa video bertemakan house tour menerusi akaun YouTube-nya sepanjang tahun lalu.
Lalu, apabila timbul beberapa komen nakal yang mengatakan dirinya sengaja untuk ‘menunjuk kemewahan’ menerusi video tersebut, Masha tidak mudah melatah dan merasakan ia hanyalah perkongsian tanpa niat untuk riak.
Katanya kepada rakan media di HMetro, “Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube itu hanyalah perkongsian biasa kepada peminat yang menyokong selama ini. Tidak ada niat nak menunjuk-nunjuk langsung.
“Bagaimanapun, saya tahu tidak semua yang dilakukan atau ditunjuk kepada umum akan disukai oleh orang lain. Pasti ada segelintirnya yang akan memberi komen negatif,” jelasnya yang kini sudah mencecah 20 tahun.
Tinggal Di Kondo Bersama Ibu
Kediaman yang dilaporkan bernilai kira-kira RM300,000 itu adalah hasil daripada usaha kerasnya sebagai seorang penghibur dan juga hasil pengumpulan duit semasa lagu keluaran Masha sedang ‘meletup’ dua tahun lalu.
“Saya sudah menyanyi sejak kecil lagi, termasuk menyertai pertandingan nyanyian. Jadi saya sudah kumpul duit sejak kecil dan Alhamdulillah, mampu beli rumah,” jelasnya lagi yang menetap di Kuala Lumpur bersama ibunya.
Satu lagi perkara menarik mengenai pembelian tersebut adalah ia dibuat secara tunai. Bukan semua remaja mampu melakukannya pada usia sebelum 20-an. Masya mengambil keputusan tersebut kerana enggan terikat dengan kadar faedah pinjaman bank.
Tambahan pula, dia tidak mempunyai kerja tetap yang menyediakan penyata gaji bulanan seperti orang kebanyakan. Bagaimanapun untuk pembelian kereta pula, dia mengatakan bahawa ia membabiykan penjaman bank.
*
Jelaslah, jika kita meletakkan impian dan cita-cita sejak usia muda lagi, tak mustahil untuk kita mencapainya pada usia remaja. Seperkara lagi, tidak semua orang mampu untuk ‘beringat’ dan tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Betul tak gaiss.. hehe.
Tahniah Masya!
Bagi korang yang masih menetap di rumah sewa, janganlah rasa down bila melihat kecantikan rumah Masya ini. Rumah sewa pun boleh nampak elegan dan rasa selesa tau!
Cuba lihat transformasi kediaman flat lelaki ini dengan bajet RM1,000 je.
Jika korang merupakan Kpopers dan ARMY sejati pasti mengetahui baru-baru ini ahli kumpulan BTS Jungkook telah memadam semua gambar di laman Instagram miliknya dan tular di media sosial.
Foto Via Soompi
Sejak itu rata-rata netizen ingin mengetahui mengapa idol kesayangan ramai ini Kpop sanggup membuat sedemikian atau digodam?
Kemudian semalam pada 1 Jun, Jungkook akhirnya mendedahkan punca dia bertindak untuk padam semua gambar dan video yang pernah dimuat naik semenjak membuka akauan Instagram peribadinya tahun lalu.
Rupa-rupanya anggota kumpulan termuda kumpulan BTS berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan susun atur gambar akaun Instagram miliknya. Malah, Jungkook telah beberapa kali memadam gambar untuk menjadikan halaman akaun Instagramnya kelihatan tersusun dan cantik.
Tidak seperti sebelum ini, artis K-Pop tersebut memaklumkan terlebih dahulu kepada peminatnya untuk memadam semula gambar-gambar yang telah dimuat naik.
Menerusi perkongsian terakhirnya iaitu klip video dari rancangan komedi Korea Selatan, dia merasakan perkara ini sangat menggelikan hati.
Namun begitu, dia meminta izin terhadap ARMY untuk memadam semua sekali lagi kerana dia benar-benar ingin mencantikkan halaman Instagramnya.
Sumber: Instagram @jungkook.97
Selepas berulang kali memadam gambar, akhirnya Jungkook telah memuktamadkan dengan menyelaraskan gambar-gambarnya di bahagian tengah.
Halaman akaun Instagram milik Jungkook kini kelihatan lebih teratur dan menarik.
Lah, ini sebabnya…buat peminat terkejut je kan Jungkook ni…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengorbanan seorang ibu tidak dapat diukur dan dibalas biar dengan segunung intan permata andai dihamparkan sekalipun. Itulah besarnya perumpamaan jasa seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya.
Seorang ibu pula amat bertuah jika anak yang dibesarkan tidak mengabaikannya dan sentiasa meletakkan dirinya sebagai perkara utama di dalam kehidupan.
Itulah yang boleh digambarkan dengan kehebatan kasih sayang pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terhadap ibunya. Baru-baru ini menerusi satu hantaran di laman Instagram, Ayda ada memuat naik momen dia menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya.
Ayda bersama ibunya. Sumber Gambar: Instagram Ayda Jebat
Seperti yang disampaikan menerusi hantaran itu, “Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah.
Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.
Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah..
Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever.”
Ayda mula menceburkan diri di dalam dunia seni apabila terpilih menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Kemudian Namanya semakin dikenali sebagai seorang pelakon dan kemudian mengukuhkan kedudukannya di dalam industry seni menerusi lagu-lagu juara carta seperti Pencuri Hati dan Temberang.
Ayda juga pernah beberapa kali menghiasi muka hadapan majalah Remaja sebelum ini.
Ayda Menghiasi Muka Hadapan Majalah Remaja Edisi Mac 2015.Ayda Bersama Harris Baba Menghiasi Muka Hadapan Majalah Remaja Edisi April 2016.
Semoga semakin murah rezeki Ayda selepas ini.
***P/S- Untuk remaja di luar sana, sentiasalah semat di dalam hati. Sikap mengutamakan ibu bapa dan membahagiakan mereka merupakan salah satu punca keberkatan di dalam hidup kita. Jika sudah bekerja kongsi sedikit rezeki bersama mereka, jika masih di sekolah atau universiti, rajin-rajinkan tangan menolong meringankan penat mereka dengan cara mengemas rumah atau pun bahagiakan mereka menerusi keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!