Universiti terkemuka New Zealand, University of Auckland telah mengumumkan pelbagai jenis biasiswa baharu bakal disediakan untuk para pelajar yang berasal dari Asia Tenggara.

Universiti terbesar di New Zealand itu kini menetapkan misinya untuk membawa semula pelajar dari Asia Tenggara untuk kembali ke kampus selepas dua tahun mengharungi sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19 menerusi pelancaran tajaan University of Auckland ASEAN High Achievers Scholarship.

Tawaran biasiswa baharu ini juga dipercayai dapat mengurangkan halangan kewangan kepada pelajar-pelajar dari rantau ASEAN dan menyokong mereka dengan peralihan daripada pembelajaran dalam talian kepada pembelajaran di kampus.

Rebut NZD10,000! University of Auckland Tawar Pelbagai Biasiswa Kepada Pelajar Asia Tenggara
Bangunan kampus Grafton di University of Auckland.

Menurut Ainslie Moore yang merupakan Pengarah Interim Antarabangsa University of Auckland, biasiswa bernilai sehingga NZD10,000 kepada setiap penerima itu akan dianugerahkan sekerap dua kali setahun kepada pelajar sepenuh masa yang menunjukkan pencapaian akademik tinggi dalam pengajian mereka yang terdahulu.

Di University of Auckland kelak, penerima biasiswa ini bebas untuk mengambil jurusan dalam pelbagai peringkat pengajian termasuklah ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan diploma pascasiswazah.

Permohonan untuk University of Auckland ASEAN High Achievers Scholarship ini bakal dibuka pada 10 Oktober 2022 (tarikh tutup pada 21 November 2022) dan 9 Mac 2023 (tarikh tutup pada 20 April 2022).

IKLAN

Menurut laman web rasmi universiti itu, permohonan biasiswanya akan dibuka untuk sekitar enam minggu. Jadi, pastikan korang tidak terlepas tarikh tersebut ya!

*

University yang berada di kedudukan ke-87 dunia dalam carta QS World Rankings 2023 dan kedudukan ke-137 dalam carta Times Higher Education World Rankings ini turut berkongsi mengenai sokongannya terhadap pelajar dari Malaysia, Indonesia, India dan Thailand bagi pembelajaran dalam taliannya. Ia demi membantu pelajar dari empat buah negara itu dengan zon waktu tempatan mereka.

Ini kerana sepanjang tempoh pandemik, University of Auckland merupakan salah sebuah institusi antarabangsa yang kekal membangunkan perkongsian institusi di seluruh Asia Tenggara bagi mengeratkan hubungan dalam rantau ini.

IKLAN

Rebut NZD10,000! University of Auckland Tawar Pelbagai Biasiswa Kepada Pelajar Asia Tenggara

Ini termasuk Memorandum Persefahaman bersama Ho Chi Minh City University of Technology bagi perjanjian penyelidikan bersama dan pemindahan kredit pelajar agar mereka boleeh belajar di kedua-dua institusi tersebut sepanjang tempoh pengajian ijazah mereka.

Di Malaysia pula, Taylors University merupakan rakan kongsi yang menjalin kerjasama dengan University of Auckland semasa pandemik. Ia membolehkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Taylor’s University untuk bertukar sama ada kepada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Awal Kanak-kanak di University of Auckland selepas hanya setahun pengajian di Malaysia.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Tajaan Petronas Semakin Untung, Dua Kategori Elaun Dinaikkan – REMAJA

YOUTH TALK : Masih Relevankah Universiti?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

”.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI