Siapa je yang tak mengenali Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman.
Sebagai salah seorang pengacara terunggul yang pernah mencipta nama di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, beliau telah melalui pelbagai jenis pengalaman sepanjang hayat.
Pada usia 61 tahun, beliau telah disahkan meninggal dunia awal pagi tadi selepas selesai menunaikan solat Subuh oleh adik beliau, Ida Lokman ketika dihubungi oleh rakan media di Astro AWANI. Beliau sedang berada di Kota Kinablu atas urusan kerja ketika menghembuskan nafas terakhir.
Sudah tentu, ramai yang terkesan dengan berita tersebut kerana Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman pernah mencipta sejarah apabila terpilih untuk mengacarakan pelbagai jenis acara besar sebelum ini.
REMAJA ingin mengimbas semula 5 acara paling diingati yang menampilkan beliau sebagai pengacara.
01
Perarakan Citrawarna
Ads
Mesti korang pernah menonton perarakan Citrawarna yang dilakukan pada setiap tahun kan. Sebagai program promosi pelancongan Malaysia yang menampilkan kebudayaan, pakaian, tarian dan nyanyian masyarakat Malaysia, ia menjadi tumpuan semua orang termasuklah pelancong asing.
Siapa lagi yang lebih layak untuk mengacarakan Citrawarna selain daripada Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman yang fasih bercakap dalam beberapa jenis bahasa/
02
Acara Pelancongan Di Luar Negara
Bukan je fasih berbahasa Mandarin dan Tamil, beliau juga mahir berbahasa Sepanyol, Itali, Portugis, Yunani (Greek) dan Jepun. Disebabkan faktor tersebut, beliau adalah pengacara tempatan yang sering terpilih untuk mengendalikan acara Pelancongan dan Misi Pemasaran kerajaan di negara asing seperti UK, Jerman, Itali, Australia, Thailand, New Zealand dan banyak lagi.
03
Pelancaran Misi Angkasawan Malaysia di Rusia & Kazakhstan
Ads
Korang mesti ingat lagi misi menghantara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007. Misi 10 hari itu sekali gus mencatatkan sejarah baru Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
Sepanjang misi tersebut, beberapa siaran langsung yang dibawakan khas diacarakan oleh Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman. Sebelum itu, ketika misi itu dilancarkan, ia juga dikendalikan oleh beliau.
04
Pertandingan Miss Tourism International (MTI)
Selama 19 tahun berturut-turut, Allahyarham dijemput untuk mengacarakan salah satu pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa iaitu Miss Tourism International. Sebagai pengacara, delegasi peserta dari 60 ke 70 buah negara akan bertanding untuk memenangi gelaran tersebut.
Setiap kali pertandingan tahunan ini diadakan, suara dan wajah Allahyarham Mahadzir Lokman juga yang akan terpilih untuk mengendalikannya. Diadakan di Kuala Lumpur, beliau selalunya akan bertanggungjawab untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis.
06
Konsert Siti Nurhaliza Live di Royal Albert Hall, London
Konsert solo Datuk Seri Siti Nurhaliza ini adalah sempena ulang tahun kesepuluh pembabitan beliau di dalam industri muzik Malaysia. Ia juga adalah konsert antarabangsa Siti yang ketiga selepas di Jepun dan Indonesia.
Digubah sepenuhnya oleh saudara Roslan Aziz, Siti juga menjemput Mahadzir Lokman sebagai pengacara utama ketika acara sidang media dan semasa konsert berlangsung. Hasil daripada konsert tersebut, Siti telah memperolehi anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) dan termasuk dalam The Malaysia Book of Records sebagai artis Malaysia pertama yang membuat persembahan solo di Royal Albert Hall, London.
* * * * *
Para media difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur pada jam 7.40 petang ini selepas semua pengurusan diselesaikan oleh ahli keluarga beliau.
Al – Fatihah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat sikap degil segelintir rakyat Malaysia, Kementerian Pertahanan memutuskan agar pasukan tentera diturunkan bagi membantu pihak polis dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah masing-masing sehingga 31 Mac ini.
Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media perkembangan perintah kawalan pergerakan sebentar tadi.
Tentera akan bantu polis pantau keadaan pastikan rakyat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan mulai Ahad ini – Menteri Kanan (Pertahanan) @IsmailSabri60
Menurut Ismail, pasukan tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini supaya kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan.
Tambahan beliau lagi , masih ramai yang tidak mempedulikan arahan kerajaan termasuk arahan polis untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sebagai usaha membendung penularan Covid-19 di negara ini.
Masih ramai tidak pedulikan arahan kerajaan termasuk arahan polis – Menteri Kanan (Pertahanan) @IsmailSabri60
Filem Men In Black yang pertama dilancarkan pada tahun 1997, dibintangi oleh Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai Ejen J dan Ejen K mendapat kutipan box office sebanyak USD 589.4 juta, sekali gus membuktikan kehebatan filem tersebut.
Kemudian, muncul pula Men In Black 3 pada 2012 dan selepas lebih kurang 7 tahun menunggu naskhah terbaru daripada filem perisik nombor satu ini, Men In Black: International kini bakal menemui peminat di Malaysia.
Menampilkan wajah baru sebagai peranan utama dalam filem tersebut, gandingan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson dilihat mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Bukan hanya memperkenalkan ejen-ejen terbaru mereka, Men In Black: International juga memperlihatkan kesan khas dan senjata lebih canggih dalam aktiviti risikan mereka, serta makhluk asing yang lebih ganas.
Bermula agak perlahan
Di awal permulaan cerita, filem ini dirasakan agak perlahan sedikit dan menimbulkan rasa kurang senang sebagai penonton. Namun begitu, setelah bermulanya perjalanan mereka untuk merungkai siapakah ‘musuh dalam selimut’ di MIB, penonton diasak dengan rasa tanda tanya siapakah sebenarnya dalang dalam kes tersebut.
Sebab utama ramai yang meminati filem MIB adalah kerana watak aliennya. Walaupun ganas, mereka agak comel dan menghiburkan. Hiks!
Kehadiran karakter ‘pawny’ juga sedikit sebanyak dapat menghidupkan elemen jenaka dan sepertinya membantu filem ini untuk menjadi lebih menarik ditonton.
Walaupun jalan ceritanya agak longgar, namun yang boleh kami katakan adalah Men In Black: International tidak kurang hebatnya. Lihat saja pelakon kacak Chris Hermsworth beraksi, pasti perempuan semua cair. Haha!
Lagak Tessa Thompson menjadi perisik juga menampilkan karakter berkaliber dan menyakinkan. Sungguh pun baru pertama kali beraksi dalam siri MIB, gandingan mantap mereka nampak serasi dan harus dipuji.
Apa-apa pun ini hanya pandangan peribadi kami. Kalau korang nak tahu, kenalah tonton sendiri kan?
Men In Black: International bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 13 Jun 2019.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi kelmarin, selepas enam bulan berada di stesen angkasa lepas Tiangong, Xinhua. Ia sekaligus menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa lepas China.
Menurut stesen penyiaran CCTV, tiga angkasawan terbabit ialah, komander Chen Dong dan rakan sepasukan Liu Yang dan Cai Xuzhe. Mereka memantau tempoh paling penting dalam pembinaan stesen angkasa lepas China yang siap pada November lalu.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pasukan itu juga telah berada di stesen angkasa lepas Tiangong sejak awal Jun lalu. Mereka telah mendarat di tapak pendaratan Dongfeng, wilayah Inner Mongolia pukul 8.09 pagi (waktu Beijing).
Kemudian, kakitangan agensi angkasa lepas itu mengisytiharkan keseluruhan misi yang bermula pada 5 Jun lalu ‘berjaya’ dan keadaan kesihatan mereka baik, lapor stesen tersebut.
Kakitangan di tapak pendaratan itu membawa keluar satu persatu anak kapal yang kelihatan keletihan dan sejurus selepas jam 9:00 malam (waktu tempatan), ketiga-tiga angkasawan itu berjaya keluar daripada kapsul terbabit dengan selamat, lapor CCTV.
Anak kapal dengan tiga angkasawan baru China tiba di stesen angkasa lepas Rabu lalu dengan menaiki Shenzhou-15 untuk mengambil alih tempat tiga angkasawan yang pulang.
Komander tiga angkasawan misi Shenzhou-14, Chen Dong dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang serta rakan sepasukan, Cai Xuzhe diberi tugas menyelia peringkat terakhir pembinaan stesen angkasa lepas tersebut.
Sekadar informasi, Tiangong yang bermaksud ‘istana syurga’, akan beroperasi selama satu dekad dan akan mengadakan pelbagai eksperimen dalam persekitaran graviti hampir sifar.
Tiangong merupakan aset utama program angkasa lepas Beijing. China telah mendaratkan kenderaan robot penjelajah di Planet Marikh dan Bulan di samping menjadi negara ketiga menghantar manusia ke orbit ketika ia cuba mengejar pencapaian Amerika Syarikat (AS) serta Russia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari pentas Hero Remaja 2019/2020 hingga kini bergelar duta Xiaomi Malaysia, Meerqeen terus melangkah lebih jauh. Bersama REMAJA, dia berkongsi tentang aspirasi, keberanian mengambil risiko, definisi kejayaan serta mengapa kolaborasinya bersama Xiaomi lebih daripada sekadar menjadi wajah sebuah jenama.