Bila sebut Republik Rakyat Demokratik Korea Utara, kita selalu mendengar negara ini cukup terkenal dengan rejim kuku besinya, dengan menyekat segala bentuk kebebasan kepada rakyatnya.

Takut Pengaruh Barat, Pemimpin Korea Utara Sifatkan K-Pop ‘Kanser’ Bagi Generasi Muda

So, kita sebagai remaja Malaysia harus bersyukur dan beruntung tau, di lahirkan dalam negara yang mementingkan kebebasan dan hak kesamaan. Dan ini termasuklah kebebasan untuk meminati dan fanatik terhadap industri K-Pop.

Berbeza bagi remaja di Korea Utara, apabila pemimpinnya Kim Jong Un baru-baru ini berkempen menentang genre muzik yang berasal dari Korea Selatan itu. Kim Jong Un menyifatkan K-Pop sebagai kanser dan mampu memberi ancaman kepada anak muda di negaranya.

Takut Pengaruh Barat, Pemimpin Korea Utara Sifatkan K-Pop ‘Kanser’ Bagi Generasi Muda

IKLAN

Melalui media Korea Utara, Kim menyatakan bahawa generasi muda di negaranya telah meniru budaya jiran dan musuh mereka, Korea Selatan. Menurut Kim, gaya rambut, gaya bercakap, cara berpakaian, dan tingkah laku anak muda Korea Utara “diracuni” oleh Korea Selatan.

Kim menegaskan bahawa jika mereka membiarkan keadaan ini berlanjutan, Korea Utara akan runtuh seperti “dinding lembab”, lapor The New York Times.

Takut Pengaruh Barat, Pemimpin Korea Utara Sifatkan K-Pop ‘Kanser’ Bagi Generasi Muda

IKLAN

Dia dilaporkan takut dengan pengaruh barat yang “meresap” ke dalam orang muda di negara Korea Utara, di mana katanya ia mampu menjatuhkan rejim Korea Utara.

The New York Times turut melaporkan bahawa Korea Utara meluluskan undang-undang baru Disember tahun  lepas yang membolehkan hukuman 15 tahun dijatuhkan ke atas seseorang kerana menonton hiburan dari Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini, rejim Kim Jong-un telah menjatuhkan hukuman mati seorang lelaki di hadapan 500 orang, termasuk keluarganya sendiri hanya kerana menjual filem dan muzik dari Korea Selatan. Fuh…

IKLAN

Takut Pengaruh Barat, Pemimpin Korea Utara Sifatkan K-Pop ‘Kanser’ Bagi Generasi Muda

Untuk pengetahuan korang semua, bukan hanya muzik, Korea Utara sangat terkenal dengan propaganda dan kaedah brainwash’ menerusi bahan bacaan, majalah, siaran media dan juga poster.

Sudahlah bahan bacaan dikawal selia, siaran televisyen juga dikawal sama. Rakyat Korea Utara hanya memiliki empat siaran rasmi dan siaran tersebut sahaja yang boleh mereka tonton serta yang dibenarkan oleh kerajaan mereka. Adoi…seksanya hidup macam tu!

SUMBER  

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI