Sejak kebelakangan ni, banyak betul berita tentang kes penipuan agensi pelancongan yang tak bertanggungjawab songlap duit pengguna.
Tak kisah la sama ada pakej percutian di dalam atau luar negara, lebih teruk lagi bila pakej ibadah umrah haji juga sanggup yang menipu hanya kerana semata-mata gilakan wang.
Tak mahu lebih ramai pengguna tertipu dengan agensi pelancongan tak bertauliah, Sham Simon telah berkongsi tip di laman Facebooknya tentang bagaimana untuk mengelakkan diri daripada ditipu insan tak bertanggungjawab.
1. Jangan mudah percaya
JANGAN SESEKALI cuba mengambil pakej ditawarkan oleh individu sama ada mereka tu adik beradik, kawan baik, kawan atas kawan, kenalan mengembara, ustaz/ustazah menjual pakej umrah. Ramai yang menjadi mangsa disebabkan perwatakan mereka berkelakuan baik dan profesional. Selidik dahulu latar belakang kerja mereka dan pasti kan mereka adalah dari staff atau golongan yang bekerja di syarikat pelancongan yang SAH oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
Biasanya, setiap syarikat akan mengeluarkan surat pelantikan untuk menjual pakej dan tarikh tamat tempoh surat lantikan. Strategi diguna pakai ialah kumpulan pelepasan berkumpulan yang terawal biasa menjadi dengan tujuan menarik pelanggan. Masuk kumpulan pelepasan seterusnya biasa ramai tertipu.
Mereka yang biasanya menjalankan aktiviti seperti ini akan mengiklankan pakej mereka di laman sosial peribadi dan persendirian. Ada juga yang pernah bekerja dengan syarikat pelancongan terdahulu dan terus berhubung dengan pelanggan tetap syarikat, ser ta menawarkan pakej dan perkhidmatan yang konon jauh lebih bagus daripada syarikat sebelumnya.
2. Periksa nama agensi
Anda boleh semak nama agensi tersebut di website Kementerian Pelancongan. Jika tiada sebarang hasil daripada carian, sila batalkan terus untuk membeli pakej.
Contoh hasil carian:
Nama Syarikat : SHAM DISCOVER TRAVEL & TOURS SDN BHD
I (Inbound) – Agensi hanya dibolehkan menjual pakej atau perkhidmatan di dalam negara sahaja.
O (Outbound) -Agensi hanya dibolehkan menjual pakej dan perkhidmatan di luar negara sahaja.
T (Ticketing) – Agensi hanya dibolehkan menjual ‘Ticketing ‘ seperti Flight , Bus , taman tema sahaja .
U (Umrah) – Agensi hanya dibolehkan menjual pakej dan perkhidmatan berkaitan umrah dan Haji sahaja .IOTU- Agensi boleh menjual mana-mana satu seperti di atas.
*Pastikan ejen-ejen menawarkan pakej yang sama seperti telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan.
Ads
Sekiranya agensi menawarkan pakej ke luar negara tetapi tiada dalam bidang ditawarkan (outbound) anda harus hentikan niat kerana agensi tiada kebenaran untuk menjual pakej ke luar negara.
3. Lihat status
Pasti kan agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan berstatus perkongsian (SDN BHD) dan bukan enterprise.
4. Nama penuh
Syarikat biasa mempunyai nama penuh yang ada akhiran…. Travel & Tours Sdn Bhd.
Ads
5. Lesen
Syarikat berdaftar pengendalian pakej pelancongan dalam dan luar negara mempunyai lesen seperti KPK/LN:7723 dan Lesen LKU : 184
6. Hubungi pihak terbabit
Jika individu agensi pelancongan mendakwa sedang bekerja dan mempromosikan pakej pelancongan sebaiknya hubungi Syarikat berkenaan untuk mengesahkan individu tersebut dan pakej telah ditawarkan.
7. Pasti kan akaun pembayaran yang betul
Segala pembayaran deposit dan bayaran seterusnya mestilah di bawah atas nama syarikat yang menawarkan pakej dan bukan ke akaun bank peribadi atau persatuan.
8. Semak dengan teliti
Periksa dengan melawat sama ada di alam maya seperti Facebook/instagram/website ataupun juga actual pejabat syarikat agensi menawarkan pakej.
9. Lihat review pengguna
Melihat feedback pelanggan /review pelanggan lepas di alam maya Syarikat bagi memastikan adanya wujud interaksi pelanggan dengan syarikat.
10. Harga masuk akal
Harga pakej pelancongan adalah logik akal. Jangan kejarkan pakej murah yang belum tentu kesahihannya . Banyak kes mangsa terkandas di airport disebabkan terpedaya dengan harga pakej tidak masuk akal.
Sebagai contoh, harga pasaran minimum untuk menunaikan umrah bermula dari RM4900 seorang . Jangan ambil risiko dengan memilih pakej bawah harga pasaran.
Semoga info ini berguna untuk anda dan tidak ada lagi kes tersadai di airport.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah nilai saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Kebudayaa, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir terhadap ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman membabitkan dakwaan hutang pelaburang bernilai puluhan juta Ringgit.
Memetik laporan Bernama, Abdul Kadir, 84 telahpun menfailkan saman tersebut pada 6 September 2023 berikutan dakwaan kononnya Aliff Syukri telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya di Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023.
Datuk Seri Aliff Shukri Kamaruzaman.
Kenyataan Aliff itu membawa maksud antaranya; Abdul Kadir berhutang dengannya berjuta-juta Ringgit selain gambar Abdul Kadir diletakkan pada kenyataan tersebut lantas mengundang komen negatif daripada pembaca dan pengikut Aliff sendiri yang ramai di platform media sosial.
Justeru, Abdul Kadir menuntut pihak Aliff membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah. Selain itu, Abdul Kadir juga menuntut Aliff memberikan aku janji bertulis untuk tidak lagi menyiarkan sebarang fitnah terhadap beliau dan menuntut permohonan maaf tanpa syarat yang harus disiarkan di akaun media sosial Aliff dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.
Dalam pada itu, peguam Mohd Tajudin Abd Razak yang mewakili Aliff berkata, pihak defendan akan mengemukakan dua saksi iaitu anak guamnya sendiri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk memberi keterangan di mahkamah pada tiga hari perbicaraan kes saman yang ditetapkan Mahkamah Tinggi; iaitu bermula 6 Januari 2026.
Dugaan Syawal betul ya untuk Datuk Seri Aliff Syukri seisi keluarga!
Bersabarlah Datuk Seri..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah rasuah ternyata melangkaui sempadan agama, jantina dan latar belakang seseorang. Korang masih ingat lagi ke kes rasuah berprofil tinggi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku pada tahun 2015 dan masih belum selesai sehingga kini?
Foto Via BBC
Nampaknya cerita mengenai kes 1MDB yang melibatkan usahawan dan kini buruan utama Malaysia dan antarabangsa Jho Low dan bekas Perdana Menteri Malaysia bakal disiri dan diterbitkan. Pencipta House Of Cards Beau Willimon dan rakan penerbitnya di Westward, Jordan Tappis akan membuat siri yang berkisar mengenai skandal rasuah terbesar di Malaysia.
Menurut Hollywood Reporter. buku yang ditulis pada tahun 2018 oleh wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope, Billion Dollar Whale menawarkan sudut pandang dalaman skandal terbesar pengubahan wang haram, kekayaan kaum elit, perbankan, Hollywood, dan politik.
Sumber Gambar : Twitter
Watak utamanya, sudah tentu Jho Low yang menjadi dalang kepada rompakan besar-besaran melibatkan USD$ 5 bilion. Malah, lelaki ini juga kini turut menjadi buruan antarabangsa termasuk Singapura, Luxembourg, Switzerland dan Amerika Syarikat.
Buku Billion Dollar Whale, ini juga menjadi buku terlaris New York Times dan dinamakan sebagai Buku Tahunan Financial Times 2018. Lebih setengah juta salinan berjaya dijual di seluruh dunia, termasuk lebih seratus ribu salinan berjaya dijual di Asia dan sehingga kini kekal sebagai buku terlaris.
Sumber Gambar : The Strait Times
Laporan Wright dan Hope mengenai aktiviti rasuah tersebut telah menyumbang kepada pendakwaan di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, kes ini turut memain peranan penting dalam pilihan raya lalu, di mana bekas perdana menteri, Najib Razak tewas teruk dan didakwa di mahkamah.
“Di Westward kami tertarik dengan cerita yang mencerminkan kerumitan zaman yang kita hadapi, berpusat pada watak yang membingungkan dan mengejutkan,” kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan. “Kami juga tertarik untuk menghidupkan cara inovatif bagi menghasilkan kerja dalam landskap hiburan yang berubah dengan cepat. Dengan David Henry Hwang menerajui, dan SK Global di pihak kami, projek ini membolehkan kami melakukan kedua-duanya.”
John Penotti dari SK Global, Charlie Corwin dan Marcy Ross akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Willimon dan Tappis dalam siri ini. Selain itu, bintang kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh difahamkan bakal turut membarisi kerusi penerbit.
Rata-rata netizen menyatakan teruja dan tak sabar ingin tahu siapa para pelakonnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada tahun lalu, Forbes telahpun menyenaraikan seorang jejaka yang dikenali sebagai MrBeast sebagai pencipta kandungan paling lumayan di platform YouTube.
Bukan setakat memperolehi keuntungan tertinggi berbanding YouTuber lain, MrBeast juga dilaporkan kini sebagai YouTuber dengan jumlah pengikut paling ramai di seluruh dunia.
YouTuber jutawan, MrBeast.
Namun apa yang ramai tidak tahu mengenainya adalah bagaimana sederhananya gaya hidup MrBeast biarpun kini bergelar jutawan pada usia semuda 24 tahun.
Dilahirkan dengan nama sebenar Jimmy Donaldson, MrBeast baru-baru ini telahpun menggemparkan platform media sosial Instagram apabila dia menawarkan pemberian wang tunai bernilai US$50,000 untuk diagihkan kepada lima orang pengikutnya bersempena hari kelahirannya yang ke-24.
Gila bukan!
Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah kongsikan hantaran MrBeast itu di bahagian Instagram Story masing-masing dan menyenaraikan rakan mereka di bahagian komen. Disebabkan wang, ‘hype’ tersebut mudah tercetus.
Ruangan komen hantaran tersebut telah dibanjiri JUTAAN pengguna Instagram sehinggakan ia didakwa terpaksa diturunkan oleh pihak Instagram (mungkin kerana ada yang melaporkannya sebagai perbuatan scam atau ada yang berhati busuk terhadap MrBeast).
Begitupun, hantaran tersebut telah menjadi tular di seluruh dunia dan membuatkan ramai tertanya-tanya, siapakah gerangan MrBeast ini sebenarnya?
Menurut laporan The Post, MrBeast merupakan seorang bintang digital yang bijak membeli aset dengan keuntungan yang diperolehinya menerusi YouTube.
Sepanjang bergelar seorang YouTuber, dia telahpun membeli lima buah rumah di luar kawasan Greenville, North Carolina iaitu tempat di mana dia dibesarkan.
Kesemuanya bukan untuk dia tetapi diberikan kepada ahli keluarganya, rakan-rakan sejak kecil dan para pekerja! Antara individu yang dikatakan menetap di situ termasuklah rakan YouTuber-nya, Chris Tyson dan Chandler Hallow yang sering dapat dilihat dalam video-videonya.
Kediaman milik MrBeast juga ada di sana. Pada keluasan 3000 kaki persegi, ia dilaporkan bernilai sekitar US$320,000 pada tahun 2018 dan lengkap dengan tub mandi panas dan gelanggang bola keranjang.
Namun, MrBeast lapor mereka tidak selalu menetap di sana dan lebih kerap ditemui di sebuah bilik yang terletak di studio ‘warehouse’ untuk penggambaran video YouTube-nya.
Haa, korang memiliki sebuah warehouse tak? Hehe..
Apapun, dengan nilai kekayaan MrBeast sekitar US$5 juta pada tahun 2021 sahaja (kini pastinya telah meningkat, tidak hairanlah dia mampu memberikan giveaway secara rawak sebegitu sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.